BAB 6

Fantasy Completed 3141

"Alle, sini. Kita berlima kena setia bersama. Aku tak nak pekara 7 tahun lepas terjadi lagi." tegas Mie. Kami mengangguk. Mie seakan-akan berperwatakan ketua. Nasz pula seperti pembantunya.

“Kenapa semua kena berkumpul dekat sini, ek?" tanyak Rai.

“Entahlah Rai. Alle tak pasti dan dia tak ada tulis apa-apa lagi dekat dalam surat ni." Rai mengambil surat di genggaman tanganku kemudian dia meneliti dengan sungguh-sungguh.

“Surat ni siap ada cop dan nombor siri, ." panjang betul nombor siri itu. Aku turut melihat nombor siri tersebut.

“Baiklah semua, sila duduk dan bertenang." seorang wanita berpakaian kemeja hitam dan tie putih serta skrit paras lutut memberi arahan kepada semua. Kami berlima duduk sekumpulan bersama. Kami tak nak ada yang terpisah lagi.

"Sila rujuk nombor bersiri di dalam surat yang diedarkan. Nombor yang bertuah akan dibawa ke suatu tempat yang baik manakala yang tidak bertuah akan menjalani satu latihan tempoh selama 3 tahun. Sebab itu kami memberi pilihan kepada anda untuk bentu kumpulan sendiri." kata wanita itu lagi. Aku memegang lengan abang Ai. Abang Ai tahu perasaan aku sekarang yang takut akan perpisahan lagi.

", sila bangun kumpulan yang mendapat nombor siri ini." kami berlima serentak bangun.

“Tahniah, anda bertuah. Sila ke sini dan tulis nama di dalam borang dan ambil seorang satu beg besar dan beg kecil itu ya." Kami bersama-sama jalan ke arah yang diarahkan. Mie menyuruh aku mewakilkan mereka semua untuk menulis nama. Selesai aku menulis nama. Abang Ai menyuruh aku memgambil beg besar dan beg kecil tersebut kemudian kami masuk ke dalam kapal terbang persendirian.

"Duduk dan layan diri ya. Makanan sudah disedia secara buffet dan anda berlima boleh istirehat di bahagian ruangan rehat sana, bilik juga disediakan tetapi satu sahaja untuk satu kumpulan kerana kamu berlima akan bersama dengan dua lagi kumpulan." beritahu wanita itu. Kami akur. Aku terus mengajak Rai dan abang Ai makan. Mie dan Nasz mahu ke tandas.

"Sedapnya Cabonara!" jerit aku. Rai tersenyum. Abang Ai menggelengkan kepalanya. Kami makan dengan selera sekali. Mie dan Nasz datang dan mereka terus makan bersama kami.

“Kau rasa kita akan ke mana lagi?" tanya Nsz. Mie mengangkat bahunya.

“Aku tak pasti. Caranya macam kita akan berperang. Tengoklah beg dia bagi. Beg askar. Korang dah tengok belum beg kecil itu ada apa?" tanya aku. Mie dan Nasz mengangguk.

“Dia bagi set lengkap kit kecemasan, walkie-talkie, handphone, tab, macam-macam jenis wayar dan USB. Ada scanner. Macam-macamlah boleh muat dalam satu beg kecil ni." beritahu Nasz. Aku mengangguk.

"Sedap juga makanan ni. Dah lama aku tak makan sedap. Syiok rasanya." kata Mie sambil menggosok-gosok perutnya.

“Tulah, aman gila dapat makan sedap." tambah Nasz. Sesudah makan, kenyang, kami masing-masing masuk ke dalam bilik sambil menggalas beg besar tersebut.

"Siapa nak mandi dulu? Bilik air ada satu je tu." Beritahu aku.

“Rai nak mandi. Tak selesa sangat badan ni." aku menganggukkan kepalaku. Aku membuka zip beg tersebut. Terkejut aku melihat isi dalamnya.

"Baju seragam kita ke?" tanya aku sambil menunjuk kepada mereka baju tersebut.

“Smart gila baju!" kata Mie dengan nada teruja.

“Dia beri satu baju seragam dan baju-baju lain untuk pakaian harian kita. Semua serba lengkap. Sukanya!" jerit aku gembira. Baju-baju yang mereka sediakan sangat cantik dan sesuai untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience