BAB 7

Fantasy Completed 3141

Kami dimaklumkan bahawa tepat jam 8 malam, kami dikehendaki berkumpulan di ruangan perjumpaan berdekatan dengan kafe makan. Malam itu aku mengenakan blaus hitam serta seluar jeans biru cair.

“Cantik." puji abang Ai. Aku tersengih.

“Alle, pilihkan baju untuk abng." suruh abang Ai. Aku mengangguk lalu laju saja aku memilih baju untuknya. Kemeja hitam serta seluar jeans biru gelap.

“Amboi, nak sedodon dengan dia ke?" aku tersenyum manja. Aku rindu sangat dekat abang Ai. Rindu sangat nak manja dekat dia. Dialah penjaga aku dari kecil. Takkan aku lupakan dia malah aku ada sembunyikan satu perasaan yang agak luar jangkaan pada abang Ai. Sejak aku meningkat remaja ini, aku terasa perasaan tu mula timbul sebab tu aku rasa selesa sangat dengan abang Ai walaupun dulu aku anggap dia hanya seperti abang kandung aku sendiri.

"Ok jom. Dah pukul 8 malam." ajak Rai. Kami turun bersama-sama menuju ke ruangan perjumpaan. Sudah tersedia hidangan makan dan minuk untuk perjumpaan harini. Aku lihat kumpulan lain agak sombong belaka kerana tiada seorang pun yang menegur kami semuanya buat hal masing-masing. Aku mengambil tempat duduk sebelah abang Ai dan Mie. Manakala Rai dudul bersama Nasz.

"Hai semua. Selamat malam. Maaf kerana mengganggu malam pertama kamu berada disini. Kami tidak memgambil masa anda semua dengan lama hanya beberapa minit sahaja untuk maklumkan bahawa esok ada satu cabaran untuk anda semua untuk menguji ketahanan kumpulan masing-masing dan mahu lihat sikap kerjasama setiap kumpulan. Harap semua dapat beri kerjasama dengan baik. Cabaran pertama ini akan dicerita dengan lebih lanjut pada hari esok pada jam 10 pagi. Selepas sarapan pagi, ya. Itu sahaja makluman untul hari esok. Terima kasih." wanita tu beredar dan kami berlima terus masuk ke dalam bilik.

"Alle, Mie ajak aku tidur dengan dia." bisik Rai. Aku tersengih nakal. Aku ada peluang nak tidur dengan abang Ai. Mereka hanya menyediakan dua buah katil queen dan dua katil single.

“Abang Ai, jom tidur dengan Alle. Rindu..." muncung aku memujuk Abang Ai.

“Alolololo, siannya rindu abang, ya sayang." abang Ai mengusap rambut panjangku.

Kami berdua terus rebah di atas katil dan lantas menutup lampu. Pinggangku terasa sejuk apabila abang Ai memeluk tubuhku dan aku terus memusingkan badanku menghadap wajahnya. Tanganku membalas pelukkan abang Ai. Abang Ai mengucup dahiku lama dan aku rasa lena sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience