18| GONE

Action Series 22760

"You're fine. You're fine." Dia mengucup lembut dahi isterinya.

Dia mengetatkan lagi pelukan di tubuh isterinya. Namun, badannya yang lemah membuatkan dirinya tidak mampu lagi menahan. Perlahan-lahan, dia sudah tidak mempunyai kesedaran diri.

_________________________________________________________

Alexa terbangun dari tidur yang lama. Dia memandang kawasan sekitarnya. Dia mencuba untuk membangunkan dirinya sendiri. Namun, tetap tidak berjaya, akhirnya dia putus asa.

Pintu bilik wad diterjah dari luar. Lelaki itu berlari ke arahnya. Dia terus memegang tangan Alexa erat.

"Thanks god! You awake." senyuman melebar di bibir lelaki itu. Sekilas lalu dia menjerit memanggil doktor dari luar. Suaranya betul- betul gembira. Gembira tak terkata.

"Hi, Miss. Can you tell me your name?" seorang doktor muda bertanya kepada Alexa sambil memeriksa dirinya.

"Alexa Dhyanda Gabriella" dingin Alexa menjawab. Dia rimas.

"Good" tersenyum doktor itu. Setelah puas memeriksa tubuh Alexa. Dia mengundurkan dirinya.

Alexa memandang ke arah siling. Dia keliru. Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

Lelaki di sebelahnya mencapai erat tangan pucat Alexa. Tangan itu dicium sekilas.

"Release me" jawab Alexa dingin. Dia benar benar tiada tenaga nak cari gaduh. Namun, lelaki itu tetap tersenyum manja. Tangan Alexa dikucup sekali lagi.

"I love you dear" lelaki itu tersengih lagi. Dia mendekati Alexa.

Tak semena mena, dada lelaki itu diterjang oleh Alexa. Riak rasa benci terlahir di muka Alexa.

"Who are you?!" terjah Alexa. Lelaki itu mengusap dadanya yang berbisa akibat diterjang oleh wanita dihadapannya.

Lelaki itu tersenyum sinis. Akhirnya dia tergelak sendiri. Dia berdiri dengan tegap. Baju kemejanya diusap usap lembut. Kemudian, dia memandang Alexa kembali.

"I'm your fiancee my dear" Lelaki itu tersenyum sinis. Mini love dibuat di jarinya.

Alexa mengerut seribu. Lelaki ini gila. Tiba tiba mengaku sebagai tunang Alexa.

Tiba tiba, Alexa terduduk tegak. Dia ingin mengangkat dirinya keluar dari sini. Ingatan dia teringat kepada Aryan. Suaminya.

"Hey, dear. Where do you want to go? " Pinggang Alexa dicapai olehnya. Lantas dipeluk erat.

Ish, Lelaki ni memang tak sabar nak mati. Gumam Alexa. Tak pasal pasal terbang nanti.

"Crazy" gumam Alexa. Dengan mudah, Alexa meleraikan pelukan itu. Dia menahan lemah badannya daripada jatuh.

Alexa menuju ke arah kaunter hospital. Lalu menegur seorang nurse yang dihadapannya.

"Excuse me, do you know if someone come visit me when I'm in coma?" Tanya Alexa. Dia menahan nafasnya yang termengah-mengah.

"Your name?" sahut nurse itu. Alexa menjawab dengan namanya.

"Oh, Miss Gabriella. Wait yah" Nurse itu terus memeriksa dalam data.

Tanpa Alexa sedar, riak wajah Nurse itu pun berubah.

"Errmm.. Miss Gabriella, that man in your room is the one who visit you, miss." nurse itu menunjukkan tangannya ke arah lelaki tadi.

Alexa mendesah. Dia keliru.

"Boleh cari nama Nurul Aryana Aisyah?" Alexa menjeling ke arah lelaki kurang ajar yang suka suka hati menggelarkan dirinya fiancee. Sakit hati.

Nurse itu berpaling ke arah rakan sekerjanya. Dia bergumam seketika. Kemudian, dia terus memandang ke arah Alexa.

"I'm sorry, miss. I can't give a patient information." tunduk nurse itu. Alexa membentak geram.

"That's my name, too!" gelabah nurse itu dibuatnya. Kepala digeleng gelengkan.

"Maafkan saya, Miss Gabriella.. Data Kami tiada nama pesakit itu" Terkulat kulat nurse itu menjawab. Alexa mengangguk. Dahi dia membentuk kerutan.

Alexa berjalan ke arah 'fiancee' nya itu. Dia menyilangkan tangannya. Tangan dihulurkan di hadapan lelaki itu.

"Give me my phone" tegas Alexa. Dia tidak mahu main main. Tetapi lain yang jadi, telapak tangannya dijadikan tempat letak dagu lelaki itu. Lelaki itu tersenyum manja.

Tak pasal pasal, pipi lelaki itu terus mendapat penampar khas daripada Alexa. Pipi terus diusap lembut memujuk diri. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mendekati Alexa. Muka diletakkan di tepi leher Alexa. Dia meniup halus telinga Alexa.

Lalu dia berbisik,

"What if I'm Ab?" dia tergelak sinis.

Wajah riak Alexa sudah berubah seratus peratus. Alexa berdiri kaku. Keliru.

Lelaki itu mengucup pipi Alexa pantas. Lalu tersenyum manja. Berubah daripada seram.

"I miss you, my fiancee. Bye!" Lelaki itu melambai lambaikan tangannya. Lalu dia berlalu pergi tanpa ada halangan.

"Oh yes dear, your phone in your pocket, my love!" Flying kiss diberikan dengan gembira. Lalu dia bersiul siul pergi.

Alexa cepat cepat mengambil telefonnya dipoket. Contact dibuka segera. Tangan Alexa menggigil hebat. Apa ni?! Alexa rasa macam nak pitam sekali lagi.

Contact suaminya tiada! Sudah puas dia cari. Sehingga lemah otot otot jarinya itu. Yang ada hanyalah nombor rakan rakan sejenayahnya. Termasuk 'fiancee' nya juga!

Dia mencuba mencari nombor sahabatnya a.k.a pembantunya, Waller. Namun, contact lelaki itu juga tiada.

Yang membuatkan Alexa lebih pitam. Apabila dia melihat memori call nya, kebanyakannya ialah daripada 'fiancee' nya itu. Sebelum dia koma juga! Mesej pun sama! Alexa menutup mata keresahan.

Alexa berfikir sejenak.

Lalu dia membuat keputusan.

Baiklah, dia akan mencari suaminya!

_________________________________________________________

Lelaki itu berjalan keluar dari pintu besar hospital. Tubuhnya terlihat tegap dari belakang.

Riak muka yang manja tadi berubah menjadi kejam. Tiada yang manja seperti tadi.

Bibirnya dikesat kasar. Lalu tersengih sinis.

Vote and comment guys ^~^

hello yuuu, next chapter arrived

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience