BAB 11

Humor Completed 12819

“Kak Myra, ingat tak tentang jawatan kosong yang akak suruh Syud iklankan di akhbar beberapa bulan lepas?” Tanya Syuhada yang entah dari mana datangnya. Amyra seperti berfikir seketika sambil mencuci tangannya, kemudian mengangguk. Dia masih ingat jawatan pembantu kaunselor lelaki yang diperlukan.

“Ingat. Tapi, takde respons pun kan? Kenapa Syud tanya?” Syuhada tersenyum senang melihat Amyra yang sudah mula mengerutkan dahinya. Gadis lepasan diploma itu terus merangkul pinggang Amyra dengan lagak manja sekaligus mendorongnya keluar dari dapur. “Baru ada respons, kak. Tu kat dalam bilik tamu ada orang tunggu nak ditemuduga. Kacak, kak!” Celoteh Syuhada menggeletek tangkai hati Amyra. Dia hanya menggelengkan kepala dengan senyum nipis tika Syuhada membetulkan kebaya ungu yang tersarung di tubuhnya. Amyra sedar Syuhada sengaja ingin mengusiknya. Walhal gadis itu tahu Amyra pasti akan mengemaskan dirinya sendiri nanti. “Perfect! Dah, cepat kak masuk dalam bilik. Nanti Syud bawa dia masuk.” Amyra mengelap peluh yang merenik di wajah dan membetulkan sedikit make upnya yang agak comot selepas membantu Ika membuat donut di dapur tadi. Bukan apa, dia tidak selesa berbincang empat mata dalam keadaan kurang rapi. Ada sahaja yang akan dijamahnya nanti.

“Yes, Syuhada. Take him in,” Amyra memberi arahan selepas mendengar suara Syuhada di corong telefon. Sedetik kemudian, dia ternampak kelibat seseorang berdiri di hadapan mejanya sebaik sahaja Syuhada merapatkan daun pintu. “Sila duduk,” Amyra masih tekun mencatat sesuatu pada organizernya. Kepalanya masih tunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience