BAB 3

Romance Completed 13948

Hampir tiga jam penerbangan ku dari Sabah ke KL. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke KL. Rindunye. Aku disambut gembira oleh ahli keluargaku. Aku menarik bagasiku ke dalam kereta.

Kami sekeluarga menuju ke tempat letak kereta. Sewaktu menuju ke kereta, mata ku terpegun dengan sebuah kereta sport BMW putih di sebelah kereta kami, toyota Avanza. Fuyoo…berkilat giler. Mesti driver dia pun hansem.

‘’ Kira, apa lagi termenung kat kereta orang tu. Kereta kita kat sebelah ni la. Mari masuk.’’ Ujar ibuku.

‘’ Ala..potong betul la. Baru nak layan blues tengok kereta sport. Nak sentuh pun belum sempat. Sayangnye…’’ bisikku dalam hati.

Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam kereta ku. Luas pula ku rasakan kereta ni. Ye la..kami ni keluarga kecil saja. Aku ni anak tunggal. Tu la, ibu aku suruh aku cepat-cepat kahwin sebab ibu aku cakap kalau mereka dah tak der, sapa nak jaga aku.

Tiba-tiba, aku ternampak driver kereta sport di sebelah kereta ku. Punya la terkejut mak oi. Rupanya, kereta pemuda kerek yang aku terlanggar tadi la. Wah..siap ada pemandu sendiri nampaknya.

Boleh tahan juga dia ni. Tapi kerek sangatlah. Malas nak layan. Harap tak jumpa lagi selepas ni. kalau jumpa juga kali ketiga, maknanya memang ada jodoh la kot. Pandai-pandai je aku ni.

Ayahku memulakan perjalanan. Aku hanya memandang sekilas saja kereta di sebelah. Takut pemuda tu perasan pulak aku tengok dia.

Penat sungguh la. Aku nak tidur la dulu.

‘’ Kira!!!!’’ ibuku memanggil.

‘’ Ai..aku baru nak lelapkan mata. Dah kena panggil.’’ Gumamku sendirian di bilik.

‘’ Ada apa ni maknya. Biarlah si Kira tu berehat dulu. Nanti malam saja la bincang. Terkejut pulak dia nanti.’’ Ujar ayahku kepada ibuku.

‘’ Kira!! Tak pe la. Malam nanti je.’’ Ujar ibuku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience