BAB 1

Romance Completed 2940

“ Assalamualaikun dan selamat pagi Tuan puteri!” Opocot mak kau meletup! Aduh aku pantang betul kena sergah ni especially di saat aku sedang mengelamun jauh. Sapaan itu buat aku yang tadinya sedang membenamkan kepalaku di dalam lengan yang ku letakkan di atas meja mendongak mengejut hingga sakit urat leher ku jadinya. Aduh kawan jenis apalah dia ni yang suka sangat menyakat. Sudahnya aku hadiahkan dia muka masam semasa yogurt.

“ Ye, Waalaikumussalam. Apa kau nak?” Soalku lalu kembali meletakkan meja di atas kepala.

Aku sangat mengantuk kerana hari ni pecah rekod aku datang awal ke sekolah. Selalunya 7:15 baru aku sampai di dataran sekolah. Tapi hari ni? Ya..tepat pukul 7:oo pagi aku sudah sampai. Pecah rekod betul.

Ini gara-gara abang aku lah. Takut terlewat ke tempat kerja jadi suruh aku cepat. Lagipun tayar motor aku pancit. Mahu tak mahu aku turutkan je lah.

“ Amboi! Sempat lagi kau termenung. Apa mimpi kau datang awal pula ni?”

Aku memandang dia seperti orang tidak berperasaan. Dia ni kalau tak ambil tahu hal orang tak sah. Dan itulah orang yang bernama Kalisha. Tapi dia baik orangnya.

“ Aku terdesak datang awal. Lagipun bukan kau ke asyik merungut aku datang lambat. Sekarang bila aku datang awal kau merungut pulak.” Bebelku dalam keadaan mata terpejam. Langsung aku tidak mendongak ke arahnya.

“ Yelah. Maafkan aku. Jom kita gerak ke dewan.”

Aku mendongak melihatnya. Mataku kerling ke arah dewan yang berada berdekatan kelas aku. Kiranya berhadapan je lah.

“ Awal lagi ni. Baru pukul 7:05 pagi. Kita kena berkumpul pukul 7:20 pagi.”

Aku meraup mukaku perlahan. Dahlah semalam tidur lambat. Ulangkaji terlebih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience