BAB 6

Romance Completed 13948

Hai..bosan pulak aku duk dalam bilik ni. Baik aku layan citer korea. Lagi best. Sombong pulak watak heronya ni tapi aku suka. Apalagi kalau bukan citer Secret Garden, Kim Jo Won ni memang muka kerek la.

Kesian Gil Raim. Aku ketawa sorang-sorang menonton citer ni. Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku melihat nombornya yang terpapar di skrin handfon Nokia ku. Aku tidak kenal nombor ni. Terus otakku ligat berfikir. Mungkin calon temujanji aku kot. Ok…rileks KIra. Control suara..buat-buat ayu gitu.

‘’ Assalamualaikum. Ini siapa?’’ soalku lembut.

‘’ Waalaikumsalam. Saya Shed Mikhael. Boleh panggil Mikha je.’’ Jawabnya.

‘’ Oh..awak calon temujanji saya rupanya. Ada apa?’’ soalku lagi.

‘’ Saya call ni nak buat temujanji dengan awak. Bila awak free?’’

‘’Ok. Bila-bila masa pun free sebab saya kan tengah cuti. Awak boleh tentukan bila temujanji kita.’’ Bagus..kontrol sikit Kira.

‘’ Ok. Nanti saya sms awak. Assalamualaikum.’’ Ujarnya.

‘’ Waalaikumsalam.’’ Jawabku.

Nampaknya macam boleh tahan je calon yang nombor tiga ni. Baru dengar suara la Kira oi..belum jumpa lagi orangnya. Ujar suara yang berbisik di telingaku. Betul-betul. Dalam profil dia, nampak macam model tapi pensyarah muzik rupanya. Mesti pandai nyanyi ni. Handfon ku berbunyi menandakan masuk sms. Aku melihat kandungan mesej tersebut.

‘’ Salam. Kita jumpa sabtu ni di Full House Café. Jam 11.00 pagi. Ok. Selamat malam.’’

Wah..baru je kejap tadi bercalling-calling. Aku tersenyum gembira. Mungkin ibuku dan mak cik ku benar bahawa aku perlu segera menamatkan zaman bujangku.

Mana tidaknya, semua rakan sekolahku kebanyakkannya sudah berkahwin. Tinggal dua tiga orang lagi yang belum kahwin termasuk aku. Aku masih tak dapat lupakan kisah percintaan aku sewaktu di U dulu. Dulu aku pernah bercinta time kat U.

Tapi, sayang kekasihku meninggalkan ku hanya untuk bersama perempuan lain yang lebih cantik baginya. Saat itu, aku sudah serik untuk bercinta. Biar banyak lamaran pinangan yang keluargaku terima, aku menolak. Sebab itu lah sampai sekarang aku tak kahwin-kahwin lagi.

Nampaknya, aku perlu berubah untuk mencari kebahgiaan yang aku impikan. Aku harap dalam ketiga-tiga calon yang mak cik ku pilih, ada la yang menyangkut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience