BAB 4

Romance Completed 2940

Mujur cikgu tak datang. Kalau tidak aku tak lah santai macam ni.

“ entah. Kau tanyalah dia.” Itu je dia kata. Hurmm..

“ Awak..”

Aku menoleh ke kiri. Erk! Dia panggil aku ke?

“ Ye.. Saya panggil awak Mirae.” Aku tersentak. Nama aku? Macam mana dia boleh tahu?

“ Kan nama awak dah ada dekat tag tu.” Aku termalu sendiri. Itu pun tak fikir aku ni.

“ Nak apa?” Soalku terus terang. Mahu aku cair asyik tengok senyuman dia tu.

“ Saya nak ucap terima kasih sebab tempoh hari.”

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Masa bilanya aku jumpa dia ni.

“ Awak pasti dah lupa ni. Tak apa balik nanti awak fikir dulu.”

Aku terlopong mendengar jawapan dia. Boleh tahan dia ni. Nuri asyik merenung aku daripada tadi tersengih kerang busuk. Hampeh punya kawan. Tahu sengih je.

“ Oh mak kau!”

Aku terlatah apabila mendapat sergahan daripada seseorang yang sama sekali aku tak sangka. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Berjalan kaki je. Dah tu sorang-sorang plak. Manalah aku tak terkejut apabila tiba-tiba kena sergah. Tak boleh pakai punya laki.

“ Ops sorry!” Ucapnya dengan sengihan.

Aku malas nak layan jadi aku meninggalkan dia. Nak balik cepat dan buat revision. Aku tak habis fikirlah. Betul ke aku pernah berjumpa dengan dia? Fikir balik Di. Fikir!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience