BAB 3

Humor Completed 12819

Awal pagi itu, Amyra menyiapkan sarapan ringkas untuk dirinya sendiri. Roti bijirin penuh bersama tuna dan dilengkapi segelas jus epal tanpa gula. Sambil menikmati hidangan, dia terkenangkan kampung halaman yang sudah hampir dua bulan tidak menjilat tapak kasutnya. Kicauan merdu Sang Pipit di bukit kecil belakang rumah menggamit kenangan. Lama benar rasanya suara itu tidak menjamah gegendangnya.

Deru sungai di hujung kampung yang seringkali menjentik ide untuk menyiapkan karya puisinya serasa begitu dekat di hati. Tatkala seluruh isi alam lena dihayun mimpi, Amyra bangun mengerjakan tahajjud. Kemudian dia berwirid panjang. Setelah mengaminkan doa, dia lantas menolak daun tingkap membiarkan bayu memeluk dirinya erat. Berteleku di situ mencari ilham baru disamping menghayati sinar dari langit. Baginya, lukisan alam yang dihiasi corak bintang serta melodi dari cengkerik amat indah dan sempurna buat malam.

Saat itu, Amyra terkapar dalam lautan rindu pada kampungnya.

Jika diikutkan hati, setiap hujung minggu Amyra mahu pulang. Namun semuanya tidak semudah itu. Kerjanya yang tidak menentu menjadi alasan setiap kali umminya di kampung bertanya.

Bukan dia sengaja beralasan tetapi itulah hakikatnya. Lorong yang dipilihnya sendiri dengan restu keluarga. Dia sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah itu walaupun dia tahu ia langsung tidak ada kaitan dengan kursus yang dipelajarinya ketika menuntut dahulu.

Kecintaannya pada bidang itu diuli dengan sedikit sifat belas kasihan serta tanggungjawab pada generasi sendirilah maka lahirnya Sinar Iman. Sesungguhnya Amyra Najwa amat bersyukur dengan kelahiran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience