BAB 4

Fantasy Completed 3141

"Sakitlah..." kataku perlahan.

“Kalau tak nak sakit dengar cakap aku jangan nak memberontak. Kalau kau nak hidup dan nak jumpa abang-abang kesayangan kau tu." aku mendiamkan diri. Lelaki ini mengikat aku pada kerusi seperti kerusi di klinik pergigian. Apa dia nak buat dekat aku? bulu roma aku berdiri tegak. Nak rogol aku ke? janganlah... Jauhkan...

"Telan pil ni." aku akur dengan arahannya. Pil berwarna hitam putih itu aku telan dengan paksa kemudian dia menyinsing lenganku sehingga menampakkan bahuku. Kemudian dia mengambil alat suntikan. Aku cuba mahu meronta tetapi ditahan. Aku berdecit apabila jarum suntikan itu masuk ke dalam bahuku kemudian ditarik keluar secara kasar. Aku sedikit menjerit.

“Diam!" marah lelaki itu. Aku cuba untuk diam.

"Ok siap! Bagus kau tak banyak membantah." aku menahan tangisanku kerana aku terasa bahuku seperti mahu terbakar dan terus-menerus sehingga ke seluruh anggota badanku.

“Kalau kau nak jerit, jeritlah aku bagi." ketawa lelaki tu. Aku terus membuka mulutku dan menjerit sekuat hatiku. Dan akhirnya pandangan aku mula kabur.

"Mana Alle?!" jerit Mie. Nasz dan Abang Ai terduduk diam di dalam bilik kurungan.

“Korang akan terpisah selama 7 tahun dengan adik kesayangan korang tu." ketawa lelaki berbadan besar itu.

“Oi! lepaskan lah bodoh!" jerit sekuat hati Mie.

“Gila gila! 7 tahun? dia ingat 7 tahun tu sekejap ke?" Kata Abang Ai. Sedih je suara dia apabila berpisah dengan adik kesayangannya.

"Aku nak balik!!" kali ni Nasz pula tidak tahan dan dia menjerit sekuat hatinya.

"apalah dorang buat dengan Alle.." risau abang Ai.

Aku membuka mataku perlahan. Kelihatan beberapa gadis sebaya denganku sedang melihat aku dengan riak wajah risau. Aku terus bangun dalam keadaan terkejut.

“Siapa?!" jerit aku.

“Awak selamat dengan kami. Kami macam awak juga." kata budak perempuan itu. Mata aku melilau memandang sekeliling.Kira-kira ada 5 orang budak perempuan.

"Mana kawan-kawan aku?" tanya aku dengan mengerutkan dahi.

“Mungkin awak terpisah dengan mereka." lagi mengejutkan aku.

“Gila! aku tak berpisah dengan dorang!" tiba-tiba aku mengaduh sakit apabila otot bahuku mengcengkam kuat. Kejadian ini seolah-olah membuat aku mengamuk. Aku terus berlari dan menumbuk tembok itu beberapa kali. Tangan aku tidak cedera mahupun patah. Aku terhenti apabila perasaan benda itu.

“Apa dah jadi dengan aku? kenapa aku kebal? aku ada kuasa apa?" tanya aku pelik. Budak perempuan itu masih setia dengan aku.

“Awak disuntik dengan eksperimen ciptaan mereka. Eksperimen yang menjadikan manusia normal kepada abnormal. Kejadian luar biasa, kami juga sama seperti awak cuma kami lihat kuasa awak lagi kuat." terang gadis itu. Aku tergamam. Aku ada kuasa?

"Berapa lama awak dah terkurung disini?" tanya aku.

“Sebulan. Selepas 7 tahun baru kami akan dilepaskan tetapi bukan pergi ke dunia luar tetapi ke dunia ciptaan mereka." bertambah pelik dan memusingkan otak aku. Sungguh mengelirukan. Apa yang terjadi pada abang Ai, Nasz dan Mie? aku mahu bersama mereka.

"Budak-budak lelaki pun sama..." tambah gadis itu lagi.

"Saya nak berehat. Kepala saya sakit." kata aku. Gadis itu menolong aku membawa masuk ke dalam khemah pondok kecil dan aku beristirehat disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience