BAB 13

Romance Completed 2940

“ Erk! Terima kasih.” Hanya itu saja terluah di bibirku. Nak cakap tak keluar pula suara ni. Hampeh!

“ Khalid ! Dah jumpa?”

Datang seorang lagi lelaki dan bertanya kepada Khalid. Apabila aku terpandang muka lelaki itu, aku tergamam. Mirip weh! Kembar ke?

“ Ini abang kembar saya. Sama kan?” Aku hanya mengangguk. Dan kedua-duanya hensem. Ceh wah!

“ Erk.. Saya pergi dulu.” Aku minta diri. Malulah kalau duduk lama-lama depan dua orang lelaki ni.

“ Tunggu kejap!” Langkahku terhenti di belakang dia. Aku hanya berdiam diri tanpa memusingkan badan ke arahnya.

“ Awak masih ingat apa yang saya luahkan sebelum ni kepada awak? Ingat?” Soalnya.

Serta-merta pipiku rasa bahang. Mana mungkin aku lupa. Dan selepas dia berpindah, aku tak habis-habis asyik teringatkan dia. Kata Wani aku telah jatuh cinta dekat Khalid ni. Ish! Merepek!

“ Erk..” Tergagap-gagap aku ingin menyebutnya. Dadaku serta-merta berdebar tanpa sebab.

“ Semenjak bila Mirae yang saya kenal tergagap-gagap ni?” Soalnya dengan senyuman nakal. Kini dia telah berhadapan dengan aku.

Aku mengetap bibir. Macam mana nak jawab ni.

“ Okey fine! Ya saya masih. Ia tersimpan kemas dalam hati ni. Tahu tak? Puas?” Jelasku lalu menjelingnya geram.

Dia tertawa kecil.

“ Terima kasih. Dan saya memang benar-benar maksudkan kata-kata tu. Tujuan saya datang pun semata-mata nak jumpa awak. Rindu saya terbalas.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience