BAB 4

Humor Completed 12819

Enjin Myvi merah itu mula mengaum selepas Amyra mengunci pagar rumah. Dia harus cepat. Ada temu janji dengan klien yang harus dipenuhi. Amyra tidak suka membiarkan kliennya menanti. Kerja sepertinya memang perlu pantas. Silap perhitungan, kliennya akan beralih ke pusat lain. Amyra tidak mahu semua itu berlaku. Bukan duit yang difikirkan. Sebaliknya, Amyra sekadar hendak melihat sejauh mana potensi Sinar Iman di mata masyarakat. Namun sesekali dia sedar bahawa tidak semua yang berlaku adalah seperti yang kita harapkan. Amyra tersenyum sendiri sambil matanya terus membelah kesibukan jalan raya.

Amyra merapikan tudung hijau muda di kepalanya. Dia membelek dirinya sekilas pada refleksi kaca panjang yang tergantung pada dinding pejabatnya. Dia tersenyum sendiri apabila agak berpuas hati dengan penampilannya pagi itu. Dia tampak berkaliber dalam busana muslimah yang digayakan. Jubah moden hijau muda dilapisi dengan kain jarang berwarna hitam dengan sedikit potongan serong pada lengan dan kaki jubah menampakkan busana itu begitu menarik. Sedikit eyeshadow berwarna hijau muda yang disapu pada kolopak mata menaikkan seri matanya yang tersedia dengan alis lentik.

Pewarna bibir merah ceri yang dioles nipis melengkapkan lagi penampilannya. Sempurna! Sekuntum senyuman dihadiahkan buat cermin itu persis mengucapkan terima kasih. Amyra berpusing sekali lagi untuk melihat dirinya buat kali terakhir. Selepas itu, cepat-cepat dia menyusun langkah menuju ke meja kerja, menyediakan apa yang patut untuk kliennya sebentar nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience