BAB 11

Romance Completed 13948

Akhirnya ,aku kembali semula ke Sabah untuk memulakan tugasan mengajar ku. Aku mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah kebangsaan jenis cina di Kota Kinabalu. Aku masih tidak dapat lupakan senyuman pada gambar arwah Karl. Rindunya aku pada suaranya.

Hari ini aku ke sekolah seperti biasa. Dah lama cuti ni, rindu pulak nak mengajar mereka.

‘’ Good Morning Teacher.’’ Ketua kelas Tingkatan Lima menyapa aku sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kelas mereka.

‘’ Good Morning Class. Pleasa, have a seat.’’ Ujarku.

Aku memulakan pelajaran hari ini dengan mengajar mereka tentang mengarang esei. Ye la..tahun ni mereka nak SPM.

Kenalah betul-betul ajar mereka ni. Dalam kelas aku ni ada jugala tiga empat orang pelajar Melayu. Yang lain tu, semuanya budak non-muslim. Tak kira cina ke, kadazan ke or dusun. Tapi mereka ni semuanya budak baik.

‘’ Ok class. You have to write this essay now. I want all of you pass to me today. Ok.’’ Ujarku.

‘’ Yes.’’ Sahut mereka satu kelas.

Aku menulis buku rekod mengajarku. Aku teringat pulak pesan ibuku. Dia kata lupakan lah Karl. Yang pergi takkan kembali lagi. Sabar sahaja. pasti jodoh Kira bakal tiba. Mungkin. Aku pun masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan calon yang bernama Daniel tu. Sibuk sangat la dia tu. Keluarga dia pun ada call ibu aku yang anaknya busy sangat kebelakangan ini. Tu yang balik-balik nak set up date terpaksa cancel. Tengah bisnes trip lagi.

Aku pun dah malas nak fikir pasal jodoh ni. Kalau ada jodoh, ada la tu. Mungkin tak perlu di cari. Mungkin ia akan datang sendiri. Siapa tahu? Biarlah, apa orang nak kata aku ni andartu ke, kuat memilih ke, apa ke. Aku tak kisah. Yang penting aku bahagia. Lonceng sekolah berbunyi menandakan kelasku sudah tamat.

‘’ Ok. Class!!’’ ujarku sedikit kuat. Maklumlah, pelajar ku ni ada 33 orang. Terpaksa kuatkan suara sikit.

‘’ Thank you teacher.’’ Ujar semua pelajarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience