BAB 15

Romance Completed 13948

Sedar tak sedar, sudah nak tiba majlis pernikahan ku. Selepas beberapa bulan, aku tidak menerima sebaran sms mahupun panggilan telefon dari Daniel. Aku telah bersetuju untuk menerima lamaran itu.

Hujung minggu ni merupakan detik paling bersejarah dalam hidupku. Aku akan menamatkan zaman bujang ku yang ke 29 tahun tanpa mengetahui siapa bakal suamiku.

Walaupun ibu ada memberikan sekeping gambar, aku malas nak tengok. Aku hanya teringatkan wajah tampan Daniel sahaja.

Astagfirullah..Kenapa pulak aku ingat lelaki lain ni? Aku kan dah nak kahwin.

Hari ini, rumah ku akan menjadi saksi majlis akad nikah ku. Aku terharu sangat kerana rakan baikku Nurul sudi hadir ke majlis kahwin ku walaupun sudah berbadan dua.

Aku menunggu di bilik ku. Bila-bila masa sahaja upacara pembatalan air sembahyang akan berlangsung. Aku berdebar ketika ini. Pintu bilik ku dikuak. Aku masih tunduk.

Aku memakai baju kebaya moden berwarna putih dan diserikan dengan selendang bermanik dari Butik Radiusite yang ditempah khas untuk majlis pernikahan ku ini.

Pengantin lelaki masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin. Dahiku terasa panas sekali bila dikucup oleh lelaki yang sudah sah bergelar suamiku. Berdebar sungguh jantungku. Macam nak meletup pun ada.

Tangan ku di raih untuk menyarungkan cincin ke jari manis ku. Aku menyalam tangannya dan mengucup. Tiba-tiba, mengalir air mataku tanpa ku sedari. Pantas sahaja, air mataku di seka oleh suamiku. Sungguh aku terkejut.

‘’ Daniel??? Awak??’’ soalku terkejut. Semua orang yang berada dalam bilikku sudah ketawa. Mereka meninggalkan kami berdua dalam bilik.

‘’ Kenapa?? Tak percaya eh.’’ Ujarnya. Dia tersenyum.

‘’ Macamana pulak awak yang jadi suami saya?’’

‘’ Ai…ada pulak tanya macam tu.’’

‘’ Ye lah. Kan ke awak tak nak berkenalan dengan saya lagi. Sebab awak tak call pun saya hari tu. Sms pun tak.’’ Aku tersedu-sedu menerangkan.

‘’ Ala…ala…ala..ada orang tunggu rupanya. Saya sengaja tak call awak atau sms. Saya terus call keluarga awak nak minta kebenaran untuk hantar rombongan meminang kat awak.’’

‘’ Hah…tapi awak cintakan saya ke?’’ soalku.

‘’ Sebenarnya, saya dah lama jatuh cinta kat awak time kita terlanggar di KLIA hari tu.Lepas tu, ummi saya tunjukkan gambar awak, saya terus tertarik nak berjanjitemu dengan awak. Cuma tak berkesempatan. Sebab saya selalu busy. Tapi alhamdulillah, kuasa Allah telah membawa saya apabila saya terjumpa awak di One Borneo hari tu. Kan jodoh tu. Tak payah nak set set date.’’ Ujarnya sambil memegang tanganku.

‘’ Aku sungguh terharu dengan kata-katanya. Sungguh aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menganugerahkan seorang suami yang cukup penyayang. Walaupun bukan dari segi luaran, tapi cukup dalamannya. Aku sungguh bahagia. Akhirnya, aku bertemu jodoh juga.’’

Kerlingan manja dari sang kekasih buat hatiku berdebar berjuta—juta kali yang ke berapa entah. Aku pun dah lost counts.

Tapi yang pasti kehangatan pandangannya itu menusuk tepat ke sanubariku dan betapa aku dapat meraasa kasih sayangnya yang membara sehangat api!

Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience