BAB 9

Humor Completed 12819

Amyra memeriksa mail box Sinar Iman. Banyak email yang diterima dan kebanyakannya adalah daripada ibu bapa dan keluarga remaja yang pernah menetap di situ. Ada yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan Sinar Iman. Namun tidak kurang juga yang memberi tindak balas yang negatif. Amyra tidak kisah. Baginya semua itu harus diambil kira sama ada positif atau negatif. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Tidak semua remaja yang dibentuk di Sinar Iman akan mengamalkan apa yang diajar selepas pulang kelak. Malah, Amyra sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa remaja di bawah jagaan Sinar Iman ini tidak akan kembali kepada perangai lama selepas tempoh mereka menetap di sini. Sambil membalas email itu otak Amyra mengembara. Dia teringat zaman awal remajanya. Dia pernah bertukar cerita dengan seorang teman yang dikenali menerusi alam maya. Mereka tidak pernah bersua. Hanya email menjadi penghubung.

Salah satu sebab mereka terus berkawan adalah kerana mereka mempunyai kebolehan yang serupa. Mereka turut berkongsi sebahagian minat dan impian yang sama. Malah temannya itu pernah berjanji untuk bekerjasama dengan Amyra membuka sebuah pusat perlindungan remaja bermasalah satu hari nanti. Amyra sebenarnya tidak kisah sangat sama ada dia menunaikan janji itu atau tidak. Yang paling penting adalah persahabatan mereka. Kini, selepas masing-masing mendapat tempat di universiti, semakin jarang mereka berkongsi cerita. Baik Amyra mahupun temannya, kedua-duanya mendiamkan diri. Tambahan pula, temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mengikuti ibu bapanya yang mencurahkan khidmat di negara asing. Baru Amyra teringat. Dia sudah lama tidak membuka mail boxnya sendiri. Asyik dengan Sinar Iman sehingga tiada masa untuk ruang peribadinya. Entah-entah ada email darinya. Tapi, ah! Tak mungkinlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience