PROLOG| DER ADLERKILLER

Action Series 22760

“ARGHHHHHHH!!”

ANGAN memegang pistol Glock 21. Sasaran disasarkan pada musuh disebalik selimut. Teman yang dia percaya selama ini telah terbukti hanya mahukan kuasa. Rakan yang dia betul betul percaya selama ini hanyalah menjadi pisau yang menyiat nyiat isi daging saudaranya sendiri.

"Du scheinst mein Feind zu sein. " (Rupanya, kau lah musuh aku.)

Pistol kesayangannya bermain main di kepala sang mangsa. Dia penat untuk dikhianati lagi. Walaupun itu satu satunya rakan yang dia percaya namun itulah juga musuhnya.

"Die Person, der ich am meisten vertraue, schiebt meinen Rücken." (Orang yang aku percaya, tikam belakang aku sendiri.)

Baginya, rakan dihadapannya dapat diklasifikkan sebagai seorang yang BERANI. Ya, tiada siapa yang berani mempermainkan dia.

Mangsa dihadapannya menggigil ketakutan. Bukannya dia tak tahu kekejaman 'rakannya' itu, dia sudah lali melihat rakannya membunuh orang dihadapan dirinya. Seringkali dia diajak untuk bersama-sama 'menikmati' permandangan itu. Namun dia dah terjebak dengan permainan kuasa yang dia mulakan sendiri.

"Ich möchte dich töten, aber davor möchte ich dich zuerst foltern. "(Aku nak bunuh kau tapi sebelum tu, aku nak seksa kau dulu.)

Dia nak mengajar 'rakannya' supaya menyesal bermain main dengan dia. Lagipun dia tahu mangsanya tahu nasib yang akan berlaku. Tiada ampun bagimu.

Dia tergelak sinis. Matanya kembali tajam seperti helang menikam mangsanya. Jika matanya itu pedang, sudah lama orang disekelilingnya tiada.

"Helft mir! Tut mir leid" (Tolong aku! Maafkan aku.)

Dia perlu mencuba, walaupun tahu itu semua hanya sia sia. Manalah tahu persahabatan yang pernah terjalin dulu membuatkan hatinya kembali lembut.Dia tersenyum sinis.

"Tu ihm weh!" (Seksa dia!)

Anak buahnya mematuhi perintah itu. Bukan mereka tidak tahu, sesiapa yang tidak setujuinya, maka nyawa akan melayang. Jeritan demi jeritan kian menghiasi.

Tetapi sedikit pun tidak terganggu wanita itu. Dia sudah biasa akannya. Baginya itu hanya satu irama lagu yang amat disukainya. Baginya juga itulah kebahagiaan buat hidupnya.

Dialah DER ADLERKILLER.

Dialah THE EAGLE KILLER.

Bukan kerana dia memburu helang, tapi perwatakan seperti helang. Matanya tajam mudah untuk menangkap mangsanya. Dan yang lebih penting dia suka bersendirian dan bersaing.

Baginya semua sudah lengkap. Sempurna. Tapi ada satu sahaja yang dia tiada dalam hidupnya.

Cinta.

Bukannya tidak pernah mencuba, tapi tidak diterima.

_________________________________________________

_________________________________________________

KAKI melangkah keluar dari Frankfurt Airport. Perjalanan dari Malaysia hingga German sungguh memenatkan. Yalah, duduk 13 jam dekat dalam kapal terbang Malaysia Airlines (MAS). Lagi lagi ambil economy class. Bukan apa, dia bukan tak mampu ambil business class ke business suite.

Yalah, ayah dia antara orang terkaya dekat Malaysia tu. Papanya suruh dia berdikari, kumpul duit, beli tiket sendiri, haa kau! Puan Sri Hannah dah pujuk dah, tapi ayahnya tetap berkeras.

Sebab apa? Siapa tak kenal Tan Sri Fahrezzi , dia akan melatih anaknya sehingga boleh menggantikan tempatnya sebagai CEO FSS yang mengeluarkan barang berkualiti seperti beg, baju dan aksesori lain. Masalahnya, dia suka pakai barang jenama lain. Katanya, "Biarlah cuba yang lain pulak, waktu kecik kan dah pakai banyak"

Banyak mata memandang jejaka itu keluar. Haa, nak tau tak sebab apa. Rambut, kening dan bulu matanya yang berwarna putih itu membuatkan dia terasa famous.

Apatah lagi dengan kulitnya yang putih melepak macam pakai makeup. Ya dia mempunyai satu penyakit yang dipanggil Albinisme.

Albinisme membuatkan penderita penyakit ini sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu suluh dan sinar matahari. Sebab itulah dia memakai baju berlengan panjang, cermin mata hitam dan topi. Suncream juga dipakai.

Eleh, macam artis.

Kulitnya sangat sensitif terhadap cahaya matahari dan dapat menimbulkan luka mirip dengan luka bakar atau tersiram air panas jika tidak dijaga. Penderita Albinisme dapat memiliki warna mata berkisar dari biru sangat muda hingga coklat, dan dapat berubah seiring dengan usianya.

Ada satu tangan melambai jejaka itu,

"Aryan Haykhal Heyda!!"

Serta merta mukanya berpaling ke arah suara itu.

"Aysar!!" Aryan berlari anak ke arah sepupunya. Excited! Sudah dua tahun lebih dia tidak berjumpa dengan sepupu kesayangannya itu. Kali terakhir jumpa pun sewaktu hari raya dua tahun lepas. Selepas tu, Aysar dah tak balik Malaysia atas sebab pekerjaan ayahnya yang sibuk.

Aysar Rayyan Hayde. Aryan pernah bersekolah bersama Aysar sehingga Form 4. Selepas tu, Aysar berpindah ke German bersama keluarganya. Selain sebab kerja, ayahnya juga ada memberitahu bahawa dia rindu kampung halaman. Siapa tak sayang tanah air sendiri?

Selain sepupu tersayang, Aysar juga sahabat sehidup semati bagi Aryan. Ada orang ingat Aryan dan Aysar ni adik beradik. Yalah, nama pun hampir sama, sebab apa? Aysar lahir tiga minit awal dari Aryan. See.. siapa je tak percaya mereka ni adik beradik kalau dah kenal.

Bagi Aryan, Aysar adalah orang terpenting dalam hidupnya, Ketika Aryan dibuli ketika Form 1 kerana rupa dia lain daripada mereka, mungkin sebab cemburu kut, Aysar yang tolong. Nasib Aysar dan Aryan ni dah ada black belt. Kalau tidak, terlepas masuk ICU dah.

Kata Aysar, Aryan istimewa. Aryan ada rupa yang boleh tahan kacak. Lepastu dia tunjuk muka orang yang sama penyakit macam Aryan.

"See, cantik dan hensem diorang kan! Haa, tulah aku dah kata kau hensem. Kau tak percaya. Alah, yang buli kau tu pun sebab cemburu je tu. Tengok lah, ramai perempuan nak kat kau. Petik jari je semua beratur panjang. Kalau kau tak percaya cuba buat." Aryan tersenyum.

"Assalamualaikum, Lama dah tunggu?" Mereka bersalam. Tengok haa, siap laga pipi lagi.. Mungkin orang tengok pelik, tapi bagi mereka berdua, ia dah terbiasa!

"Waalaikumussalam, weii, lama gila aku tunggu kau. Dekat tiga jam! Kalau tambah satu jam lagi aku balik dah" Aryan tergelak. Dia tak tahu lah kata kata sepupunya tu betul ke tidak. Yang dia tahu walaupun tambah sepuluh jam lagi pun, confirm Aysar tunggu.

"Wuishh Sar, aku tengok dua tahun tak jumpa, kau dah semakin gemuk eh, dah jumpa calon ke?"

Memang pantang Aysar digelar gemuk. Yelah, dia kaki gym kut!! Still maintain! Aryan ni nak kena ni!

"Kau kata aku gemuk?! Aku tengok kau pun sama. Dua kali lima je. Eh Tak, kau tambah 5 kg lagi. Aku tengok pun dah tahu." Wei, arkitek memang tengok je dah tahu eh, anggar anggar macam easy betul.

"Jomlah, nanti Mommy tanya aku pasal kau. Nanti aku pulak kena marah. Kau tahu kan dia pantang lambat jumpa kau. Kalau kau nak tau, waktu baby, dia nak tukar dah kita berdua, nasib Daddy aku nampak. Kalau tidak kau dah terlepas dah kat German ni"

Heh! Kalau Mommy Aysar a.ka. Puan Yusra tahu diorang mengumpat dia, pasti berbekas merah dah telinga depa.

Dah tak hensem dah jejaka harapan Malaya ni. Walaupun selalu pergi ulang alik ke negara orang. Mereka masih tahu asal usul diri.

"Sir Hayde, deine Mutter ruft an" (Sir Hayde, your mom calls) Pembantunya yang bernama Harald memanggil. Amaran dah datang!

"See, aku dah cakap"

"Sir Hayde!" Amaran dikeluarkan sekali lagi.

"Ja, ja, ich komme!" (Yes, yes, I'm coming!) Aysar menarik luggage berjenama Prada kepunyaan Aryan. Lasak pulak tu.. Kesian beg tu.. Aryan kat belakang dah terkekek kekek ketawa. Haa, tulah, membebel lagi.

Tak pasal pasal kena sound. Jangan main main dengan Harald a.k.a Personal Assistant Aysar , Puan Yusra lagi percayakan Harald daripada Aysar.

Yelah, bila nak tembelang sikit tiba tiba dah pecah. Siapa lagi kalau bukan Harald, yang hampir setiap hari berkepit dengan Aysar.

Mengadu itulah, inilah, semua nak mengadu. Rasanya percaya jugaklah kalau nak kata Aysar ni anak angkat. Aryan percaya tapi kalau nak cakap depan Aysar, putus sepupu terus kut.

"Woi, Sir Haykhal Heyda. Cepatlah!!"

Vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience