BAB 9

Romance Completed 665

“Ardan kenapa dengan kamu ni? lain macam ibunda tengok. Ada masalah ke?”
Datin Emina mengambil ruang untuk duduk berhampiran dengan sebelah anak
lelakinya. Rancangan tv dimatikan oleh Datin Emina sendiri. Dia mahu
provokasi anak lelakinya. Sejak kebelakangan ini, prestasi kerja anak
lelakinya kurang memberangsangkan. Kata Nani, anak lelakinya itu lebih
banyak muram. Apa pula masalah kali ini? Datin Emina mula risau.
“ Entahlah.” Ardan Rachman tidak mampu luahkan perasaannya ketika ini.
Dia tahu, tidak lama lagi Elsa bakal menjadi isteri kepada Nukman
Zahin, kawan baiknya. Kenapa engkau buat begini Elsa ? Kenapa engkau
tidak bagitahu yang engkau bakal menjadi isteri kepada Nukman.
“Ibunda terserempak dengan Enora semalam.” Ibunda meluahkan butir bicara.
“Apa? Ibunda tahu Enora datang semalam?” Ardan terkejut setelah apa yang
didengarinya. Bila masa ibundanya sampai pun dia tidak tahu. Tapi,
hatinya puas setelah menyakiti hati Elsa semalam.
Baru dia tahu bertapa sakitnya hatinya apabila dipermainkan. Senjatanya
adalah Enora sendiri.
Enora datang tepat pada waktunya walaupun dia sendiri tidak menjangkakan
kehadiran gadis tersebut. Dia berlakon aksi rmesra dengan Enora di
hadapan Elsa sendiri tanpa rasa serba salah.
“Walaupun kamu CEO syarikat, Ibunda lagi berkuasa. Ibunda tahu setiap
gerak geri kamu,Elsa , Nukman dan segalanya kakitangan dalam syarikat.
Kamu ingat Ibunda duduk rumah goyang kaki ke?” Datin Emina sudah tahu
kenapa anak lelakinya muram sejak kebelakangan ini.
“Apa ibunda nak sampaikan sebenarnya?” Ardan malas mahu bertekak dengan
ibundanya.
“Ibunda sudah hantar rombongan meminang untuk kamu.” Datin Emina mahu
membuat suspens kepada anaknya. Dia tahu apa yang dia buat semua ini
demi kebaikan anaknya sendiri.
“Apa?!” Ardan terus bangun dari sofa dan terus memandang wajah ibunda di
sebelahnya.
“Kamu ni bila masuk bab cinta memang gagal. Patutlah sampai sekarang
kamu masih tak kahwin-kahwin lagi. Sepatutnya kamu selidik dulu apa yang
dikatakan oleh Nukman sebenarnya. Ini tidak, main ikut sedap hati je.
Tak pasal-pasal ibunda guna kuasa veto.” Ardan masih lagi terkejut
dengan apa yang dikatakan oleh ibundanya.
“Jadi ibunda siasat sendiri?” Ardan tidak menyangka begitu sekali
ibundanya bertindak sedemikian.
“Nak harapkan kamu memang tidaklah. Esok pergi jumpa Elsa . Bawa
berbincang elok-elok dengan dia. Ibunda kasihan melihatnya. Dia
sayangkan kamu. Tapi kamu pula yang buat hal. Semalam keluarga Elsa
baru sahaja khabarkan yang kita harus mempercepatkan tarikh perkahwinan
antara kamu dengan Elsa .”
Ardan terdiam. Maknanya selama ini dirinya dengan Elsa sudah sah
menjadi tunang. Kenapa ibunda merahsiakan hal ini daripadanya. Aku harus
mendapatkan Elsa esok. Dalam hatinya ada sekelumit perasaan sayang
kepada gadis itu. Tapi disebabkan egonya yang terlalu tinggi dia
mencipta jurang dengan gadis itu. Gadis itu tidak bersalah. Cuma dirinya
saja. Dirinya saja yang terlalu mementingkan diri sendiri. Habis kenapa
Zahin memberitahunya bahawa dia dan Elsa bakal berkahwin tidak lama
lagi? Sungguh dia pelik. Ada apa-apa yang dia tidak tahu?
Walau apa pun yang berlaku. Elsa Adeline tetap di hati ini.
Walaupun dia telah melukakan hati dan perasaan perempuan itu, namun dia
mahu menagih kasih lagi daripada perempuan itu.
Bab 13
“Dalam hal yang macam ini, emak rasa bersalah sangat sangat. Mak tak
tahu nak cakap macam mana dengan kamu Elsa . Mula-mula pinangan Nukman
masuk, tapi emak dan abah tolak. Masuk pinangan Ardan emak dan abah
terima saja walaupun tak kenal. Masuk pinangan kedua Nukman emak dan
abah menolak. Dan sekarang Elsa tunangan Ardan .”
Aku termanggu seketika. Tidak aku sangka perkara ini boleh terjadi.
Patutlah Nukman masih mahu melamar aku lagi di tempat kerja. Dan dia
mengakui yang emak dan abah sudah menerima lamaran dia. Memang tak masuk
dek akal langsung. Harap saja berkelulusan luar negara tapi otak tak ada
akal. Sepekara lagi tentang Ardan , aku masih menyintainya dan berharap
dia mencari aku setelah lama kami tidak berjumpa. Namun bila
terkenangkan tentang Enora , aku jadi lemah kembali. Dia bakal hadir
dalam hidup Ardan kerana dendamnya tidak akan pudar begitu saja. Dan
aku? emmm entahlah.
“Elsa pun tak tahu nak cakap apa mak, abah. Semua ni berlaku tanpa
kita sedar. Tak boleh salahkan emak dan abah jugak. Semua benda ini
berlaku secara serentak.”
“Abah rasa baik kamu buat solat ikstikharah. Minta pentunjuk. Mana yang
terbaik untuk dijadikan calon suami.” Mendengar nasihat abah, aku jadi
gementar. Rasa gugup pula bila buat solat ikstikharah. Kalau dulu aku
pernah solat ikstikharah apabila aku dalam dilemma membuat keputusan
sama ada mahu sambung belajar atau kerja. Alhamdulilah aku dapat sambung
belajar dalam ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran. Dan kini aku
berjaya mendapat tempat kerja di Mutiara Holdings. Sebuah syarikat milik
keluarga Ardan . Rasa kagum dengan mereka.
Aku mengambil cuti tiga hari untuk merekatkan mindaku. Menhilangkan
stress yang bersarang di mindaku. Aku memandang cincin berlian di jari
kananku. Rupanya aku dan Ardan sah bergelar tunangan tanpa aku sedari.
Dalam masa Ardan tidak bertegur sapa dengan aku, Nukman menyakin aku
bahawa akulah tunangnya yang sah. Masa itu aku ingat emak dan abah
memang sudah terima lamaran Nukman namun sangkaanku meleset. Aku tidak
tahu kenapa gerak hatiku menyuruhku balik Johor. Rupanya inilah buktinya.
Aku menyandar di tepi katil. Mengingatkan amanat Datin Emina masih
tergiang di otak dan telinga. Amat mustahil aku protect Ardan Rachman
daripada diganggu oleh Enora . Sedangkan Enora berkali kali masuk ke
bilik Ardan ketika Ardan tiada di pejabat. Dan pertama kali itulah aku
bergaduh dengan perempuan yang tidak tahu malu itu. Pada masa itu juga,
Ardan datang mengejut tanpa aku sedar.
Aku mencabut cincin berlian yang aku anggap mencecah ribuan rinngit dari
jariku. Masih banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan Ardan
sendiri. Pasal Nukman pun satu juga. Bagaimana aku harus berdepan dengan
mereka berdua esok?

Kasut tinggi Enora memasuki bilik pejabat Ardan sambil mencebirkan
bibirnya memandang ke arah meja milik Elsa . Tanpa sebarang arahan,
Enora duduk di kerusi. Ardan memandang ketat wajah Enora .
“You dah bertunang?” menaik kening Enora bila berhadapan dengan Ardan .
Dia betul-betul tidak menyangka bahawa lelaki pujaannya sudah bertunang
tanpa dia sedari. Cemburunya kian membuak tinggi.
“Yes! Officially I da bertunang. I tak nak you ganngu hidup I lagi lepas
ni.” Ardan mengetakan tali lehernya. Baginya kenyataan itu dapat
membuatkan Enora sedar tentang status dirinya yang sudah begelar
tunangan orang.
“Tak semudah tu Ardan ! you dah rosakkan hati I. jangan ingat I boleh
lepaskan you macam tu je?” merah padam muka Enora apabila Ardan sanggup
berkata begitu. Baginya hanya dia sahaja yang dapat memiliki hati Ardan
Rachman Dato Zahar. Tiada perempuan lain yang dapat rampas Ardan dari
dia. Dia tak akan mengalah.
“Pergilah cari lelaki lain yang lebih baik dari I. I tengok you dengan
Zahin sekarang semakin rapat. Mungkin lepas ni, I akan merasa nasi
minyak you.” Ardan menaikkan bahu, malas mahu melayann karenah Enora .
Baginya Enora masih seperti dulu, tidak matang. Baginya hanya Elsa
yang lebih layak bertakhta dihatinya berbanding Enora .
“Nukman Zahin? You tak tahu ke dia tunang si Elsa ? I bukan perampas
ok. I dengan dia kawan. Lainlah I dengan you. You dengan I kan pernah
bercinta. Tak mustahil kita akan bercinta lagi.”
“Stop it! Zahin bukan tunang Elsa but I! you jangan nak merepek yang
bukan-bukan Enora ! I tahu you ada agenda sebenarnya kan! You dengan
Zahin sama saja!”
“huh?! Tapi kenapa Elsa yang you pilih? Dah macam tak ada perempuan lain!”
“I tak kisah apa yang you nak andaikan tentang dia. Tapi tolong dan
tolong jangan ganggu I lagi!”
“Ok fine! I akan pergi tapi jangan ingat I akan berdiam saja Ardan !
remember that!” Ardan menggelengkan kepala melihat Enora yang sudah
beredar dari pejabatnya. Baginya Enora sudah cukup cantik, bijak dan
berharta. Cuma satu sahaja yang tidak lengkap iaitu ilmu. Dia tidak tahu
pengajaran apa yang paling baik untuk Enora agar dia terima kenyataan.

“Ibunda dengar Enora sudah berangkat ke London? Betul? Ibunda tak sangka
betul.” Ardan menggangat keningnya.
Cepat betul ibundanya tahu mengenai Enora . Padahal dirinya sendiri tidak
ambil tahu tentang Enora . Lagipun dia jarang melihat aktivitinya di
ruangan Fac. Maklumlah dirinya sibuk meluangkan masa bertemu
kekasihnya Elsa . Apatah lagi, kerjanya bertimbun-timbun dekat pejabat.
Untuk mengetahui perihal Enora , memang membuatkan dirinya sakit kepala.
Perempuan itu sentiasa menyerabutkan fikirannya.
“Berangkat ke London? Ardan tak tahu pun?” Ardan menggangkat bahu.
Baginya, memang senang hatinya bila Enora tidak lagi mengganggunya.
Berapa lama Enora ke London, dirinya pun tidak tahu. Ardan mengurut
dadanya. Lega!
“Ibunda tahulah. Macam kamu tak kenal ibunda ni.” Datin Zariya
menjelingkan matanya. Macamlah anak tunggalnya, tidak tahu tentang kuasa
vetonya. Walaupun suaminya, Dato’ Zahar tidak ambil kisah tentang
perihal masalah sebegini. Tapi baginya, dia perlu mengambil tindakan.
Siapa lagi yang mengawal segala gerak geri anaknya, melainkan dirinya.
Tambahan pula, peristiwa tentang Enora mempermainkan anak tunggalnya
Ardan , dia mula sedar yang dirinya patut bertanggungjawab menjaga
keselamatan anaknya itu selagi Ardan masih belum berkahwin. Kalau boleh,
Datin Emina tidak mahu anaknya berkahwin dengan Enora . Kalau dulu,
memang dia suka akan Enora dijadikan calon menantunya. Namun tidak
sekarang, selepas dia mengetahui isi hati Enora . Bagi Datin Zariya,
Enora bukanlah calon isteri yang terbaik untuk Ardan . Tapi, Elsa Nur
Adeline adalah calon terbaik bagi anaknya.
Baru Datin Emina menyedari bahawa harta, pangkat dan rupa tidak
menjamin kebahagian. Seperti yang terjadi percintaan Ardan dan Enora
dulu. Enora memerangkap Ardan untuk menjatuhkan suaminya, Dato’ Zahar.
Datin Emina tidak mengetahui hal ini, sehinggalah dia terdengar
perbualan telefon Enora dengan Dato’ Ismail. Dan pada waktu itu, segala
kepercayaannya terhadap Enora semakin hilang. Pada masa itulah, Enora
memutuskan perhubungan dengan Ardan , tanpa memberi kata putus.
Bila dikenangkan balik, memang terasa pedih. Dato’ Zahar pula memang
tidak berkenan dengan Enora dari mula lagi. Tapi hendak buat macam mana,
sudah itu pilihan anak lelakinya. Sebagai ayah, dia akan menyokong apa
sahaja keputusan anaknya. Maklumlah Ardan , satu-satunya anak lelakinya.
“Ibunda upah penyiasat persendirian lagi?” Ardan menggelengkan kepala.
Sampai macam itu sekali ibundanya menyiasat.
Dari dulu lagi, ibundanya sentiasa menyiasat tentang perkara yang
membuatkan ibundanya ingin tahu. Macam kes tunangnya Elsa , ibunda
mengupah seorang penyiasat untuk mengawal gerak geri tunangnya dulu.
Sampai satu tahap, ada seorang lelaki memberikan sampul surat berisi
duit kepada Elsa untuk melingkupkan perniagaan syarikatnya. Lelaki itu
juga orang suruhan ibunda sendiri. Dia langsung tidak tahu, selepas
ibunda menceritakan segalanya. Alasan ibundanya, mahu mengenali hati
budi Elsa . Sampai macam itu sekali perbuatan ibunda. Namun Elsa
bukanlah seorang yang penerima rasuah. Akhirnya Elsa menolak keras.
“Ibunda akan tetap menyiasat kalau ada perkara yang ibunda nak tahu. Tak
perlu risau, ibunda tak akan upah penyiasat untuk membunuh. Nanti ibunda
masuk penjara pulak.” Datin Emina tersengih memandang Ardan . Dia tahu,
apa yang perlu dia buat.
“Macam macam ibunda ni.”
“Macam mana dengan urusan perkahwinan kamu? Ibunda dah bagitahu dengan
keluarga Elsa , yang perkahwinan ini harus dipercepatkan seawall bulan
febuari nanti. Ibunda tak nak kamu bertunang lama-lama.”
“Awalnya? Ardan tak bincang dengan Elsa lagi pasal ni. Kenapa ibunda
nak cepat sangat? Kami baru mengenali hati budi masing masing.” Ardan
memang tidak bersetuju dengan keputusan ibundanya yang mahu
mempercepatkan perkahwinan kami. Dia takut Elsa tidak selesa tentang
cadangan ibundanya.
“Jangan risau. Elsa sudah tahu. Dia bersetuju sahaja. Dia ikut
cadangan ibunda.” ‘Bila masa ibunda bagitahu Elsa ?’ pening sudah
kepala Ardan . kahwin dengan belum kahwin sama saja. Ibundanya tetap akan
ambil tindakan dahulu tanpa berunding dengannya.
“Apa ni, ibunda? Nanti apa kata Elsa ? Nanti dia kata Ardan ni gelojoh
pulak. Habis maruah Ardan ni.” Ardan mengeluh. Perbuatan ibundanya itu
memang membuatkan dia tidak puas hati. Setidak-tidaknya dia perlulah
berunding dengan Elsa dahulu. Tapi sekarang? Ibunda ni, membuatkan
hidupnya semakin huru hara.
“Hendak tunggu kamu cepatkan perkahwinan ini memang tiada penghujungnya.
Biar ibunda yang cepatkan. Ibunda dan ayahnda dah tua, belum merasai
cucu lagi. Lagi pun, ibunda takut, Enora akan kejar kamu balik nanti.
Biar kamu dengan Elsa ada ikatan yang sah.” Letih dia memberi
penjelasan kepada anaknya itu. Susah sangat mahu kahwin. Kalau nak
bercinta bukan main suka. Tapi bila kahwin, pelbagai pula alasannya.
“Apa-apalah ibunda. Ardan nak masuk tidur.” Dia pun malas mahu berkata
banyak dengan ibundanya. Nanti mulalah keluar kuasa vetolah,
penyiasatlah, itulah inilah. Baik dirinya masuk tidur dulu, sebelum
ibundanya bercerita panjang.
“Mulalah tu nak mengelak. Ingat Ardan mulai minggu depan, kad kahwin
perlu diedarkan secepat yang mungkin. Jangan nak mengelak! Kalau dah
suka dengan Elsa , baik kahwin cepat. Buat apa tunggu lama-lama. Ingat
Ardan , ibunda mahu Ardan uruskan perkahwinan kamu secepat yang mungkin!”
laung Datin Zariya, sampai satu rumah. Kalau boleh dia mahu kuatkan
suaranya sampai jiran sebelah dengar. Namun, suaranya tadi sudah cukup
didengari anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience