MATA dibuka. Dia lekas bangun. Dia tidak suka duduk di hospital ini. Hanya menyusahkan dirinya.
Tiba tiba kakinya terpaku apabila terlihat sekuntum bunga mawar merah di atas meja kecil. Tangan mencapai bunga mawar itu.
Kad berukiran bunga dibuka.
'Hello, dear Gabriella, miss me?'
Ab.
Nama itu muncul lagi. Otaknya berligat ligat berfikir. Adakah dia kenal Ab? Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Muka lelaki itu pula langsung tidak diingati.
Sudah tidak mempedulikan lagi, dia mencabut jarum di tangannya. Rasa sakit sudah dia tidak kisah. Sekarang ni, hanya satu benda yang gadis itu mahukan. Balas dendam.
Kot yang digantung dicapai olehnya. Pintu keluar dilalui. Namun, tangan masih memegang erat bunga ros itu. Tak mahu melepaskannya.
Kakinya berhenti lagi di sebelah biliknya dimana Carl ditempatkan. Adiknya Aurora sedang menekupkan muka di atas katil wad sambil memegang tangan lelaki itu. Jelas adiknya penat, tapi yang dia terasa, adiknya tidak bersamanya.
Perlahan lahan kaki menuju ke katil wad. Mukanya yang langsung tidak berperasaan memandang gadis itu lalu menggosok rambut adiknya.
Kemudian, dia menuju ke luar. Panggilan dari seorang nurse langsung tidak dipedulikan. Pintu utama hospital ditujunya. Dia yakin yang tiada sesiapa boleh menghalangnya, walaupun anak buahnya sendiri.
Alexa berjalan ke arah perhentian bas, Tangga bas dinaiki, namun pemandu bas menhentikannya kerana gadis itu tidak membayar tambang. Mata Alexa memandang tajam mata si pemandu. Jelas jelas pemandu itu tidak mengetahui siapa dirinya. Pemandu bas itu terkedu apabila dipanahi mata yang cukup tajam baginya. Aura gerun menyelubungi bas itu. Penumpang yang lain menatap ke arah mereka. Ada beberapa penumpang bas yang kelihatan takut apabila mereka tahu siapa dirinya.
Dalam beberapa saat, badan Alexa tertolak sedikit dari belakang.
"I will pay for her, sir" kad pengangkutan awam diletak dua kali. Lelaki itu menuju ke arah tempat kosong. Alexa yang memandang menuju ke jejaka itu. Dia tak duduk, hanya berdiri memandang lelaki itu.
Lelaki itu menepuk tempat duduk disebelahnya.
"Sit here, Fraulein" Alexa perlahan lahan duduk. Matanya masih tidak lepas dari jejaka itu.
"Hello, i'm Aryan" salam perkenalan diberikan kepada gadis itu. Tangannya diletakkan di dada sambil menunduk sedikit.
Dalam setengah jam, Aryan tidak turun. Sebenarnya, perhentian bas nya sudah lama terlepas.
Alexa pula tidak tahu mahu pergi mana, itulah dia hanya duduk.
"Eishh, bila dia nak turun ni?" gumam Aryan sendirian. Tanpa sedar, Alexa mendengarnya.
"Aku akan turun kalau aku nak" Alexa menjawab. Pelat. Terkejut Aryan mendengarnya, perlahan lahan dia tersenyum.
"Ooo, awak dah boleh cakap Melayu" Aryan senyum lagi. Alexa menjeling pelik ke arah Aryan. Buang tabiat ke apa?
Dia boleh lah cakap Melayu sikit sikit. Itupun setelah lama belajar. Sampai sahaja di satu perhatian lagi. Aryan bangun.
"Awak tak nak turun ke? Ni stesen terakhir." Aryan mengajaknya. Alexa mengangguk. Mulut masih tiada secalit senyuman. Kalau hari belum malam, nak je dia ikut pemandu bas ke mana mana.
"Thank you, sir" pemandu bas itu terangguk sedikit. Faham.
Kedai serbaneka yang berdekatan dihampiri. Alexa mengikut sahaja Aryan.
Aryan masuk ke dalam kedai itu, dia membeli coffee dan Milo. Kemudian, Aryan meminta dua cawan plastik kosong. Nasib ada.
Dia menuju ke arah meja dimana Alexa sedang duduk. Milo dan coffee diletakkan di atas meja.
Melihat Alexa yang memakai baju pesakit dan kot yang tidak terlalu tebal, Aryan menghulurkan jaketnya. Alexa memandang kosong ke arah jaket itu, Aryan yang melihatnya pergi ke belakang Alexa lalu menyarungkan jaket miliknya.
"Awak kena pakai, nanti sejuk, awak selesema" Aryan mengumam sendirian namun masih dapat didengari Alexa.
Milo dan Coffee dibuka. Dia membahagikan setengah setengah, lebihan pula dimasukkan ke dalam cawan satu lagi.
Cawan yang berisi separuh Milo dan separuh Coffee dihulurkan ke gadis dihadapannya. Kening diangkat.
"Drink this. I know you will like it" aju Aryan.
Tangan mencapai gelas itu, menghirupnya dengan sedikit. Muka Alexa berkerut kerut menikmati air itu. Selepas itu, dia menghirup lagi sehingga tinggal separuh.
"See?" Aryan mengangkat keningnya dua kali.
Yang peliknya, Alexa Dhyanda mengikuti sahaja apa yang disuruh oleh Aryan. Dia bagaikan dikawal oleh lelaki itu.
Tiba tiba, tanpa Alexa sedar, air matanya keluar tanpa dipinta. Lengan mengelap air matanya.
"Why?" gumam Alexa sendiri. Aryan berdiri menghampirinya. Jarinya mengelap air mata Alexa yang keluar. Mata Alexa yang sudah menjadi kolam kecil memandang Aryan. Tangan Aryan berhenti di pipi gadis itu.
"Don't cry, dear" Aryan tersenyum kecil. Matanya ralit memerhati wajah gadis itu.
Alexa yang sudah berdiri menolak tangan Aryan. Tak mahu dianggap lemah. Namun, masih menjadi persoalannya kerana sekejap sahaja lelaki itu dapat mengubati rasa sedih yang datang tanpa dijangka.
Tiba tiba, tangan Alexa ditarik dan dimasukkan di dalam pelukan seorang jejaka dibelakangnya. Alexa membiarkan sahaja manakala Aryan tersentak.
"Where are you going, Fraulein. Everybody search you now" jejaka itu memarahi Alexa tanpa meninggikan suaranya. Alexa memandang ke atas melihat wajah itu. Badan jejaka itu ditolak.
"Waller, why are you here?" Alexa bertanya pula.
"Why are you crying, Fraulein, did he hurt you?!" Waller memegang bahu Alexa. Alexa pula hanya menggeleng. Bagi Waller, susah untuk melihat Alexa Dhyanda menitiskan air mata yang baginya permata.
Waller memanggil Sky menggunakan earbuds yang bertugas mencari Alexa untuk mengambil mereka.
Setelah Sky sampai, Alexa hendak bergerak menuju ke kereta. Waller pula menunduk kepada Aryan sebelum mengikuti jejak Alexa.
Pintu kereta dibuka oleh seorang Sky.
"Bye Gabriella" suara itu bergema lagi di telinganya. Dia menoleh ke arah belakang dimana Aryan berada. Namun, jejaka itu sudah menghilang.
"Where's him?"
"He's gone, Fraulein" Waller menjawab.
Apabila dia tidak nampak kelibat Aryan, dia masuk ke dalam kereta.
Alexa pasti dia telah mendengar seseorang memanggil namanya tadi.
Kereta bergerak menuju ke rumah keluarga gadis itu.
________________________________________________________________________
Aryan bersandar pada dinding kedai serbaneka tadi.
Air matanya mengalir deras. Tidak boleh ditahan tahan lagi.
"Ich vermisse dich, Liebes"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
How?
For next chapter, can you vote and comment for me?
^_^
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN. MAAFKAN SALAH SILAP SAYA, DOAKAN SAYA..
Share this novel