BAB 1

Romance Completed 665

Satu surat berwarna putih beralamat rumahku serta nama penuhku Elsa
Adeline Binti Ali terletak di atas meja. Surat ini mesti syarikat
yang aku temuduga tempuh hari. Tak sangka pula aku dapat tawaran kerja
di syarikat Mutiara Holdings. Alhamdulilah, mesti ceria muka mak dan
abah. Tak sia-sia aku berdoa agar dapat perkerjaan untuk menampung
keperluanku di Bandar.
Kemudian, aku berfikir sejenak haruskah aku meninggalkan dunia
perniagaan kek kak Nurul? Sayang sangat nak tinggalkan kedai kek milik
kak Nurul. Kalau tak boleh berhenti, aku kena ambil risiko pulak,
sebabnya niat aku memang nak kerja di syarikat yang aku mohon hari tu.
Nasib-nasib.
Tak apa. Biar masa yang tentukan. Baik aku telefon mak aku sekejap
tentang tawaran kerja ni. Cepat-cepat aku mencari nombor telefon emak.
Ok, tekan butang hijau.
“Assalamualaikum mak.” Sapaku.
“waalaikummusalam Elsa . Lama dah kamu tak telefon mak kat kampung.
Sihat ke kamu kat sana?” bunyi bising dihujung talian membengitkan
telingaku. Nasib baik suara mak dapat aku dengar.
“Elsa sibuk mak. Maaflah selama ni Elsa jarang koll mak. Elsa
sihat alhamdulilah. Mak dan abah sihat?”
“Mak dan abah sihat. Ni, mak nak cakap kat Elsa pasal rombongan
merisik untuk kamu. Kamu tahu keluarga Che mat? Anaknya yang belajar kat
oversea tu. Ha, si Nukman Zahin. Keluarganya berkenan sangat kat kamu.
Kamu setuju ke tidak?”
Jantungku berdegup kencang. Ha? Rombongan merisik? Dari keluarga Nukman
Zahin? Biar betul. Dia kawan sekolah aku kut. Takkan dia berminat dengan
aku? Aku fikir dah tak ada spesis lelaki yang hendak mengambil aku
sebagai calon isteri. Rupanya ada.
“Apa mak? Biar betul Elsa dengar ni? Nukman kan satu sekolah dengan
Elsa . Takkan dia ada perasaan cinta kat Elsa kut?”
“Alah itu tak penting. Yang penting kamu setuju ke tidak?” biar betul
mak ni? Selama ni kawan-kawan lelaki yang selalu datang kat rumah, mak
langsung tak padang. Katanya tak ngam dengan dia. Alih-alih si Nukman
pulak yang berkenan. Pelik mak aku ni.
“Ei, apa mak ni? Elsa awal lagilah nak fikir pasal benda ni. Kerja
lagi penting tau. Mak tak tahu ke yang anak mak ni dapat kerja kat
syarikat yang meningkat naik.” Sengaja aku beralih topik, mengharapkan
mak juga turut bergembira dengan berita ini.
“Yeke? Alhamdulilah. Tak payahlah kamu nak kerja lagi kat kedai kek tu.
Apa gunanya belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi penjual kek.”
“Mak ni tak baik tau, itu pun perkerjaan yang halal. Yang bestnya Elsa
dapat gaji cecah seribu lebih tau. Ni pun sebab Elsa ambil kerja lebih
sikit.”
“Apa-apalah Elsa . Apa mak cakap kau ada je nak balas. Pasal rombongan
keluarga Nukman tu kamu pertimbangkanlah. Mak berkenan sangat dengan
Nukman tu. Budaknya baik pulak tu. Pandai hormat orang tua. Harap Elsa
terimalah ye.”
Mak ni tak habis-habis pasal Nukman. Tahulah Nukman tu baik,hormat orang
tua, pandai dan cerdik. Tapi tak payahlah nak sanjung tinggi. Mual tekak
aku.
“Ok lah mak, Elsa banyak kerja ni nak kena buat. Lain kali Elsa
telefon balik. Assalamualaikum.”aku menekan butang merah. Lagi lama,
lagi parah aku dibuatnya dengan mak aku ni. Lain yang aku dapat, lain
pula yang aku terima.
Macam mana boleh jadi macam ni? Aku memang tak sangka yang Nukman mahu
masuk meminangku. Setahu aku, di sekolah dulu dia tidaklah rapat dan
mahu menegurku. Sejak dia dapat tawaran sambung belajar di German dulu
pun, dia tak ada meluahkan perasaan apa-apa dekat aku. Sehinggalah ke
hari ini, dia datang membawa sebuah cinta untuk aku. Aku rasa macam nak
tergelak. Macam mana dia boleh berkenan dekat aku? takkanlah dia tak
terpikat dekat mana-mana gadis mat saleh dekat sana?
Umur Nukman dengan aku tak sama. Dia lebih tua daripada aku. Kira
pangkat abanglah ni. Tapi aku langsung tak panggil dia dengan gelaran
abang. Dia pun hanya gelarkan dengan ber’engkau’ ‘aku’.
Jadi dari mana datangnya dia suka dekat aku? mungkin dia juga memendam
perasaan pada aku yang sudah lama. Tapi kalau boleh, khabar yang
sampaikan oleh emak aku itu, tidak benar sama sekali.
Namun, kalau betullah, aku tidak boleh bayangkan apa akan terjadi antara
aku dengan Nukman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience