BAB 1

Fantasy Completed 3141

Aku berlari-lari sekuat hatiku untuk aku sampai ke garisan penamat dan aku nak nama aku diumumkan sebagai pemenang untuk pertandingan kali ini. Di kiri dan kanan aku, budak-budak lelaki yang sedang cuba mengejar aku yang sudah jauh ke hadapan meninggalkan mereka. 3,2,1 akhirnya kaki aku menjejak di atas garisan penamat. Aku mengelap peluh yang sudah membasahi mukaku.

"Gila lah kau!" jerit Mie, rakan lelaki sebaya dengan aku.

“Semua pertandingan kau nak bolot. Tak nak bagi can dekat kami langsung." marah Mie. Aku hanya tersenyum senget. Airol dan Nasz hanya memandang sepi ke arah aku. Sekali lagi mereka bertiga didenda kerana kalah dalam pertandingan ini. Seminggu sekali pasti ada pertandingan dan setiap kali pertandingan aku adalah pemenangnya, tak pernah berubah.

Malam itu, aku merebahkan diriku di atas katilku dan termenung jauh kemudian aku menoleh ke kanan apabila terdengar bunyi pintu bilikku dibuka kasar. Mie, Nasz dan Airol masuk ke dalam kamarku. Oh ya, Mie seorang sahaja yang sebaya dengan aku, 10 tahun. Manakala Nasz berusia 11 tahun dan paling tua adalah Airol berusia 16 tahun. Mereka bertiga berkawan baik sejak mereka dimasukkan ke dalam pusat latihan ini.

"Sakit gile badan aku, Alle." ngadu Mie dan Nasz, Airol hanya mengeluh dan melabuhkan punggungnya di atas tilam sebelahku. Aku merenungnya. Montel membuatkan aku mahu picit kuat-kuat pipi dia.

“Kenapa pandang abang Ai macamtu?" aku tergelak lalu menggelengkan kepala.

“Sakit lagi?" sahaja aku memanaskan hati mereka.

"Sakitlahhh!" marah Mie.

“Korang lelaki kan kuat takkan korang nak tengok aku yang perempuan ni kena denda teruk macam korang kena?" cebik aku.

“Kata sayang aku..." aku mencebik lagi. Mereka terdiam. Abang Ai mengusap kepalaku.

“Kalau macam tu sapukan kiteorang ubat." kata Mie sambil tersengih.

“Setuju!" serentak Abang Ai dan Nasz setuju dengan kata-kata Mie. Aku menjeling. aku ikuti sahaja daripada membantah tah hape-hape yang mereka akan kerjakan dekat aku. Aku mengambil ubat di atas meja lampu dan merawat mereka seorang demi seorang.

"Tapi sebenarnyakan, Alle kau seorang yang kuat. Walaupun badan kau tu kecik tapi kiteorang tak dapat nak kalahkan kau walau macam mana sekalipun. Kau rasa kalau kau dikurniakan kuasa ajaib, kau akan buat apa Alle?" tanya Nasz. Aku ketawa.

“Aku akan tolong manusia yang dianiaya oleh musuh dia. Aku akan bantu selagi aku masih boleh lawan." balas aku.

“Kalau Alle ada kuasa, Alle lupakan kami tak?" tanya abang Ai. Aku mengerutkan dahiku.

“Tak tergamak Alle nak buat macam tu. Alle dah sayang abang Ai, Mie dan Nasz macam adik-beradik Alle sendiri. Mereka tersenyum begitu juga dengan aku.

Malam itu, kami tidur bersama-sama di atas satu katil. Mujur muat. Aku dihimpit oleh hero-hero sejiwa aku. Lena malam tu aku tidur tanpa rasa resah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience