BAB 7

Romance Completed 13948

‘’ Kira!!! Dah siap ke? Nanti lambat pulak nak pergi temujanji. Ni bukannya temujanji biasa-biasa macam jumpa kawan. Ini temujanji jodoh nak kahwin punya.’’ Ujar ibuku sambil mengetuk pintu bilik ku.

‘’ Ye..kejap. Kira nak touch up sikit lagi ni.’’ Aku mengemaskan maxi dress labuh polka dot biru gelap yang baru ku beli. Aku menyarungkan tudung bawal Norjuma ke kepala ku. Ok..dah cantik. Aku mengambil kunci kereta Myvi ku.

Aku membuka pintu bilik ku. Terkejutnya aku. Rupanya, mak cik pun ada sekali bersama ibu. Aku menyalam kedua tangan ibuku dan mak cik ku. Aku berlalu pergi.

Aku melihat jam tangan ku. Jam sudah masuk 10.30. Sengaja aku bertolak awal untuk mengelakkan traffic jam. Akhirnya aku tiba juga di destinasi temujanji jodoh ku. Aku mengemaskan sikit tudungku. Begitu juga dengan kardigan hitam bagi melengkapkan maxi dress ku. Aku melangkah keluar dari kereta.

Aku pun masuk ke dalam Full House Café. Aku terpegun dengan dekorasi dan hiasan dalaman yang sungguh unik dalam café ini. Aku mencari-cari calon temujanji ku. Aku tak nampak pulak. Baik aku call.

‘’ Assalamualaikum. Awak dah sampai ke?’’

‘’ Waalaikumsalam. Ye. Saya dah sampai. Saya duduk dalam kereta warna merah ni.’’

‘’ Kereta merah?’’ soallku. Aku mencari-cari kereta merah. Aku sudah nampak orangnya. Segak bertshirt Polo putih dan dipadankan dengan seluar jean hitam. Ada stail la pulak pensyarah ni.

Aku melambai ke arahnya. Aku mematikan telefonku. Aku berjalan ke arahnya dengan diserikan dengan senyuman ke arahnya. Dia mempelawa ku duduk.

‘’ Dah lama sampai?’’ aku memulakan bicara.

‘’ Tak lah. Baru juga ni. Kita order dulu minuman.’’ Ujarnya dengan senyuman lembut. Nampaknya, temujanji pertama ni macam ok je. Kalau ok dengan dia ni, aku tak payah la nak jumpa dua calon tu.

Sementara menunggu minuman sampai, Mikha memulakan bicaranya. Aku sudah tidak senang duduk. Ni first time ni aku buat janjitemu setelah beberapa tahun aku dilukakan.

‘’ Baiklah. Macamana nak cakap ya. Sebenarnya, saya…saya..’’ tergantung pulak di a bercakap ni. Aku ni dah macam cacing kepanasan menunggu dia bercakap. Takkan dia terus nak kahwin dengan aku. Kan baru jumpa. Tapi kalau dia ajak pun, aku sudi punya la. Dari gaya, tengok macam gentlemen gitu.

‘’ Cakaplah. Apa sebenarnya yang awak nak cakap?’’ soalku padanya.

‘’ Ok. Saya rasa awak pun tahu yang temujanji ni telah diaturkan oleh kedua orang tua kita. Jadi, sebenarnya saya datang hari ini nak jelaskan sesuatu hal pada awak. Saya harap awak tenang menerimanya.’’ Nampak serius dsaja dari gaya percakapnnya. Aku berlagak tenang didepannya.

‘’ Teruskan.’’ Ujarku.

‘’ Saya sebenarnya dah ada kekasih. Tapi kekasih saya sedang buat MBA di oversea. Ibu bapa saya tak mahu tunggu lama-lama. So mereka cadangkan yang saya patut jumpa dengan awak dulu. Tapi, saya nak minta maaf kalau saya menyinggung perasaan awak. Saya tak boleh terima awak. Saya masih sayangkan kekasih saya. Saya sanggup tunggu dia.’’ Aku terasa mukaku bertukar menjadi merah padam. Tapi aku cuba sembunyikan. Aku pura-pura tersenyum. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu.

‘’ Oh..begitu. Tak pe lah. Yang penting awak jujur dengan saya.’’

‘’ Awak okey ke? Nanti macamana awak nak cakap dengan ibu bapa awak. Saya harap kita boleh jadi kawan. Mungkin, kalau saya belum ada kekasih saya akan pilih awak. Saya harap awak faham akan situasi saya.’’ Ujarnya dengan tenang.

‘’ Saya okey. Saya boleh terima apa yang awak cakapkan tadi. Tak pe. Kita boleh jadi kawan. Lagipun setahu saya awak pandai menyanyi kan? Kot-kot, kalau saya nak menyanyi karoke dekat KBOX.’’ Sempat pulak aku bergurau. Padahal, tadi aku sempat berangan yang dia nak ajak aku kahwin. Tak jadi la gayanya.

‘’ Awak nak karoke, saya on je.’’ Kami berdua ketawa bersama-sama. Nampak gayanya, calon pertama failed.

Jam sudah menunjukkan 12 tengah hari. Aku dan Mikha bersetuju untuk pulang awal. Masing-masing membawa diri keluar dari Full House Café. Aku sudah boleh terima semuanya. Takpe Kira, ada lagi dua calon. Harap-harap yang calon lain tak ada kekasih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience