BAB 8

Romance Completed 665

Aku semakin tidak menumpukan perhatian dengan setiap kerjaku. Sedangkan
kerja-kerjaku ini perlu ditunjukkan kepada Ardan sendiri. Inilah masalah
bila aku campur adukkan urusan kerja dengan masalah cinta. Sampai
sekarang hatiku masih berdebar sebaik sahaja aku menerima lamaran Ardan
Rachman sebentar tadi. Aku bagaikan tidak percaya hatiku ini sudah
menjadi milik Ardan Rachman selaku ketua pengarahku sendiri.
‘tuk tuk tuk’
“Masuk” izinku sambil membelek fail yang perlu ditunjukkan kepada Ardan
nanti.
“Encik Ardan nak berjumpa dengan Cik Elsa di biliknya.”
“Kenapa ye?” soalku kepada Nani selaku setiausaha Ardan .
“Katanya dia ada pekerja baru yang akan masuk dekat syarikat ni. Mungkin
Encik Ardan nak kenalkan staff barunya tu kepada Elsa rasanya. Saya
pun tak pasti. Tapi yang pasti Encik Ardan memang nak jumpa Elsa . Baik
Elsa pergi dekat bilik Encik Ardan .” Nani berlalu pergi meninggalkanku.
Mulalah hati ini rasa berdebar. Tak boleh Elsa , engkau tidak boleh
campur hal peribadi dengan hal cinta. Fokus Elsa !
Dengan segala hormatnya aku mengetuk pintu bilik ketua pengarah. Tertera
nama Ardan Rachman bin Dato’ Zahar. Rasa berdegup kencang. Dari luar aku
terdengar perbualan rancak oleh Ardan dengan seorang lelaki.
Selepas meminta kebenaran masuk, aku membuka pintu. Kelihatan Ardan
rancak berbual dengan seorang lelaki.
“Er, Encik Ardan nak jumpa saya?” Aku rasa nak gugur jantungku bila
berhadapan dengan Ardan . Dialah yang mencuri hati ini dan dialah ketua
pengarahku. Tapi bila berada di tempat kerja, aku harus menunjukkan
sikap professionalku sendiri. Dia tersenyum melihat lagatku. Aku tahu
dia juga sama sepertiku. Pura-pura berlagak seperti tiada apa-apa.
“Kenalkan ini Elsa Adeline selaku eksekutif pemasaran. Dan ini
rakan baik saya dan pekerja baru di sini Nukman Zahin bin Khalif.” Aku
terpempan sejenak. Aku meneliti lelaki disebelah Ardan Rachman . Naik
turun nafasku apabila aku sudah mengetahui lelaki itu. Dialah Nukman
Zahin yang emak selalu ceritakan itu dan dialah yang mahu masuk
rombongan meminangku. Tidak sangka yang dia bakal berkerja satu bumbung
dengan aku bersama kekasihku sendiri, Ardan Rachman . Aku tidak boleh
bayangkan apa yang akan terjadi. Aduh pening kepala aku!
“Elsa ?” Ardan mendekatiku. Selebihnya Nukman dihadapanku hanya
mendiamkan diri.. Perasaanku yang terkejut ini adalah dua kali ganda apa
yang dia dapat.
“She is my friend from school.” Jelas Nukman. Tapi Nukman pandai
menyembunyikan perasaannya. Tak sangka yang Nukman bakal berkerja di sini.
“Really?” Ardan sungguh terkejut. Peningku sudah beransur pening. Ardan
memandangku dan Nukman silih berganti. Aku rasa sakit hati bila Nukman
lebih lebih bercerita tentang aku.
“Yup and she will became my future wife” aku terdiam. Rasa nak bagi
penumbuk percuma dekat Nukman. Menyiarap darahku. Aku tak bagi kata
putus lagi! Pandai-pandai je mamat ni nak kata aku ni bakal isteri dia
dekat depan Ardan pulak tu. Aku tak tahu hendak kata apa. Yang aku tahu
pasti hati Ardan remuk apabila mengetahui hal ini.
Ardan Rachman memandangku dengan wajah yang kelat.
“Saya mengucapkan tahniah kepada kamu berdua. Tak sangka sungguh.
Bercinta dari zaman sekolah rupanya. Niat saya memang nak awak berdua
kenal antara satu sama lain. Tapi nak buat macam mana awak berdua sudah
kenal antara satu sama lain. Oklah, aku kena pergi meeting lepas ni.
Zahin kalau ada apa-apa tidak kena, jumpa aku.” Aku tunduk semasa Ardan
mahu beredar disebelahku. Berdebar rasanya. Ini semua salah Nukman!
Kenapa dia tiba-tiba hadir dalam hidup aku?!
Kini tinggal aku dengan Nukman. Rasa geram mula menerjah di hati. Sampai
hati dia berkata begitu depan aku dengan Ardan . Memang tidak sedar diri
betul lelaki ini.
“Kenapa dengan awak ni, Nukman. Apa yang awak nak sebenarnya.” Kaki
Nukman melangkah setapak di hadapanku. Bau minyak wanginya begitu kuat
membuatkan aku bertambah pening. Aku melangkah ke belakang. Peliknya
lelaki ini tiada respon. Geram pula aku.
“Inilah Elsa Adeline anak pak Ali. Dah lama tak berjumpa. Saya
dapat alamat tempat kerja awak ni pun atas bantuan mak awak sebenarnya.”
Ini yang dikatakan bakal suami aku? langsung tiada nilai romantik dan
memujuk langsung. Gagal dalam memikat hati perempuan. Aku boleh jaminlah
tak ada siapalah yang nak lelaki macam ni walaupun muka bolehlah tahan.
“Tak kisahlah. Tapi kenapa nak hebohkan dekat semua orang yang saya ni
bakal isteri awak? Kita belum apa-apa ikatan ok. Teman lelaki pun tak,
tunang pun tak. Dan yang paling penting kita tak ada ikatan suami
isteri.” Dia menggangukkan kepala. Paham pula. Hancur luluh hatiku. Hati
Ardan pasti lebih hancur apabila mendengar pengakuan Nukman sebentar
Tadi. Aku hendak memperjelaskan apa yang berlaku kepada Ardan , tapi
Nukman memang ada kuasa mahu Psiko aku sehinggakan aku masih bertahan
disini.
“Dia senior saya ketika kami dekat German dulu. Tak salah kan saya
bagitahu?” aku ternganga. Ardan senior Nukman? Memang banyak rahsia
betul mereka ni.
“Saya bagi amaran terakhir, jangan sesekali katakan yang saya ini bakal
isteri awak ye encik Nukman!” aku meninggalkan Nukman keseorangan dalam
bilik Ardan . Rasa marah, geram dan menangis semua ada. Tak gunanya aku
mahu mengambil hati Ardan semula. Semuanya sudah berakhir!
“Awak tetap menjadi hak milik saya. Keluarga awak sudah pun terima
rombongan merisik daripada keluarga saya. Jadi secara kesimpulannya,
awak sah menjadi tunang saya.” Aku terdiam. Hah? Emak aku tak bagitahu
pun? Mustahil. Kalau betullah dia tunang aku saat ini, memang aku terus
balik kampung dan bawa balik cincin tunang bagi dekat Nukman.

Bila dengar lagu baru di corong radio, semuanya lagu baru yang berunsur
cinta. Aku pun tidak ketinggalan untuk menyanyikannya. Ada satu lagi ini
yang membuatkan aku rasa dibuai rasa sayang dan rindu kepada seorang.
Namun lelaki itu tidak lagi berada di depan mata ini. Sudah beberapa
hari aku tidak berjumpa malahan terserempak dengannya. Ini semuanya
salah Nukman zahin. Dia yang rosakkan semuanya.
Aku malas melayan perasaanku sendiri walaupun hati ini mula diragut rasa
resah gelisah.
Aku berjalan dengan pantas menuju ke bilik pejabatku. Setiap hari
beginilah rutinku. Pagi masuk dan petang keluar. Aku membuka tombol
pintu. Alangkah terkejutnya bila ada seorang lelaki duduk di kerusiku
namun posisinya menghadap kebelakang. Aku meneliti betul-betul lelaki
ini tapi aku tidak dapat mengesan siapa dia. Boleh pula tu, buat
selamba. Tak bangun, tak pandang muka aku langsung. Siapa lelaki ni?
Dengan hati marah, aku mendapatkan lelaki ini. Baru aku hendak menuju
kearahnya, dia bangun. Badannya beralih di depanku.
“Awak!” aku separuh jerit. Geram rasanya!
“Hi, sunshine!” macam manalah si Nukman ni boleh ceroboh masuk bilik aku
ni? kalau tak jumpa dia dalam sehari tak boleh ke? getusku. Sengaja nak
naikkan kemarahan aku pagi-pagi macam ni.
“Tak payah nak sunshine sangat lah. Macam mana awak boleh ceroboh bilik
saya ni? macam tak ada kerja lain.” Aku mencebik. Memang meluat bila
berhadapan dengan lelaki sebegini. Boleh pulak tu, buat muka selamba.
Tak faham aku.
Dia bergerak membelakagiku.
“Pintu tak dikunci, senanglah saya masuk. Tapi saya tak buat apa pun.
Saja nak pandang potret awak yang comel tu.” Aku memandang bingkai
gambarku. Gambar masa aku berkonvo dulu. Gembira sangat waktu tu bersama
emak dan abah.
“Boleh tak tolong beredar dari sini.” aku sudah bonsan bertikam lidah
dengannya. Pagi-pagi dah mula buat aku naik angin.
“lagi satu, bunga yang awak susun rapi dekat atas meja tu baik awak
buang sebelum layu. Saya nampak tadi dah layu dah. Kesian nanti si
pengirimnya sedih bila terpandang bunga tu. Tak ke betul kata saya ni?”
Aku terdiam. Sudah beberapa hari aku biarkan bunga Lily pemberian Ardan
terbiar di situ. Tak sempat aku nak letak dalam pasu. Semuanya menjadi
tergendala. Gara-gara si Nukman Zahin.
“Awak tak faham bahasa ke…” dia menaik tangan kanannya supaya aku tidak
menyambung ayatku. Spesis apalah lelaki ni. Ini yang dikatakan tunang
aku? memang taklah. Reda hatiku bila Nukman telah pergi dari bilikkku.
Aku memandang kembali bunga lily. Kasihan. Rasa hendak buang tapi tidak
sampai hati.
Mungkin dalam hari-hari begini aku terpaksa berhadapan dengan Nukman
yang suka membuat hatiku merana. Gilalah si Nukman ni. Mulalah hati aku
ni berasa sunyi bila sudah lama tidak berjumpa dengan Ardan . Kemana pula
perginya dia ni? aku melihat pintu biliknya masih tertutup rapi. Bercuti
ke dia ni? Maldives lagi?
Aku baru mendapat berita dari Nani selaku setiausaha Ardan yang dia
tidak mengikuti kursus di langkawi hari sabtu ini dan digantikan dengan
Nukman. Itu pun, aku yang bertanya kepada Nani. Kalau tidak aku langsung
tidak tahu apa-apa.
Pertama kali aku makan tenghari seorang diri. Selalunya Ardan yang
menemani aku. Sekarang bayang dia pun aku tak nampak. Dia pun tidak
keluar dari bilik pejabat. Aku pun malas nak bersua muka dengannya. Baik
aku buat hal sendiri.
Tak semena-mena aku terlanggar dengan seorang perempuan entah dari mana
muncul. Iphone miliknya terjatuh di lantai. Aku terdiam dan memandangnya
dengan wajah yang serba salah. Aku rasa dia yang bersalah sebab berjalan
sambil melihat telefon di tangan.
“Buta ke apa engkau ni? tak nampak aku jalan ke?” dia terus mengambil
Iphone. Nasib baik tak pecah. Kalau pecah nyanya aku nak bayar balik.
Kalau dia mintak empat ribu mana tahu?
“Maaf. Saya tak nampak awak.” Telus kataku. Aku masih bertoleransi lagi
dengan sikap perempuan ini. Bagi aku sikapnya memang mengundang
kemarahanku. Tak pernah lagi aku berjumpa dengan perempuan macam ini.
Menjengkelkan sungguh, dengan berpakaian yang tidak cukup kain.
“Kau tak nampak aku yang hot ni? aku rasa engkau tak kenal siapa aku
lagi kan?” dia masih berlagak macam tadi. Macamlah aku nak tahu sangat
yang dia tu siapa.
“Rasanya tak perlu kot saya nak ambil tahu.” Bidasku. Aku rasa perempuan
di hadapan aku ini mungkin silap kalau hendak bergaduh dengan aku.
Memang tidaklah. Aku tersenyum sinis.
“Sayang sungguh orang muslimah macam engkau ni yang berlagak, sombong
dan tak reti nak hormat orang!” dia mencekak pinggang. Sepasang mata
pekerja lain sibuk memandang aku dengan perempuan dihadapan aku ini.
Mungkin yang lain pun sibuk nak tahu tapi tak berani hendak dekat.
“Lebih elok dari awak yang berpakaian yang tak cukup kain! Dan masih nak
pertahankan diri tak bersalah langgar orang? Saya rasalah kalau ada
ramai orang yang perangai sama macam awak ni, boleh lingkup dunia ni!’
marahku.
Tiba-tiba Ardan Rachman muncul di sebelahku. Aku terdiam. Marahku kepada
perempuan di hadapanku ini semakin surut. Matanya memandang aku dengan
perempuan di hadapanku silih berganti. Kalau dia hendak berkata apa-apa,
biarlah.
“Tak malu ke bergaduh dalam pejabat? Suka sangat? Saya bagi sejam untuk
kamu berdua bergaduh?” aku memandang Ardan . Dia berada tengah-tengah
antara aku dengan perempuan itu. Dia nampak tenang. Tapi aku tahu dia
bukanlah macam tu.
“You! Tengok perempuan tu. Dia sengaja cari pasal dengan I.” lengan
Ardan dikepitnya dihadapanku. Aku menyabarkan diri. Siapa perempuan ni
kepada Ardan ? kekasih? Tunang? Isteri? Kenapa aku tidak tahu langsung!
“I nak you pecat dia! I tak suka dengan dia!” aku memandang Ardan .
Berani Ardan hendak pecat aku? kalau dia yang pecat aku, memang sejuta
kali aku tak akan menjejakkan kakiku ke sini. Hendak berjumpa dia pun,
aku tak hadap!
“Enough!. Enora apa you buat dekat sini?” Ardan Rachman mulai pening
dengan sikap kegedikkan Enora . Baginya Enora mengundang padah dalam
jiwanya. Bukan jiwanya tapi dalam syarikat ini. Habis buruk namanya
nanti. Bukan itu sahaja, pasti Elsa fikir yang bukan-bukan mengenai
dirinya. Tapi dia peduli apa? Sedangkan perempuan itu tidak
memberitahunya yang dia bakal berkahwin dengan kawan baiknya sendiri,
Nukman Zahin. Inilah masanya dia untuk membalas dendamnya.
Memang betullah ini bekas kekasih Ardan . kecil sungguh dunia ini.
Patutlah Ardan terpikat sebab kecantikanya. Bila dibandingkan dengan
aku, memang ada kurangnya. Dia cantik, bergaya dan berharta. Tapi kata
Wanie, mukaku persis Ainan Tasneem. Tapi aku menafikannya. Biarlah apa
sebarang pujian pun, aku tidak membanggakan diri.
“ Encik Ardan saya masuk dulu.” Aku menundukkan wajah dan meninggalkan
Ardan bersama Enora . Hatiku mula dicarik-carik. Mereka memang sepadan
berbanding dengan aku. Jika dibandingkan aku dengan Ardan begitu banyak
perbezaannya.
Aku hanya memandang mereka dari jauh. Aku tahu Ardan masih sayangkan
perempuan itu. Tapi kenapa dia kata, dia cintakan aku? wahai Ardan ,
tolonglah jangan permainkan hati dan perasaan perempuan yang lemah
seperti aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience