BAB 5

Humor Completed 12819

“Masuk!” Syuhada yang tampak manis dengan kebaya moden itu pantas mengatur langkah merapati meja Amyra. Seorang wanita dan lelaki muda serta seorang remaja perempuan membuntuti Syuhada. Selepas memaklumkan sesuatu, Amyra menjemput tetamunya duduk. “Saya Amyra Najwa bt Azhar, pengasas Sinar Iman. Cik ni” “Aisyah Hanani, panggil saja Hana. Lebih mesra. Ini suami saya, Zafrul dan ini adik ipar saya, Zulaikha,” tutur wanita itu dengan senyum ramahnya. Terpegun Amyra melihat watak yang begitu tenang riaknya. Senyumannya amat memukau sekaligus menghalau resah yang bertamu di hati. Pasti kliennya kali ini mudah dibawa berunding. Amyra mengangguk dan tersenyum sambil jemarinya menari mencatat butiran pada satu borang. “So, apa masalahnya ni?” Amyra membuka bicara sediplomasi mungkin. Aisyah Hanani menceritakan perihal adik iparnya itu dari A sampai Z. Zafrul hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Sesekali dia menyampuk, menambah apa yang diperkata oleh isterinya. Zulaikha kaku tanpa perasaan di hujung sofa jingga. Dia buat tidak endah sahaja. Amyra masih fokus pada pasangan tersebut sambil tangannya masih lincah mencatat apa yang dirasakan patut. Agak lama juga mereka bercerita dan Amyra masih setia mendengar dengan semangat yang berkobar untuk membantu Zulaikha. “Baiklah, Hana, Zafrul. Rasanya akak sudah faham masalah Zulaikha. InsyaAllah, kami di Sinar Iman akan membantu setakat yang terdaya,” ujar Amyra dengan senyum manis. “Terima kasih, Kak Myra. Kalau ada apa-apa hal terus hubungi kami ye. Nombor telefon Hana dah tinggalkan pada Syuhada tadi.” Amyra mengangguk. Dia lebih senang berurusan dalam keadaan yang tidak formal. Cukup dengan panggilan nama sebagai pengganti diri. Tugasnya memerlukan suasana yang santai tanpa tekanan bagi memudahkan proses yang selanjutnya.
Amyra menghantar Hana dan Zafrul ke kereta selepas dua wanita itu bersalaman. Zulaikha ditinggalkan di Sinar Iman untuk tindakan Amyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience