BAB 3

Fantasy Completed 3141

"Jangan mengada nak memberontak. Duduk diam dekat dalam ni. Makanan akan ada orang bagi sebentar lagi." tegas orang itu. Mie mahu sahaja memberontak tapi ditahan oleh aku dan menyuruh dia menenangkan diri. Abang Ai dan Nasz berdiri dihadapan pagar tersebut dan melihat susana jalan lalu-lalang disitu. Sunyi sepi disitu. Abang Ai mendekati aku sambil memegang tanganku.

“Kenapa abang Ai?" tanya aku pelik. Abang Ai mengeluh kecil.

“Abang tengok tempat ni seperti tidak selamat dan membuatkan abang Ai risau." kata dia. Aku membuat muka sedih. Kenapa hari ni kami diculik oleh orang yang tidak kenali? kenapa tiba-tiba? selama ni kami okey sahaja duduk disitu. Walaupun tidak bebas untuk pergi ke dunia luar tetapi kami selesa disitu.

"Marilah kita berehat dahulu." ajak abang Ai. Au merapatkan diriku pada abang Ai.

“Alle nak tahu kenapa kita ke sini? Alle nak balik..." kata aku dengan nada geram.

"Aku pun geram Alle. Kita bawa kesini dengan cara kasar." amuk Mie. Kami berempat cukup emosi.

Tiba-tiba seseorang datang membawa sedulang makanan. Empat pinggan berisi nasi berlaukkan daging kicap serta air kosong. Mie mula mengamuk apabila orang itu mahu membuka pintu pagar. Segera ditahan oleh Nasz.

“Jangan tahan akulah!" Nasz ditolak kuat sehingga jatuh.

“Mie! jangan cari pasal!" jerit aku.

"Kenapa halang aku, Alle?" tanya Mie dengan nada marah. Aku menjeling. Orang itu menutup semula pintu setelah dulang makanan diletak di atas meja.

"Janganlah macam ni." kata Abang Ai.

“Ahh diam lah gemuk." maki Mie. Abang Ai terdiam. Aku mengusap tangan abang Ai. Ya, nak dikira adik yang manja dengan abang Ai, sebab dari kecil dia yang menjaga aku.

Malam itu semua tidur kecuali aku. Aku termenung jauh dalam kegelapan. Hanya ada satu lampu malap yang berada di lorong jalan ini. Abang Ai berdengkur tidur. tiba-tiba aku dengar suara seseorang menjerit-jerit minta tolong. Aku mula tergerak hati. Jeritan tersebut sedikit pun tidak mengejutkan abang Ai, Mie dan Nasz. Aku bangun lalu berdiri di hadapan pagar. Suara itu seperti tidak jauh dari bilik kurungan kami.

"Alle, kenapa?" aku sedikit terkejut apabila Abang Ai memegang bahuku.

“Alle dengar ada orang jerit tak jauh dari sini." beritahu aku. Abang Ai cuba memasang telinga juga untuk mendengar jeritan tersebut.

“Yelah, ada orang menjerit." angguk Abang Ai.

“Alle rasa tak sedap hati." kata aku sambil memegang dadaku.

"Mari, kita baring. Abaikan." kata abang Ai. Aku hanya menuruti dia. Belum sempat aku mahu merebahkan diri. Seseorang sudah membuka pintu pagar dengan rakus menyebabkan Nasz dan Mie tersentak bangun.

"Bangun!!" jerit orang itu. Empat lelaki perkasa merentap pergelangan tanganku lalu mengheret aku keluar dari bilik kurungan. Aku tidak menjerit malah terdiam. Mataku rakus melihat Abang Ai, Nasz dan Mie diheret kasar sama seperti aku. Kami terpisah. Aku hanya mengalirkan air mataku menahan sakit pada pergelangan tanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience