BAB 6

Romance Completed 2940

“ Saya nak cari seseorang yang telah mencuri hati saya. Di mana ya dia?” Aku menjongket kening.

“ Manalah saya tahu. Itu kan hati awak.”

Aku yang tengah buat kerja sekolah menyambung. Nak buat kerja pun tak senang. Mujur Nuri dan Wani belum sampai. Kalau tidak aku asyik di usik je.

“ Kalau saya kata awak yang telah curi hati saya. Macam mana pula tu?” Aku tersentak.

Serentak itu juga pensel yang berada di genggamanku terlepas. Tapi aku Berjaya kawal dengan tersenyum kecil. Calm down Mirae!

“ Hurmm.. Oh yah? Ikutlah apa awak nak kata apa-apa atau nak rasa apa. Yang pasti tiada kaitan dengan saya. Awak ni datang-datang sekolah ni terus serang saya. Kita datang sini belajar bukan asyik ganggu orang. Anda faham?” Fuh! Panjang lebar aku jelaskan dekat dia.

Tapi dia hanya tersengih. Memang hampeh betul laki ni.

“ Saya nak awak ingat balik apa yang berlaku di Aeon dua minggu yang lalu.”

Selepas dia berkata begitu, dia terus kembali ke tempat duduk. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Mana boleh aku nak ingat sebab dah lama. Kenapa suka sangat desak aku.

Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam pasaraya Aeon. Nak kejar dua orang abang aku yang sudah jauh ke hadapan. Tak boleh pakai punya abang-abang aku ni. Tunggu kejap pun payah.

“ Along! Angah! Kejaplah!”

Laungku apabila berada di belakang mereka. Mereka menoleh dan hanya tersengih. Suka buli aku. Benci!

“ lambat kena tinggal!” Itu balasan along aku. Ergh! Penat layan diorang ni. Kenapalah aku ada abang-abang yang suka cari pasal dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience