BAB 17

Romance Completed 2940

“ memang pun.” Balasku apabila dia tak percaya. Aku tersengih mendapat jelingan mautnya.

“ Saya pergi dulu. Khalid ! Jaga ibu dan ayah ye. Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam!” Jawab kami serentak. Semoga berjaya di sana.

“ Mirae !” Aku menoleh ke arahnya. Aku hanya tersenyum lalu melangkah. Nak lari daripada dia sebenarnya.

“ Tunggulah!” Panggilnya lembut. Dan langkah ku terhenti. Mataku tajam merenung dia.

“ Saya pun sayangkan awak sangat-sangat. Sudikah awak mulai hari ini jadi sang ratu di hati saya? Seperti saya katakan beberapa tahun yang lalu? Awak sudah bersedia?”

Aku terkedu. Tak sangka dia akan berterus terang. Memanglah!

“ Kalau saya kata tak bersedia apa jawapan awak?” Dugaku dengan sengihan.

“ jangan main-main. Saya sanggup buat apa-apa saja demi dapatkan jawapan awak. Jangan sampai saya jumpa orang tua awak.” Aku menggigit bibir. Amboi dah pandai main ugut-ugut ni. Ikut siapalah kan?

“ ye. Baiklah Khalid. Saya terima lamaran awak dengan hati yang terbuka.” Ujarku ikhlas.

“ Masa bila saya kata saya melamar awak?” jelas kerutan di dahinya bersama senyuman nakal.

Aku mengetap bibir geram. Dia mempermainkan aku?

“ Khalid !” Terus aku mencubit lengannya. Dia tertawa besar. Suka buat aku sakit hati.

“ Ouch! Okey-okey!” Cubitan aku terhenti. Puas!

“ Okey. Dan terima kasih kerana sudi bersama saya. Saya janji saya akan jaga awak buat selama-lamanya.” Aku tersenyum mendengar jawapan dia.

“ Sama-sama dan terima kasih juga encik nakal tak hingat!” ujarku seraya berlari menyelamatkan diri daripada kena cubitan ketamnya.

“ Mirae ! Jaga awak!”

Dan inilah jawapan yang aku dan dia cari, kami masing-masing menemukan jawapan dari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience