BAB 10

Fantasy Completed 3141

"Sayang..." Aku mengelip mataku beberapa kali sehingga pandanganku tidak kabur. Abang Ai sedang memegang erat tanganku. Dibelakangnya ada Mie,Nasz dan Rai. Aku sudah kembali ke tempat asal ke?

"Syukur,Alle dah bangun." kata Rai lalu memelukku. Hampir 7 jam kau tidak sedarkan diri sejak balik dari cabaran tu. Aku terkejut. Lamanya. 7 jam aku tak sedar apa-apa. Tidur mati aku ni.

"Risau abang.." aku hanya tersenyum kecil. Aku memeluk abang Ai.

“Alle, nak tahu tak?" aku memandang abang Ai.

“Masa cabaran tu kita pergi ada 10 grup tapi balik ada 8 grup je. Lagi 2 grup sama sekarang mereka mencari. Ada yang cakap mereka sesat tak jumpa jalan keluar langsung macam kita.

"Ye ke? kesiannya. Nasib baik kita orang pertama nampak kapal tu mendarat kan abang Ai?" abang Ai angguk.

sebenarnya aku masih tertanya-tanya, adakah tadi itu dunia luar yang mereka bawa? dan untuk apa mereka membawa kami keluar ke sana dan kemudian sekarang dua grup tidak dijumpai. Dnia luar sekarang dalam keadaan bahaya ke? aku semakin serabut memikirkan. pekara 7 tahun lepas juga aku tidak dapat jawapan kenapa aku dipisahkan daripada abang Ai,Mie dan Nasz. Apakah rancangan mereka yang sebenar? siapa yang melakukan semua ni? tergamak betul. Aku akan cari semua jawapan yang bermain dalam kotak pemikiran aku dan aku akan ikut sahaja kemahuan mereka setakat yang boleh sehingga aku dapat jawapan yang sebenar.

Dan aku takkan berpisah dengan mereka lagi. Kli ni aku akan pastikan dalam semua sebalik rahsia ini akan aku dapat tahu. Aku ingin tahu sangat. Apa faedah dia bawa aku dan abang Ai pergi ke hutan belantara tu? tempat apakah itu?

Dan aku dengar minggu depan akan pergi ke sana sekali lgi tetapi kali ini dengan satu kumpulan. Semua pergi. Dan... Esok akan ada latihan untuk kumpulan aku sahaja. Mngikut jadual yang diberikan aku dan kumpulan berlatih pada dua hari setiap minggu. Begitu juga dengan kumpulan lain. Aku sudah berbincang dengan kumpulan aku. Mereka setuju nak ikut rancangan aku.

Aku tak sabar nak tahu pekara sebenar... apakah lagi cabaran yang seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience