BAB 5

Romance Completed 665

Hari yang penuh ceria dengan secawan kopi putih dengan beberapa biskut
bijian bagi pelengkap sarapan harianku. Mulutku mengunyah pelahan demi
pelahan. Menghayati aroma dan rasanya. Dengan pagi yang indah ini, kita
harus menaikkan rasa semangat. Apatah lagi hari ini, hari pertama aku
kerja di syarikat Mutiara Holdings. Aku amat bertuah kerana dapat
berkerja di situ. Kerana sebelum ini, aku amat berbangga dengan
pencapaian mereka.
“Elsa nak tumpang kereta aku tak? Jom kita pergi sekali. Hari ni kan
hari pertama kau kerja. Biar datang awal baru bos suka dekat kita.”
Wanie mempelawaku dan mengambil sekeping biskut lalu disuapkan dekat mulut.
“That’s right Elsa . Kita kena tunjukkan kedisiplinan kita kat orang
lain. Baru orang lain tunjuk hormat dekat kita. That’s rule kau kena
jaga.” Mira pun memberi sokongan yang positif. Bagus mereka ni. Ni yang
membuatkan aku tabik spring kat diorang. Tak putus-putus bagi aku semangat.
“Baiklah bos!” kesudahnya, aku naik kereta Wanie. Mira pula naik kereta
Myvinya. Kami terpisah jalan dengan kereta Mira disebabkan tempat kerja
Mira di Petaling Jaya. Nasib baik tempat kerja aku dengan Wanie tidak
jauh. Kira dekatlah jugak. Senang Wanie hendak menghantar dan
menjemputku pulang.
“Ok dear. Dah sampai. Good Luck ok. Apa-apa hal mesej aku tau. Ha!
Jangan lupa kalau jumpa mamat hensem bagitahu aku. Ok, bye!” Wanie
memecut kereta Toyotanya dengan laju tanpa aku mengucap terima kasih.
Bertuah betul si Wanie ni.
‘Ok, fine Wanie! Jangan sampai Malik gigit jari sudahlah.” Aku
tersengih. Faham sungguh dengan perangai Wanie.
Aku naik tangga menuju pintu hadapan syarikat Mutiara Holdings. Aku
dengan segera mendapatkan lif. Disebelahku ada seorang lelaki yang sama
sepertiku untuk menaiki lif. Lamanya! Jamku menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Aduhai lif ni buat hal betullah. Hilang semangat aku. Dahlah pagi ini,
aku kena berjumpa dengan Encik Ardan .
“Awak, lif ni macam tak berfungsi je.” Kedengaran suara lelaki
disebelahku. Suaranya macam aku sudah kenal. Aku memandang lelaki
disebelahku. Alamak! Encik Ardan la! Kenapalah aku tak boleh nak cam dia
langsung? Bukannya dia pakai kaca mata hitam pun kan hari ni. Aku ni
pun. Ish. Aku mengerutu di dalam hati.
“ Awak, err Enora kan?” Dia ingat? Tapi salah lah nama aku bukan Enora
tapi Elsa Adeline . Kalau nak panjang binti Ali. Ishh mamat ni,
boleh lupa pulak nama aku. Apa punya ketua pengarahlah.
“Nope. Elsa Adeline .” Aku masih menunggu lif terbuka. Encik Ardan
pun sama tunggu. Kakinya sudah bergoyang ikut irama balada dah. Yang
peliknya, hanya aku dengan Encik Ardan je yang ada. Yang lain? Aku tak
tahu pergi mana. Mungkin sudah sampai awal agaknya.
“Elsa jom kita naik tangga. Rosak agaknya lif ni. Nanti saya panggil
pak Yusuf betulkan.” Encik Ardan tanpa segan pilu menarik lenganku.
Nasib baik hari ini aku pakai kardingan lengan panjang dan dress yang
labuh . Kalau tidak memang aku sekeh kepala ketua pengarah ni.
Senang-senang main tarik lengan aku. Aku memang pantang sungguh.
“Ehem” mataku tajam melihat lenganku. Pantang sunnguh bila ada orang
mengambil kesempatan terhadap perempuan. Dia ingat aku ini perempuan
macam mana? Aku gelengkan kepala. Agaknya dia sudah terbiasa dengan
semua perempuan yang dia kenal. Tapi dengan aku, jangan haraplah.
“Maaf Enora … er Elsa . Sorry. Aduh!” dia menunjukkan sikap kurang
senang. Pelik aku dengan sikapnya. Payah sangat ke nak ingat nama aku
ni? Elsa ok! Ingat Elsa ! Bukan Enora . Sejak bila nama aku bertukar ni.
“Agaknya Encik Ardan ni asyik ingat girlfriend sangat kut, itu pasal
asyik tersasul je.” Aku menuju ke tangga. Nak naik tingkat lapan, memang
jenuhlah. Encik Ardan hanya mengikutku dari belakang. Terkesan ke apa
yang aku kata tadi?
Selesai di tingkat lapan, ada wanita separuh umur, berpakaian serba
mewah sedang berbincang dengan kakitangan lain. Aku memandangnya dari
atas ke bawah. Cantik walau sudah berusia. Kagum aku melihatnya. Cuma
satu masalah, tidak berhijab. Kalau berhijab mesti cantik. SubhanaAllah.
Pujiku dalam hati.
“Elsa , perkenalkan ini Datin Zariya. Ibunda saya.” Encik Ardan
merapatkan dirinya pada wanita yang aku baru saja puji dalam hati tadi.
Patutlah, tepat sangkaanku selama ini. Encik Ardan memang anak orang
berada. Muda-muda sudah jadi ketua pengarah. Aku baru saja bertapak di
syarikat dia hanya sebagai eksekutif pemasaran belum lagi tahap ketua
pengarah.
Datin Emina memberikan senyuman manis kepadaku. Takut juga aku, kalau
dia tidak suka dengan aku. Sebabnya aku mengenakan pakaian muslimah pada
hari ini.
“Siapa nama? Budak baru yang Ardan lantik tu ye?” Datin Emina merenung
tepat ke anak mataku. Penuh perasaan. Hatiku mula rasa cuak. Aku pernah
terbaca dekat novel dan drama tv. Selalunya orang-orang kaya ni memang
selalu memandang rendah pada orang bawahan. Betul ke? Aku memandang muka
Datin Emina dan beralih kepada encik Ardan . Muka ibunya tidak tumpah
kepada anaknya. Memang betullah, encik Ardan ini mewarisi kecantikan ibunya.
“Nama dia Elsa Adeline . Inilah orangnya yang Encik Ardan ceritakan.”
Apa pula yang Encik Ardan ceritakan pasal aku dekat ibunya? Lagi pening
aku. Aku menyalami tangan ibunda Encik Ardan .
“Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah Elsa sebab awak berjaya menyandang
jawatan sebagai eksekutif pemasaran. Kami memerlukan kakitangan yang
jujur, tulus dan cantik macam Elsa . Harap Elsa buktikan kepada kami
yang awak boleh berjaya dan mengukuhkan lagi tahap kepercayaan syarikat
kita dengan syarikat lain.” Datin Emina menepuk tangan. Semua yang
berada di situ, mengikut sekali menepuk tangan. Masing-masing mengucap
tahniah kepadaku. Aku hanya mengganguk dan mengucapkan terima kasih.
Selepas bersesi temu ramah dengan kakitangan lain, encik Ardan memberi
arahan kepadaku supaya menunggunya di tingkat satu masa Lunch hour.
Tanpa memikir panjang, aku mengangguk tanda setuju tanpa pedulikan dia
memberikan senyuman paling manis kepadaku. Aku tidak pedulikannya
selepas itu, disebabkan aku banyak kerja yang diberikan oleh Encik Ardan
sebentar tadi.
Alamak! Launch hour time. Em, marahlah nanti Encik Ardan ni. Nak
telefon, nombor pula tiada. Apa nak buat? nak tak nak kena turun dekat
tingkat satu. Selepas menutup laptop, aku mengapai beg tanganku serta
iphoneku keluar dari bilik.
‘Ok pulak lif ni? Tadi bukan rosak ke?’ biarlah. Malas aku nak fikir.
Tibanya di tingkat satu, aku terkejut. Encik Ardan betul-betul terpacak
depan lif. Dah mcam hendak tercabut nyawaku. Encik Ardan ! aku mengurut
dadaku.
Kami beriringan jalan menuju di Selera Tomyam. Terbaik Encik Ardan ni.
Seleranya ala-ala restaurant sebegini. Kenapa tak pergi dekat restaurant
mewah kat hujung sana tu? Pelik Encik Ardan . Tapi kalau nak pergi dekat
restaurant mewah tu, mampu ke aku membayarnya? Itulah yang aku nak tanya
dekat diri aku sekarang ni. Alah lantaklah, dah dia ajak aku makan sini,
makan jelah. Banyak bunyi pulak aku ni.
“Elsa , awak ok?” em, nampak sangat aku ni kuat termenung. Jatuh maruah
aku. Elsa fokus ok. Sekarang ni engkau sedang makan bersama dengan
ketua pengarah kau. Bukan calang-calang orang.
“Encik Ardan nak makan apa?” rasa macam kekok pula makan berdua-duan
dengan bos aku sendiri. Baru nak terfikir sekarang Elsa ? Tapi aku nak
ajak siapa lagi? Dah sah-sah dia yang ajak aku seorang.
Malu rasanya. Tapi aku tetap dengan berlagak selamba. Macam sudah lama
kenal Encik Ardan .
“Tak payah nak berencik dengan saya. Panggil Ardan . Senang dan ringkas.
Awak tak perlulah nak rasa segan sangat. Anggap saja kita ni sudah lama
kawan.” Aku mengganguk perlahan. Macam dia sudah tahu, aku cuba
mempertahankan rasa gugupku. Aku tidak pernah rasa sebegini rupa.
“Tapi saya rasa segan sangat bila keluar dengan Encik er Ardan . Sebab
kita baru kenal kan? Saya bukan macam perempuan lain yang mudah mesra
dengan lelaki.” Aku menyedapkan hati.
Dia diam seketika dan memanggil pelayan untuk segera memesan makanan.
Aku rasa aku sedang bercakap dengan tunggul. Tiada respons dari Ardan
sendiri.
“Awak nak order apa?” Aku pun tak tahu nak pesan makanan apa. Asalkan
sedap di mulut dan di tekak sekali. Lantas aku memesan bihun tomyam
dengan air laicikang. Sedap sungguh air laicikang. Rasa terliur pula.
“Ok, samalah saya pun.” Aik? Sama pulak tu nak order.
Selepas pelayan pergi, baru Ardan memulakan kata.
“Awak ni baguskan, tak sama macam perempuan lain. Saya suka awak. Er,
maksud saya saya suka dengan prinsip awak.” Dia memandangku lama, segan
pula. Kalau hari-hari begini, boleh terpikat aku dengan dia. Tapi tak
boleh, dia anak orang berada tak setaraf dengan aku. Mak dan abah aku
kerja buruh saja.
“Saya ni, kurang sangat nak bergaul dengan lelaki. Itulah saya rasa
segan sangat bila keluar bersama dengan Ardan .” Aku memaniskan muka.
Mula menutup resah di dada. Kenapa dengan aku ni? Alamak, Elsa jangan
cepat jatuh cinta. Please.
“Awak tak perlu malu. Buat biasa saja. Lagipun, dalam pejabat kita kena
bersikap professional.” Jelas Ardan . Aku setuju dengan katanya.
“Ha, da sampai pun. Jom makan.” Meja kami dihidangkan dua mangkuk bihun
tomyam dan dua gelas air laicikang. Berselera sungguh Ardan termasuk
aku. Baunya menusuk di dalam hidungku.
“Ardan , baca doa makan dulu.” Dia meminta maaf lalu membaca doa makan.
Aku tersenyum melihat tingkahnya.
“Apa yang awak ceritakan ibu awak tentang saya?” rasa mcam nak tahu sangat.
“Em, saya bagitahu dekat ibu saya yang awak ni bakal calon isteri saya.”
Aku tersedak. Cepat-cepat Ardan menghulurkan air laicikang kepadaku. Aku
menahan batukku dari berterusan. Pedasnya tomyam tidak terkata. Terasa
kerongkongku tersekat dek kepedasan tomyam. Aku cepat-cepat menghirup
air laicikang. Aku nampak dia mula gelisah.
“Apa awak ni?” mukaku masam. Hilang mood aku hendak makan. Dah separuh
bihun aku makan, rasa mcam tak lalu lagi nak makan. Segalanya dia.
“Saya gurau je. Awak ni kelakar lah.” Dia menggelengkan kepala melihat
telatahku. Ei, rasa nak bagi penumbuk je muka mamat ni. Boleh pula
diajak bergurau. Nasib baiklah dia ketua pengarah aku. Kalau bukan,
sudah lama aku angkat kakiku beredar dari restaurant ini.
Lepas ni, boikot hendak makan bersama dengan Encik Ardan . Seribu kali
dia ajak pun, aku tak mahu!
“Elsa , awak marahkan saya ke? saya minta maaflah. Sebenarnya saya
cakap dekat ibunda saya yang awak ni cantik orangnya. Kalau boleh saya
mahu masuk meminang awak.” Aku terus berhenti makan. Dia tersenyum
memandangku. Nampak dua-dua lesung pipitnya. Tidak berani aku melawan.
Nampaknya, dia berjaya menghilangkan kemarahanku.
“Kalau awak nak sangat masuk meminang saya, jumpa dengan emak dan abah
saya. Kalau diorang kata setuju, saya terima. Kalau tidak, saya tidak
terima.” Jelasku dengan nada yang serius. Bab jodoh dan soal kahwin,
memang aku ambil serius.
“Saya akan cuba.” Aku ingat dia main-main saja tadi. Rupanya betul. Tapi
sanggup ke Ardan hendak jumpa dengan emak dan abah aku? aku rasa dia
sengaja hendak mengenakan aku. jadi aku biarkan berkata sampai situ.

Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan
Minda oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu
Ku rasakan
Tetapiku
Hanya aku
Dan membisu
Kelu
Aku cinta padamu
Walau tiada lagi hijau bumi
Masih terabadi.
Ardan Rachman masih mengulangi nyanyiannya di dalam kereta. Lagu milik
Azhael, hujung waktu masih berlegar dikepalanya. Entah kenapa saat ini
dia rasa sunyi lagi. Setelah gadis yang dia cintai selama ini pergi
meninggalkannya. Waktu sebeginilah dia meluangkan masa dan waktu bersama dengan gadis bernama Enora . Patutlah dia tersasul saja menyebut nama Elsa . Rupanya bekas kekasihnya bernama Enora . Ardan rasa dekat sangat dengan gadis yang baru dikenalinya Elsa .
Jantung berdegup kecang, telatah ada saja tak kena . Entah kenapa dia harus
rasa sebegitu. Padahal, dia sudah berikrar kepada dirinya, supaya tidak
lagi menyintai mana-mana gadis yang hadir dalam hidupnya. Namun apa yang
dia cuba pertahankan, akhirnya memakan dirinya. Dia kini sudah mulai
sayangkan Elsa , sedikit demi sedikit tanpa rasa ragu.
Tapi saat ini dia tidak boleh membohongi dirinya bahawa dia juga
meminati gadis tersebut dalam diam. Tetapi dia tak tahu bagaimana hendak
memulakan langkah. Dia keliru saat ini. Dia menghentakkan tangannya di
stering kereta. Dia mengamuk dalam hati, bilalah jem nak berhenti.
Kereta Honda City memakir elok di halaman rumah banglo tiga tingkat.
Rumah inilah yang memberi kenangan indah bersama keluarganya. Bersusah
payah kedua bapanya membina kerjaya sendiri sehingga mempunyai syarikat
sendiri, kereta, rumah dan harta benda lain. Namun kebahagian tidak
pernah terpancar di dalam dirinya.
Dia keluar dari perut kereta lalu menuju ke pintu masuk. Dia melihat
orang gajinya, mak Pija sedang mengemas ruang tamu. Dia memberi salam.
“Ha, Ardan baru balik?” muncul ibundanya entah datang dari mana.
Ardan menyandar badannya di sofa. Dia menghembuskan lelahnya di hadapan
ibundanya dan mak Pija. Kali ini masalahnya tidak boleh ditanggung
seorang diri. Datin Emina duduk berhadapan dengan anak lelakinya itu.
Dia tahu anaknya masih tidak mampu melupakan gadis bernama Enora . Setiap
kali menggingatkan gadis bernama Enora , hati Datin Emina rasa macam
tercabut. Sampai hati, gadis tersebut menipu anaknya dan mempergunakan
anaknya untuk kepentingan peribadi.
“Ardan masih ingat lagi ke dengan perempuan tak guna tu?” Datin Zariya
tidak tahu hendak guna cara apalagi untuk menghentikan ingatan Ardan
terhadap perempuan tersebut. Nak guna khidmat bomoh, dikatakan khurafat
pula. Tapi dia tidak putus berdoa agar anaknya, Ardan agar segera
berjumpa dengan gadis yang baik. Dia tidak kisah menantunya berasal dari
golongan miskin atau berada tapi yang penting dapat menerima anaknya
dengan seikhlas hati.
Dulu memang silapnya, menerima Enora sebagai menantunya tanpa usul
periksa, walaupun Enora berada dalam keluarga yang mewah. Dia memang
kesal dengan apa yang terjadi waktu dulu. Rupanya ayah Enora adalah
musuh tegar suaminya, Datuk Zahar dalam perniagaan.
Kini dia silap, dia akan menerima sesiapa sahaja pilihan Ardan asalkan
tidak mengambil sebarang kesempatan.
“Tak ada motif, Ardan fikirkan perempuan tak guna tu. Biarlah dia nak
pergi mana.” Walau hatinya ingin tahu entah hidup atau mati perempuan
tu. Hatinya menyumpah seranah agar Enora menimpa malapetaka yang
dahsyat. Rasa nak bagi penumbuk sebiji dekat muka perempuan tu.
“Baguslah kalau Ardan tak fikirkan perempuan tu. Ibu pun malas nak fikir
pasal dia lagi. Ni, ibu nak tanya macam mana kat tempat kerja tadi ok
tak? Budak perempuan tu boleh diharap?” Datin Emina masih meragui
Elsa , pekerja barunya itu. Walaupun nampak baik, dia harus
berjaga-jaga. Orang zaman sekarang tidak boleh dipercayai sangat.
Sekarang semuanya duit. Bila ada duit semua boleh jalan.
“kerja ok. Narwah tu baik ibu. Dia tak macam gadis lain yang Ardan
kenal. Tak tahulah kenapa Ardan mudah mesra dengan dia. Tak macam
mula-mula Ardan kenal Enora . Lain sangat.” Ardan meluahkan perasaannya
terhadap ibunya.
“Ardan jangan nak buat perangai balik. Kan ibunda kata jangan mudah
percaya sangat dengan perempuan yang baru Ardan kenal. Jadi, Ardan suka
kat perempuan tu?” Datin Emina amat merisaukan apa-apa yang terjadi
kepada anaknya. Takut perempuan itu mempermainkan dirinya.
“Tak tahulah. Tapi ada benda yang istimewa tentang dia.” Ardan tidak
boleh melupakan wajah suci bersih milik Elsa . Secantik namanya.
Baginya, kehadiran Elsa membawa seribu erti baginya. Hidupnya yang
mula suram di hadirkan oleh seorang gadis bernama Elsa .
Datin Emina hanya gelengkan kepala. Tapi tak mengapa dia punya ada
perancangan. Semalam dia sudah mengupah Arman untuk mengintip setiap
pengerakkan Elsa tapi tidaklah sampai mencederakan gadis tersebut.
Datin Emina mahukan siapa pemilik nama Narwah Adeline . Dia hanya
akan menghalalkan perhubungan anaknya dengan gadis itu sekiranya gadis
tersebut berketurunan baik dan sifat peribadi yang mulia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience