BAB 14

Romance Completed 13948

Usai sahaja menunaikan solat ishak, aku menanda buku-buku pelajar ku. Ada 10 buah buku lagi untuk ku semak. Lenguhnya, tengkuk ku. Aku menggoyang kepalaku ke kiri ke kanan.

Hari ini aku rasa sungguh gembira. Mana taknya, aku dapat jumpa calon terakhir aku tanpa guna temujanji. Adakah ini jodoh?? Aku tersenyum. Aku menerima sms yang membuatkan aku terhenti mengelamun.

‘’ Call ibu.’’ Ai..nak minta call. Mesti tak de kredit ni ibu. Aku mendail nombor ibuku.

‘’ Assalamualaikum bu. Sihat?’’

‘’ Waalaikumsalam Kira. Sihat. Ayah pun sihat. Kamu apa khabar? ‘’

‘’ Alhamdulillah bu, sihat. Ada apa ni bu? Suara ibu macam happy je.’’ Ujarku.

‘’ Macam ni, tadi ada rombongan meminang datang nak melamar kamu. Keluarga dia cakap mereka suka sangat dengan kamu. Anak dia pun suka dengan kamu.’’

‘’ Hah…apa? ‘’ aku terkejut. Baru je nak happy dengan Daniel, dah ada yang masuk meminang. Eh, aku ni suka-suka je Daniel. Dia entah tidak suka aku.

‘’ A’ah. Calon suami kamu tu, keluarga dia kata dia tak nak kamu di lamar orang lain. Lagipun, dia kata tak elok berkenalan lama-lama. Baik terus kahwin. Then boleh lebih mengenali dengan lebih dekat lagi.’’

‘’ Ibu, siapa ye bu? Oangnya macamana? Kerja apa?’’ soalku.

‘’ Tulah ibu kan dah cakap tadi. kalau kamu setuju, kamu tahulah siapa bakal suami kamu nanti.’’

‘’ Eh..ada pulak macam tu. Boleh bagi Kira masa tak? Nanti Kira bagitahu kat ibu. Salam.’’ Aku meletakkan handfonku. Kenapa aku rasa sedih ni? Adakah aku berharap dengan Daniel. Walaupun Daniel bersikap angkuh dan kasar di depan mataku, namun aku dapat merasakan dalam hatinya masih ambil berat padaku. Padahal baru satu hari kami meluangkan masa bersama. Tapi, takkanlah si Daniel tu nak kat aku. Aku ni biasa-biasa je. Dia boleh dapat perempuan yang lebih cantik dari aku. Mungkin aku patut terima saja lamaran tu. Daniel pun bukannya nak call aku pun. Dan dia bukan juga siapa-siapa bagi aku. Aku mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience