BAB 8

Fantasy Completed 3141

Seperti yang dimaklumkam semalam, harini akan diadakan satu cabaran bagi kami semua. Harini aku berasa tidak berapa sihat kerana pagi-pagi lagi aku sudah memuntahkan isi perut dan aku cirit birit. Perut aku memulas-mulas kuat. Aku mengadu pada abang Ai namun dia menyuruh aku berehat di dalam bilik ditemani dia tapi aku tak nak sebab aku nak tahu sangat cabaran untuk hari ni. Abang Ai membawa sebotol air untuk aku. Katanya bibirku terlalu pucat mungkin disebabkan badan aku mula kekurangan air.

"Baiklah, diminta wakil dua orang untuk satu kumpulan untuk menyertai cabaran ini. Dipersilakan." arah wanita itu. Aku masih belum tahu nama wanita itu. Aku mengajak abang Ai untuk menyertai cabaran itu.

“Alle kan tak sihat lagi nak masuk cabaran ni." rungut abang Ai. Aku membuat muka merajuk.

“Nanti Alle sakit lebih teruk macam mana?" aku menggelengkan kepalaku dan berjanji aku boleh hadapi cabaran ni.

Abang Ai akur dengan keputusan aku. Rai,Mie dan Nasz mengucapkan kata-kata semangat kepada aku dan abang Ai.

"Baiklah. Dengan menggunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing, Selamat menempuhi cabaran ini." kata-kata wanita itu seperti satu sindiran. Aku perasan sesuatu yang tak kena tapi aku abaikan perasaan tersebut.

Aku dan Abang Ai dipakaikan baju tebal bersama jaket tebal serta walkie-talkie dan kit kecemasan. Kelihatan seperti seram pula apabila melihat terowong yang akan kami lalui untuk ke sempadan sana. Abang Ai memegang erat tanganku dan aku membalas pegangannya. Erat. Seolah-olah kami tahu yang kami akan menghadapi satu cabaran besar yang luar biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience