BAB 2

Fantasy Completed 3141

"Lepaskan! lepaskan aku! korang!" jerit aku. Subuh tadi kami diculik oleh beberapa orang berbadan gagah perkasa sehinggakan aku tidak dapat meloloskan diriku sendiri. Tenaga mereka sangat kuat.

“Diam!!" tengking salah seorang berbadan gagah itu. Aku tidak dapat meneruskan rontaanku. Badanku mula sakit-sakit dan dadaku berasa sesak nafas membuatkan aku berasa sangat letih.

"Kemana korang nak bawa kami?!!" tanya Mie dengan suara lantang.

“Korang diam dan ikut sahaja kami. Jangan kantoikan pekerjaan kami!" marah orang itu sekali lagi. aku hanya mendiamkan diri. Sampai sahaja di hadapan sebuah lori yang besar. Kami berempat dicampak masuk ke dalam belakang badan lori. Aku terus mendakap abang Ai.

“Luka aku belum baik lagi ditambah pula dengan kerja gila dorang ni. Sakit

“ merungut Mie.

“Alle okey tak?" tanya Nasz. Aku menyorok wajahku pada dada abang Ai. Abang Ai memelukku dan mengusap rambutku.

"Leher Alle ada kesan lebam, mungkin dorang pegang tadi terlalu kuat sampaikan Alle rasa tak boleh bernafas dengan baik. muka dia pun dah pucat." beritahu Abang Ai sambil mengusap wajahku. Tugas dia seperti abang kandungku. Kami tiada keluarga kandung. Dari kecil usia setahun sudah dipisahkan dengan keluarga kandung malahan dunia luar pun kami tak pernah jejak dan lihat. Asyik terperap di kawasan pusat latihan pertahanan diri. Kamu adalah generasi yang paling muda di dalam pusat latihan tersebut kalau yang lain-lain semuanya sudah cekap dengan pelbagai pertahanan diri. Yang paling ramai adalah jantina lelaki manakala perempuan sikit sahaja.

Aku memejamkan mataku di dalam dakapan abang Ai. Abang Ai bersandar pada sebuah kotak kayu besar. Nasz pula membelek barang-barang yang ada di dalam lori tersebut begitu juga dengan Mie.

"Abang Ai, tekak Alle loya. Ada gula-gula tak?" aku mengurut-urut tekakku. Abang Ai meraba-raba poket seluarnya sehingga dia terjumpa dua biji gula-gula di dalam poket kanan seluarnya. Dia bukakan plastik gula-gula tersebut dan menyuapkan gula-gula tersebut ke dalam mulutku dengan lembut.

"Alle okey tak? risau abang Ai tengok." aku tersenyum lemah lalu mengangguk perlahan. Aku cuba untuk lelapkan mataku supaya dapat menghilangkan sedikit rasa sakit pada badanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience