BAB 6

Romance Completed 665

Sudah sebulan lebih, aku berkhidmat bakti dalam syarikat Mutiara
Holdings. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Setiap kerjaku aku lakukan
dengan niat ikhlas sehinggakan aku mendapat pujian daripada pihak atasan
dan syarikat luar. Tapi ada saja yang tidak kena, dia perasan yang
dirinya diperhatikan. Seminggu yang lepas ada seorang lelaki memberinya
wang berjumlah ribuan ringgit.
Motifnya memintaku supaya mengambil semula produk yang sudah tamat
tempoh dan menutup semua rahsia ini. Awal-awal lagi aku sudah
menolaknya. Dia ingat aku ni hendak sangat ke duit haram tu? Dia tak
kenal lagi rasanya siapa Elsa Adeline ?
Saat aku masuk ke bilik pejabatku, Aku terkejut melihat sejambak bunga
lily di atas mejaku. Siapa pula yang bagi bunga dekat aku ni? Nasib baik
ada sekeping kad yang diselitkan di belakang bunga.
Yang peliknya tiada nama pengirim. Yang tertulis hanyalah secret
admirer. Haih. Inilah yang membuatkan aku tidak suka. Aku baru sahaja
hendak fokus dalam kerjaku, hadir pula unsur cinta dalam waktu sebegini.
‘Aku ada secret admirer ke?’ malang sungguh siapa yang minat dekat orang
macam aku ni. Tak semena-mena, aku mencampakkan bunga lily di dalam
bakul sampah. Senang. Kasi hadiah free dekat tukang cuci pejabat ni.
Malas aku nak kumpul bunga bebanyak ni. Bukannya aku suka bunga. Agaknya
dia tidak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tidak suka. Bukan
semua perempuan yang suka bunga.
Pintuku diketuk. Nani masuk bilik pejabatku.
“Datin Emina nak jumpa dekat bilik meeting.”
“Ok.” Nak jumpa? Pasal apa? Hatiku mula diragut rasa gelisah. Padahal
Datin Emina tidaklah segarang yang novel dan drama tayangkan sebenarnya.
Aku membuka tombol pintu bilik mesyuarat dengan pelahan. Rasa menggigil
pula. Memang betul Datin Emina ada di dalam bilik meeting tapi dia
seorang sahaja. Aku masuk dengan pelahan.
“Datin nak jumpa saya?” aku memberanikan diri.
Mataku bertentangan dengan mata Datin Zariya. Datin Emina mengarahkan
aku duduk. Kini aku menghadap depan Datin Zariya.
“Sepanjang minggu ni, Elsa awak berurusan dengan saya bukan dengan
encik Ardan .” Kenapa pula? Encik Ardan sudah berhenti ke? Lama kepala
otakku berjeda.
“Kenapa Datin?” soalku ingin tahu. Sudah beberapa lama aku tidak
berjumpa dengan Ardan . Dia tidak bagitahu pula dekat aku kemana dia
pergi. Hendak bertanya, tapi kata Nani dia sedang bemesyuarat di luar
negeri.
“Dia pergi Maldives. Bercuti tenangkan fikiran.” Maldives? Jauhnya. Nak
tenangkan fikiran sampai melancong ke luar negara. Hatiku mula rasa
rindu. Ardan sendiri langsung tidak memberikan kata-kata akhir. Tapi
asalkan dia tetap ketua pengarahku bermakna aku masih boleh berjumpa
dengannya. Aku tersenyum sendiri. Gatal betul aku ni!
“Awak suka dia?” Soalan Datin Emina membawaku ke dalam hati ini. Adakah
dia sudah tahu tentan perasaan aku terhadap anaknya. Aku takut Datin
Emina tidak suka akan aku. Sebenarnya aku tidak mahu mengharapkan
apa-apa harapan tentang cintaku kepada Ardan . Bagiku biarlah perasaan
ini, aku pendam dengan sendiri.
“Eh, tak lah. Kami kawan je.” Bohongku. Aku dengan Ardan masih berkawan.
Tiada status kekasih. Aku harap Datin Emina faham.
Datin Emina menyepi. Dia ternyata salah. Dia meneka yang bukan-bukan
tentang gadis di hadapanya, Elsa . Sedangkan gadis itu jujur, baik,
cantik dan lemah lembut. Tapi kenapa dia belum cukup mempercayai bahawa
gadis itu tidak mengambil kesempatan terhadap anaknya dan syarikat
miliknya. Datin Emina tidak pasti dengan dirinya sendiri. Baginya Ardan
harus berhati-hati dengan mana-mana perempuan.
“Kalau boleh saya hendak awak tengok-tengokan Ardan .” Datin Zariya
sedikit demi sedikit mula mempercayai gadis di hadapannya ini. Datin
Emina sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya kepercayaannya itu.
Kalau dulu, dia was-was dengan pemilik nama Elsa Adeline . Namun
dia yakin gadis itu akan melaksanakan tugasan ini.
“Kenapa Datin?” Aku rasa Ardan sudah besar dan pandai bawa diri di
tempat lain. Aku bukanlah isterinya dan PA dia hendak mengawasi dia.
Nanti dia kata aku ni, perasan.
“Saya takut dia di tipu dengan sewenang-wenangnya. Dia sudah banyak kali
merana. Pertama dengan Azizi yang banyak menipu duit syarikat. Kedua,
sebab perempuan.” Datin Emina terpaksa membuka rahsia yang sudah lama
disimpan rapi. Namun itu semua tidak kemana. Dia harus memberikan
kepercayaan kepada Elsa supaya melaksanakan tugasannya.
Aku langsung tidak tahu menahu tentang masa lalunya. Dia ada cerita yang
syarikat ini pernah ditipu oleh kakitangan dalam syarikat ini. Tapi soal
perempuan tu, aku tidak tahu pula. Mula terdetik di hati mahu mengorek
rahsia mengenai dirinya.
“Saya bukan nak hidupkan cerita lama yang sudah basi. Tapi perempuan
bernama Enora sudah banyak kali melukakan hati kami sekeluarga. Dan saya
tidak mahu mana-mana gadis lain mahu mempergunakan anak saya. Saya
sering mengginggatkan dirinya supaya berhati-hati dengan semua orang di
sekelilingya. Tapi saya tahu, yang dia memang ada hati dengan awak. Dia
anak saya, sebab itulah saya mahu awak jaga dia. Sebab awaklah orang
yang paling rapat dengan dia.”
Aku terdiam. Hendak percaya makin payah pula. Kata-kata Datin Zariya
menusuk di dalam hati ini. Patutlah Ardan selalu tersasul bila menyebut
nama aku. Baru aku faham. Tapi part tentang, Datin Emina tahu anaknya
sukakan aku, itulah yang aku susah hendak percaya. Tapi kalau betul,
hatiku memang melonjak gembira. Tapi aku tidak mahu tunjukkan perasan
aku yang sebenarnya. Aku tidak mahu dilihat perempuan yang menjengkelkan
mahukan anak lelakinya. Itu bukan caraku.
“Saya cuba jaga anak Datin. In Sha Allah.” Jelasku. Hendak jaga Ketua
Pengarah aku sendiri? Boleh ke aku ni?
“Boleh awak laksanakan tugas ini?” Datin Emina menekankan suaranya
kepadaku. Bagi aku, tugas ini boleh dikira senang bagi aku namun bila
mengenangkan lelaki itu pujaan hatiku, tugas ini aku kira amat payah.
Hatiku mulai terpaut dengan CEO aku sendiri.
“Ada apa-apa yang saya tidak tahu tentang kalian berdua?” aku
menggeleng. Aku harap dia tidak tahu apa yang bergelodak di hatiku saat
ini. Berhadapan dengan ibunda Ardan , membuatkan hatiku berpeluh. Mana
tidaknya, dirinya akan disoal siasat mengenai dirinya dengan anaknya,Ardan .
“Tak ada apa Datin. Saya akan laksanakan tugas ini dengan sebaik
mungkin.” Kataku.
“Baik. Sebelum saya terlupa suami saya akan balik dari London malam ini.
Esok dia akan datang ke sini untuk melawat syarikat ini. Jadi tunjukkan
dedikasi awak terhadap tugas awak sementara dia ada di sini.” tegas
Datin Zariya. Dia mahu Elsa menunjukkan sikap kerajinannya di hadapan
suaminya. Maklumlah, suaminya cerewet ketika berkerja. Jika ada staff
yang menjengkelkan, dia terus pecat, tanpa memikirkan dahulu.
“Emmm, saya akan tunjukkan sikap rajin saya terhadap tugasan saya.” Aku
memberikan senyuman. Esok ayah Ardan akan datang ke syarikat ini? Baru
balik dari London pula tu. Selama ini Ardan tidak pernah bercerita
mengenai ayahnya. Adik beradiknya pun, aku tidak tahu. Kenapa selama aku
berkawan dengan dia, aku langsung tidak tahu tentang hidupnya?
Aku biarkan semua itu berlalu dan pasti akan terjawab. Sekarang aku mahu
fokus tentang kerjaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience