BAB 6

Humor Completed 12819

Sinar Iman adalah sebuah rumah perlindungan bagi remaja yang bermasalah. Namun begitu, tidak semua remaja bermasalah akan diterima masuk. Sinar Iman hanya membantu remaja yang mempunyai masalah sosial dan belum terjebak dengan seks. Ada juga sesetengah kes di mana remaja yang pernah melakukan hubungan berlainan jenis akan diterima dengan syarat remaja itu harus melakukan beberapa ujian. Hal ini adalah untuk memastikan tidak ada benih bayi yang tersemai dalam rahim remaja tersebut di samping melihat tahap kesihatan diri mereka.

Setakat ini Amyra belum mampu untuk membela remaja yang mengandung dan sudah dijangkiti HIV dan AIDS. Amyra tahu bukan sedikit kesabaran yang diperlukan untuk mendidik remaja bermasalah ini. Oleh sebab itu dia bermula dari bawah. Bermula dengan remaja yang mempunyai masalah sosial sahaja dahulu. Lagipun, Sinar Iman baru sahaja tiga tahun bertapak. Belum cukup mantap untuk menampung segalanya. Biarlah segalanya dimulakan secara berperingkat. Agar hasilnya nanti tidak mengecewakan. Zulaikha telah dihantar untuk sesi kaunseling sebagai permulaannya. Selepas dua jam nanti barulah dia akan dihantar ke kamarnya yang juga menempatkan beberapa orang remaja lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience