BAB 5

Fantasy Completed 3141

7 tahun kemudian,,,

Tahun ni adalah tahun yang dinanti-nantikan oleh aku. Aku akan berjumpa dengan mereka. Aku rindu sangat dengan mereka. Apalah jadi dengan mereka. Aku nak peluk mereka kuat-kuat.

"Alle Rey" panggil pegawai disitu. Aku terus mara kehadapan dan memberi tabik hormat kepadanya.

“Awak layak untuk dilepaskan daripada kurungan ini." aku mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Aku terus mendapatkan Raihanna Qish, atau nama panggilan dia Rai. Rai adalah gadis yang banyak menolong aku sewaktu aku pertama kali dicampak masuk ke dalam bilik kurungan itu.

“Jom. Mana abang-abang Alle tu?" tanya Rai. Aku begitu teruja untuk berjumpa dengan mereka. Soalan pertama aku nak tanya adalah mereka dapat kuasa apa? Hihihi.

"Abang Ai! Mie! Nasz!" jerit sekuat hatiku apabila ternampak tiga lelaki sedang melepak di meja kafe.

“Alle!!!" abang Ai segera memelukku.

“Dah besar dahhhh!" teruja dia.

“Wah, makin mengaumlah kau." sakat Mie. Aku menjeling.

“Baru jumpa dah sakat. Eh lupe, ni kawan Alle nama dia Rai." Rai melambai tangan ke arah mereka dengan teruja.

"Alle bawak awek siot..." sindir Mie. Nasz tergelak.

“Abang Ai rindu sangat dekat Alle." air mata abang Ai mengalir begitu juga dengan aku.

Aku mengajak mereka pergi ke tempat yang agak privasi sedikit.

“Apa kuasa Alle?" belum sempat untuk aku ajukan soalan tersebut. Orang pertama yang tanya adalah Mie. Nasz dan abang Ai memandang aku lama manakala Rai tersengih.

“Kuasa Alle petir tapi Rai selalu cakap Alle ada kuasa tambahan tapi tak tahu nak panggil kuasa apa." jelas aku. Mie dan Nasz mengangguk.

“Abang Ai kuasa elektrik." beritahu abang Ai. Aku tersenyum senget.

“Boleh gabung dengan Alle. Petir Eletrik." abang Ai tersenyum.

“Kuasa aku kebal." kata Mie.

“Aku kuasa aku boleh hilang-hilang dan menyamar." Giliran Nasz pula memberitahu kuasanya.

"Sekarang kita kena pergi mana?" Cuba tengok dekat kertas yang dia bagi pada Alle tadi." Ingat Rai.

“Dia tulis dekat kertas ni, bentukkan satu kumpulan sendiri dan kemudian jalan keluar ke pintu nombor 3 dari kanan anda." beritahu aku dan kemudian kami serentak melihat pintu keluar nombor tiga. Kami lihat ada ramai orang keluar ke pintu nombor 3.

“Jomlah..." ajak Rai. Abang Ai pantas memegang tanganku dan kami berlima jalan serentak ke pintu nombor 3.

"Kita nak ke mana ni?" tanya Rai pelik apabila melihat suasana yang agak seperti kem askar.

“Ni macam kem askar je?" kata Mie. Aku memerhatikan sekeliling suasana seolah-olah mahu berperang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience