BAB 12

Humor Completed 12819

“Assalamualaikum,” sepotong doa itu berjaya mengangkat wajah Amyra. Dia terperanjat amat! Mata itu! Ya, mata yang masih terukir jelas pada benaknya dan serupa dengan yang ada di hadapannya tika ini. Ya Allah, apakah ini petunjukMu? Berikanlah aku secebis kekuatan untuk berhadapan dengannya,doa Amyra dalam hati. “Assalamualaikum, Cik Amyra Najwa Azhar,” ulang lelaki itu sekali lagi. Mungkin dia sedar wanita ini belum lagi menyambut huluran salamnya. Amyra menggerakkan bibirnya tanda menjawab salam sekaligus menutup debar di hati tika mendengar sebaris namanya meniti bibir itu. Mungkin Syuhada yang memberitahu namaku. Amyra cuba mengukir senyum.
“Datang untuk temuduga, kan? Nama encik?” Dia benar-benar terlupa untuk meminta profil lengkap tentang lelaki ini dengan Syuhada tadi. Anak mata Amyra melekat pada kemeja dan tali leher yang dipakai. Seperti pernah dilihatnya sebelum ini. “Muhamad Hanafi bin Mohd Megat,” jawabnya sambil menghulurkan fail biru tua. Kali ini Amyra benar-benar terkesima. Akalnya pantas mencari-cari logik nama itu dengan memori silamnya. Akhirnya, fail itu menjelaskan segala-galanya. Lelaki lulusan University of Leeds, United Kingdom memang teman sibernya dahulu. Amyra memandang Hanafi dan kelihatan dia mengangguk tanda mengiakan apa yang berlaku. Amyra merasa seperti darah menyerbu ke mukanya. Dia masih tersenyum seolah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku.
“Pasaraya, tasik, Sinar Iman. Boleh tahan jugak sombong awak tu ye?” Perlahan Hanafi menuturkan kata. Sepatah-sepatah suara Hanafi menyerap ke dasar hati Amyra. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki yang tersenyum padanya di pasaraya dan di tasik dahulu adalah orang yang sama dengan lelaki yang melamarnya dalam mimpi tempoh hari. Apakah dia yang Kau bayangkan untukku sebelum ini? Berikanlah daku petunjukMu, Ya Rahman, Ya Rahim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience