BAB 11

Romance Completed 2940

“ Anyway… Sebelum balik, saya nak jumpa awak kejap. Boleh?” Permintaan itu buat aku terdiam.

Ada apa sampai nak berjumpa?

“ Kita balik sama-sama ya?” Aku mendongak. Rasa tak sampai hati nak tolak permintaannya. Tapi okeylah. Aku pun boleh Tanya apa masalah dia. Betulke yang dia sakit?

“ Okey!”

“ Saya akan berpindah lagi.”

Kenyataan itu jelas buat aku terkejut. Langkahku turut terhenti. Aku tunduk memandang tanah.

“ Ayah saya dah buat keputusan sehari lepas. Sebab tu lah saya datang semalam. Gara-gara merajuk konon. Tapi ia tak membawa maksud apa-apa pun.” Ujarnya dengan senyuman tawar.

Aku mendongak melihatnya. Entah mengapa hatiku tiba-tiba berat nak lepaskan dia pergi. Hei! Asal dengan aku ni? Teruk! Teruk!

“ Lagipun saya dah jumpa pengarang jantung hati saya. Jadi saya tak mahu berpindah lagi.” Aku tergamam.

“ Apa awak cakap ni?” Soalku tak faham. Aku merenung tajam ke arahnya. Dia tersenyum.

“ Saya maksudkan awak Mirae. Awaklah pengarang jantung hati saya. Semenjak saya kenal awak, saya jadi lain. Tak pernah lagi dalam hidup saya jumpa perempuan kelakar dan cute macam awak. Kalau awak nak tahu, pertemuan kali pertama kita itulah yang buat saya terpikat. Dan tak sangka kita akan berada di sekolah yang sama walaupun sekejap.” Jelasnya dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

“ Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada dia. Kali pertama aku merasai diri di sayangi seorang yang bernama lelaki. Sebab apa? Sebab dia lelakilah. Hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience