BAB 4

Romance Completed 13948

Aku membantu ibuku menyiapkan makan malam. Sunyi betullah rumah kami ni. kami bertiga anak beranak saja tinggal di dalam rumah ni. Aku dah mula tertanya-tanya ni kenapa ibuku beria-ria sangat nak cakap dengan aku ni. Harap bukan pasal kahwin. Minta-minta la.

‘’ Kira, lepas makan ni, ibu ada hal nak bincang dengan kamu dekat ruang tamu.’’ Pesan ibuku.

‘’ Baiklah.’’ Aku membuat muka seposen. Ada hal apa ni.

Aku melangkah ke ruang tmu dengan perasaan yang gelisah. Ibu dan ayahku sudah duduk di sofa sambil menonton tv. Aku menghampiri mereka dan duduk berhadapan dengan mereka.

‘’ Kira. Ibu nak bincang sikit.’’ Kata ibuku.

‘’ Bincang apa bu?’’ Soalku.

‘’ Macam ni. Minggu lepas, mak cik Leha kamu ada datang rumah kita. Macam biasalah mak cik Leha kamu tu. Asal datang je, tanya pasal kamu. Dah ada calon ke belum? Kalau tak de dia boleh carikan. Dia ada banyak calon tu.’’ Ujar ibuku.

Aku terkejut mendengarnya. Calon?? Calon apa ni? Takkan calon suami kot?

‘’ Calon apa bu?’’ soalku.

‘’ Mestilah calon suami untuk kamu. Kamu tu dah lama membujang. Takkan tak der kekasih. Kalau tak der, mak cik Leha kamu ni ada bawa gambar calon untuk kamu. Jadi, kamu boleh buat temujanji untuk berkenalan dengan mereka ni semua. Kamu kan tengah cuti. Senanglah tu.’’

‘’ Hah!! Pandai-pandai pulak mak cik Leha ni. Mak cik Leha tutahu ke taste Kira? Ibu pun tak tahu kan.’’ Dugaku.

‘’ Itu tak diambil kira. Yang penting kamu kena jumpa semua calon yang mak cik Leha kamu ni buatkan. Kamu tu dah nak masuk 30 tahun. Nanti orang gelar anak dara tua. Baru kamu tahu.’’

‘’ Ala..anak dara tua apanya. Kita kan anak ibu dan ayah.’’ Sengaja aku loyar buruk.

‘’ Kamu ni ada-ada saja Kira.’’ Ujar ayahku yang memerhatikan aku dan ibu bercanggah pendapat.

‘’ Tak der..tak der. Ibu akan pastikan yang tahun ni kamu akan kahwin sebelum mencapai umur 30 tahun. Faham!!’’

‘’ Ikut suka ibu la. Mana gambarnya. ‘’

Calon Pertama

Nama: Tengku Daniel Wu Tengku Abdullah Wu
Umur: 32 tahun
Kerjaya: Ahli Perniagaan ( CEO Syarikat Hartanah Wu SDN BHD)
Kelebihan: Boleh bertutur empat bahasa selain bahasa Melayu ( English, Mandarin, Korea, Jepun)
Hobi: Membaca buku motivasi dan berehat di rumah.
Ciri wanita idaman: Pandai memasak, hormat orang tua dan lemah-lembut.

Calon Kedua

Nama: Mohd Karl Shah Mohd Khairee
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Doktor Gigi ( Klinik Karl SDN BHD)
Kelebihan: Pandai memasak
Hobi: Memasak di waktu lapang
Ciri wanita idaman: Sedap mata memandang ( tak kisah, asalkan hati baik)

Calon Ketiga

Nama: Shed Mikhael Shed Mokhtar
Umur: 31 tahun
Kerjaya: Pensyarah Muzik di UMS
Kelebihan: Menyanyi
Hobi: Main gitar
Ciri wanita idaman: Pandai ambli hati orang tua

‘’ Fuhhhhh…biar betul ibu ni. Semua ni calon untuk Kira. Untungnya. Tak payah susah-susah nak masuk reality show macam ‘ Mencari Cinta’ tu.’’ Usik ku.

‘’ Kamu ni, main-main pulak. Ibu serius ni. Macamana calon-calon temujanji ni? Ok? Ada bantahan?’’ujar ibuku.

‘’ Boleh la ni..daripada tak ade.’’ Aku tersengih. Tapi kan kenapa calon yang pertama tu macam pernah ku lihat sebelum ini. Konfius-konfius.

‘’ Apa halnya muka kamu tu macam keliru?’’ soal ibuku.

‘’ Tak de la bu. Memang terbaiklah Mak cik Leha tu carikan jodoh untuk Kira. Semua calon ni macam model puna ada, macam artis pun ada.’’

‘’ Kamu ni. Dahlah. Kamu pergilah masuk ke bilik. Mesti kamu penat. Takpe, soal tarikh nak berjanjitemu ni, serahkan pada Ibu dan Mak cik Leha kamu.’’

‘’ Ok.’’

Aku berlalu pergi ke bilik untuk berehat. Penat pulak rasanya hari ini. Oh..katil, dah lama aku tak baring kat atas kau. Hari ini, tuan mu dah balik. Aku rindu pulak nak baring kat atas katil bujang aku ni. hihihihihi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience