BAB 16

Romance Completed 2940

Tapi dia hanya tersenyum. Pelik!

“ Maafkan saya Mirae. Tapi orang yang awak nak cari tu ada di belakang awak.” Aku tersentak.

Pantas aku memusingkan badan ke belakang. Dan dia? Ya Allah! Tapi?

Aku kembali menoleh ke hadapan. Dia dan dia. Ya Allah. Aku terlupa yang dia ada abang kembar. Ya Allah! Malunya aku!

“ Sa..saya minta maaf. Saya tersilap orang.” Ucapku. Mulutku tekup tanda yang amat malu. Apabila aku melihat Khalid. Dia tersengih nakal.

“ Saya minta maaf. Sa..saya tak tahu yang awak ni abang dia. Kalau saya tahu saya takkan serang awak. Maaf erk?” Pohonku lagi.

“ tak apa. Saya tahu awak keliru. Tapi tadi saya tahu awak juga pelik apabila melihat sikap dan senyuman saya. Betul kan?” Aku mengangguk kecil.

“ Khalid ! Kau janganlah duduk diam macam tu. Kesian dia sampai salah orang.” Tegur abang kembarnya.

“ Hehe..Sorrylah. saya ke tandas tadi. Dan saya dah dengar segala-galanya. Betul ke yang awak sangat sayangkan saya Di?”

Aku terteguk air liur. Dah terkantoilah. Hampeh!

“ Erk! Mana ada!” Sekeras-keras aku cuba menafikan hal itu. Malu weh!

“ Awak mahu saya mainkan semula rakaman tadi? Mahu?” Aku terlopong.

“ Awak!” Jeritku geram. Mereka berdua tertawa besar. Sampai hati!

“ tak adalah. Adik saya gurau jelah. Anyway! Saya terpaksa pergi dulu. Sebenarnya saya kena berangkat ke Kota London untuk sambung belajar. Tapi saya harap awak dapat jaga adik saya yang nakal ni.” Aku tersenyum. Sikap abang dan adik kembar ni memang berbeza.

“ Ceh! Macam nakal sangat aku ni.” Aku menjelingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience