BAB 12

Romance Completed 13948

Sudah hampir tiga bulan aku di Sabah. Hari ini aku cuti. Aku macam nak jalan-jalan la hari ini. Boring pulak. Sejak housemate aku Nurul tu dah kahwin, dia dah dapat transfer kat semenanjung.

So, tinggal la aku seorang diri kat rumah sewa kami ini. Aku pun sudah siap membawa kereta Myvi ku dari KL ke sini. Senang sikit. Kalau dulu ada Nurul, bolehlah aku pinjam kereta dia. Ni dah tak der.

Aku nak pergi One Borneo la hari ini. Nak lepaskan semua masalah. Apa lagi mesti la nak pergi main game kat sana. Lagipun aku nak beli novel jugak. Aku nak cari novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia sebab novel tu tengah best seller sekarang ni. Dah lama dah tak beli novel ni.

Rindu pula. Sampai je, aku terus pergi ke tingkat tiga di mana letaknya pusat permainan. Ramainya jugak orang hari ini. Lepas bayar je, aku ambil kad untuk memulakan permainan. Aku macam nak lumba kereta la. Aku memasukkan kad token. Aku apalagi, teru tekan minyak dan racing la. Fuhh…leganya dapat lepaskan tension.

Aku nampak game basketball. Aku nak main lah. Aku nak lontar semua masalah aku yang ada dalam kepala aku ni. Mesti orang ingat aku ni tak betul. Aku menjerit-jerit seorang diri sambil melontar bola keranjang ke arah jaring. Aku puas hari ini. Terasa letih pulak.

Aku turun ke tingkat dua untuk pergi ke Harrison Book Store. Aku nak cari novel pulak. Time aku belek-belek nak cari novel, aku rasa macam aku diekori. Aku cuba berjalan laju ke depan sikit.

Tapi masih terasa ada yang mengekori. Aku menghentikan langkahku dan berpusing ke belakang.

‘’ Dupppp’’ adoi sakitnya kepala aku. Kepalaku terlanggar dengan bahu seseorang. Aku memandang ke atas. Tinggi nye. Wah..hansemnya.

‘’ Maaf. Saya tak sengaja nak langgar. Tapi saya rasa awak sedang ikut saya.’’ Ujarku perlahan.

‘’ Awak ni memang sukakan langgar-langgar orang.’’ Ujarnya kasar.

Aku rasa macam pernah ku dengar ayat seperti itu. Aku cuba mengenangkan kembali memoriku. Baru aku teringat. Dulu time kat airport KLIA aku ada terlanggar dengan seorang mamat kerek. Tapi takkan dia kot. Lain benar. Wajahnya kini lagi bertambah segak dengan baju kemeja biru cair dengan dipadankan dengan seluar jean putih.

‘’ Awak?’’ ujarku.

‘’ Ye la. Saya yang ikut awak. Sebabnye..’’

‘’ Sebab apa?’’ aku sikit geram dengan wajahnya yang angkuh ni.

‘’ Sebab awak tu sebenarnya calon temujanji jodoh saya.’’ Ujarnya.

‘’ Apa? Awak calon temujanji jodoh saya?’’ aku seperti tidak percaya. Dalam gambar ku lihat lain betul wajahnya. Dah lah gambar yang dia beri tu hanya menampakkan belah tepi je muka dia. Mana aku tak ingat.

‘’ Jadi, memandangkan awak dah ada di sini, saya nak buat temujanji dengan awak. Lagipun saya tengah free hari ni. saya ada bisnes trip kat Sabah ni. Jadi terlanjur dah jumpa awak kat sini, saya nak ajak awak lunch.’’’

‘’ Hah…sekarang.’’ Aku terkejut dengan kata-katanya. Aku ni dahlah simple-simple saja hari ini. Aku hanya hanya memakai maxi dress labuh berwarna biru turqoise dan dipadankan dengan kardigan putih. Aku membetulkan tudung bawal ku. Dia ni biar betul nak ajak aku. Tadi macam marah-marah. Ni nak ajak pun macam nak cari gaduh saja. Dia ni memang tak pandai nak ajak pempuan kot.

‘’ Nak ke tak ni?’’ ujarnya.

‘’ Hish..dia ni kan. Saja nak buat aku geram. Ok lah. Aku pun dah lapar ni. Kat mana kita nak makan ni?’’ soalku.

‘’ KFC.’’ Laju je dia pergi meninggalkan aku. Rupanya dia nak membayar buku yang baru dibelinya tadi. Aku mengikutnya. Tiba-tiba, aku disapa dari balakang. Aku dan dia menoleh serentak.

‘’ Hai, teacher.’’ Ujar pelajarku yang Lucy.

‘’ Oh. Kamu Lucy. Nana pun ada.’’ Sapaku.

‘’ Ni suami teacher ke? Hansemnya. Macam pelakon Korea.’’ ujar Lucy berjenaka. Sememangnya, pelajarku tidak mengetahui status ku. Mata Daniel memandangku dengan tajam.

‘’ Ye. Saya suami dia.’’ Ujarnya bersahaja. Terkejut ku mendengar. Biar betul dia ni. Suka hati mak bapak dia je nak mengaku.

‘’ Wow…untungnya teacher. Dapat suami hansem.’’ Ujar Nana pulak.

‘’ Kamu berdua ni ada-ada saja. Ok lah. Teacher nak lunch dulu. Kamu jangan nak melencong-lencong lama-lama, SPM dah nak dekat ni.’’ pesanku.

Mereka menyalamku dan bergerak pergi. Aku memandang Daniel. Dia boleh buat tak tahu je. Laju saja dia jalan ke depan. Kenapalah dengan dia ni. Macam robot je. Aku dan dia melangkah masuk ke KFC.

Nasib tak ramai sangat. Aku pergi ke arah kaunter untuk order makanan. Dia ke kaunter sebelah. Sombong betul la dia ni. Suami konon. Aku memerhatikan wajah dua orang perempuan yang bertugas di kaunter.

Happy semacam. Mana taknya, jumpa lelaki hansem. Tersipu-sipu malu la tu. Aku hanya menjeling tajam. Tapi dia ni macam tak der perasaan je. Dia pandang aku balik. Tiba-tiba je dia ke arahku dan berdiri di sebelahku.

‘’ Sayang. Order lunch set C untuk saya.’’ Aku terkejut dengan tindakannya.

Dua orang perempuan itu juga terkejut kerana tidak menyangka lelaki yang mereka suka tiba-tiba saja berkalih ke arahku. Daniel menghulurkan wang RM20.00 ke arahku. Lunch set C kan cuma RM5.99.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience