BAB 14

Romance Completed 2940

Aku tersenyum kecil. Ada-ada saja dia ni.

“ Hurmm.. Anyway awak dapat berapa A?” Soalku teruja. Pasti dia dapat banyak kan?

“ Kalau saya kata sikit?” Aku terdiam. Takkan kot?

“ Dan kalau saya kata banyak?” Ish! Nak main-main dengan aku pulak dia ni!

“ Cakaplah betul-betul. Jangan buat saya tarik balik apa yang saya nak cakap ni.” Ugutku dengan geram.

“ Okey. Saya dapat macam awak. Sebiji sangat. Dan apa yang awak nak beritahu saya tu?” Aku terteguk air liur. Patutkah aku beritahu dia?

“ Mirae ? Beritahulah. Saya tunggu!” Aku melihatnya dengan debaran.

“ Kalau benar kita ini ada jodoh. Saya harap selepas ni kita dapat berjumpa lagi. Mudah-mudahan.” Hanya itu yang mampu aku perkatakan. Sungguh yang aku telah menyayangi lelaki ni.

Dia hanya tersenyum. Dan senyuman itu sangat manis pada mataku.

“ InsyaAllah. Saya juga berharap sangat. Saya tak mahu kehilangan gadis comel dan baik macam awak ni. Susah tahu tak nak cari.” Aku hanya mencebik. Yelah tu!

“ Tepi! Tepi!”

Aku pantas berlari apabila aku meminta laluan. Aku tergesa-gesa nak pergi jumpa seseorang ni. Semenjak duduk di kolej ni. Aku sangat sibuk. Memandangkan ini tahun terakhir aku di sini. Aku perlulah lebih berusaha.

“ Di! Kau nak ke mana?” Laung seseorang daripada jauh. Aku hanya melambaikan tangan. Aku perlu cepat. Aku takut aku tak berpeluang berjumpa dengan dia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience