BAB 10

Romance Completed 13948

Hari ini aku duduk di rumah saja. Malas pulak nak keluar. Sebab malam ni aku nak jumpa Karl. Aku pun tak tahu kenapa hari ini aku rasa macam nak sangat nak berkenalan dengan DR. Karl ni. Aku tengok gambarnya saja sudah buat aku berdebar-debar. Telefonku berbunyi.

‘’ Salam, Kira.’’ Sapa Karl.

‘’ Salam.’’ Jawabku.

‘’ Saya menganggu ke?’’ ujarnya.

‘’ Tak de lah. Kenapa?’’

‘’ Entah le. Saya pun tak tahu kenapa saya call. Saya macam nak dengar suara awak saja.’’ Ujarnya. Kelakar juga dia ni.

‘’ Awak ni ada-ada la. Malam ni kan kita jumpa. Sabarlah.’’

‘’ Itu saya tahu. Tapi saya rindu la suara awak.’’ Aku terpana dengan kata-katanya. Dia ni macam caring je. Ini yang aku suka ni.

‘’ Awak di mana ni? soalku.

‘’ Saya tengah drive ni.’’

‘’ Apa? Drive? Bahaya la awak call macam ni. Dah lah. Kita stop dulu. Malam ni kita jumpa.’’

‘’ Ala..tak pe. Saya ni pakar memandu. Saya rindu sangat suara awak tu. Itu yang call terus tu.’’

‘’ Awak ni. Utamakan keselamatan tau. Ok. Saya letak dulu.’’

‘’ Awak..awak. Tunggu. Saya rin….ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh’’ suara Karl kedengaran sikit menjerit.

‘’ Karl…Karl…Karl..kenapa? Apa yang dah jadi? Soalku cemas.

Aku sangat sedih sekali hari ini. Makan malam yang dijanjikan untuk ku dengan Karl berubah kepada majlis kenduri arwah. Aku tidak menyangka yang ajalnya akn tiba secepat ni.

Aku rasa bersalah sangat. Kalau la aku tak matikan telefon awal-awal tadi, tentu Karl takkan kemalangan. Aku sangat sedih.

Aku tidak dapat menahan tangisan ku walaupun kami belum berjumpa, aku sudah jatuh sayang padanya. Namun, Allah lebih menyanginya. Mungkin aku dan dia tiada jodoh. Ibuku memeluk ku dengan sepenuh hati.

Tengah hari tadi, aku menerima panggilan telefon dari keluarga Karl. Karl telah mengalami kemalangan besar apabila kereta Toyota Corolla Altis nya telah berlanggar dengan sebuah van dari arah bertentangan sehingga menyebabkan Karl meniggal dunia di tempat kejadian.

Waktu aku mendengar sahaja berita itu, terus air mataku gugur laju. Sungguh aku terkejut dengan berita itu.

Keluarga Karl ada memberitahuku bahawa Karl sudah jatuh cinta dengan ku sejak kali pertama dia memandang gambar ku. Sayang sekali kami tidak dapat berjumpa lagi. Hanya gurauan dalam telefon sahaja. Aku rindu akan suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience