BAB 15

Romance Completed 2940

Sebenarnya aku nak pergi jumpa dengan Khalid. Hari ini aku dapat berita mengejut. Dan buat pertama kali selepas pertemuan kami di sekolah itu. Dia telah menelefon aku dan katanya nak berjumpa.

Jadi sekarang aku kena pergi airport. Dia nak jumpa aku di sana. Tapi dia nak pergi mana? Janganlah buat aku gelabah macam ni Khalid !

Tercungap-cungap aku selepas berlari masuk ke dalam airport KLIA ni. Aku memusing-musing untuk mencari kelibat yang aku nak jumpa. Puas aku mundar-mandir sekitar itu. Tapi tiada. Di manakah dia?

Aku tak mahu dalam keadaan tertanya-tanya jadi aku menelefon dia. Tapi hampeh! Telefonnya di tutup. Apa kes ni? Kata nak jumpa aku tapi tutupkan telefon. Ni yang geram ni. Lebih baik tak usah jumpa.

Tapi aku tak boleh cepat berputus asa. Jadi aku pergi dekat dengan balai pelepasan. Dan tekaan aku tepat apabila dia berada di kerusi menunggu untuk masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan beg besar? Dia nak ke mana?

“ Awak!” Panggilku apabila berada di sebelahnya. Dia terkejut melihatku.

“ Awak ni kenapa? Awak nak ke mana? Awak telefon saya dan kata nak jumpa semata-mata nak beritahu saya yang awak nak pergi, gitu? Jawab!”

Tanpa di duga, air mataku mengalir. Apa ni Di? Semenjak bila kau jadi sensitif macam ni. Dia melihatku dengan muka terpinga-pinga. Lol! Kenapa dengan dia? Takkan dah lupa wajah aku?

“ Awak? Awak dah tak kenal saya ke?” Soalku geram. Air mataku di seka.

“ Mirae ?” Dia menyebut namaku dengan kerutan di dahi. Kemudian terpamer senyuman di bibirnya. Tapi aku pelik.

Apasal aku rasa macam tak kenal dia lagi? Macam orang lain yang berada di hadapan aku ni.

“ Ya itu saya. Takkan awak dah lupakan saya? Sampai hati awak. Saya beria-ria ingatkan awak dan sayangkan awak. Ini balasan awak? Setelah apa yang awak janji dengan saya sebelum ni? Apa ni awak?” Serangku lagi. Dadaku berombak kencang tanda yang amat marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience