BAB 7

Romance Completed 665

Ardan Rachman masih masih berada di atas katil empuk. Esok dia akan
berangkat pulang ke negara kesayangannya, Malaysia. Tambahan pula,
hatinya tidak sabar melihat wajah yang dia selalu pujai, Elsa Nur
Adeline . Secantik namanya. Dari pertama dia mengenali gadis itu, dia
sudah merasakan ada sinar harapan dalam hatinya.
Dia datang ke Maldives pun disebabkan dia mahu melupakan Enora , bekas
kekasih lamanya. Baru-baru ini dia dapat tahu yang Enora juga berangkat
di Maldives. Cuma masa sahaja tidak sama. Tapi dalam hatinya, berdoa
agar dia tidak dapat berjumpa langsung dengan Enora . Bukan sahaja benci
bahkan meluat dengan sikapnya yang tidak ubah seperti dulu. Masih
berlagak tiada apa-apa yang berlaku.
Dia sudah mual dengan segala permainan Enora . Baginya gadis itu membawa
malang dalam dirinya.
Dia mahu mencari ketenangan di Hulhumale Beach. Pantai yang penuh dengan
kehidupan marin.
Suasananya yang damai dan bersih merehatkan kepalanya yang tengah kusut.
Dia juga mahu melupakan segalanya tentang Enora . Dia tidak mahu hidup
bersama kenangan lama. Walaupun hatinya ada sedikit perasaan sayang
kepada perempuan itu, namun dia tidak boleh biarkan dirinya lagi sekali
jatuh hati kepada perempuan itu. Walaupun sudah setahun berlalu, Enora
masih berdegil mahu menggangunya lagi.
“Buat apa cuba you koll I lagi. Tolonglah cari orang lain boleh tak?
Banyak lelaki dekat luar sana yang you boleh tipu sesuka hati you.
Youkan memang propa.” Panas sungguh hatinya. Boleh dia lupa apa yang dia
sudah buat dekat aku selama ni?
“Ardan , I memang bersalah sangat-sangat. I tahu I salah, tapi ini bukan
salah I Ardan . I mangsa keadaan ayah I sendiri. I tak boleh halang
perasaan I dari terus menyintai you. Jujur I kata I masih sayangkan you.”
“you boleh cakap apa-apa pun yang you suka. You ingat I boleh percaya ke
dengan kata-kata you tu. Sudahlah I dah muak dengan semua permainan you
tu. Yang jelas sekarang kita tak ada apa-apa hubungan ok. Faham?”
“You tak boleh buat I macam ni. ingat I ni sampah ke huh? You kena ingat
ye Ardan Rachman Dato Zahar I akan pastikan tiada siapa yang dapat
memiliki you selain I.”
Ardan masih teringat kata-kata Enora tempoh hari walaupun dirinya sedaya
upaya melupakannya. Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menyelesaikan
kekusutan ini. Engkau jauhkanlah Enora dari hidupku. Engkau dekatlah
Elsa dalam diriku. Selama ini aku sepi, kosong dan muram segalanya
tentang perempuan bernama Enora . Sekali dia menyintai seorang gadis
sampai mati cintanya akan terus mengalir. Dia bukan playboy dan bukan
buaya darat. Tapi dia seorang lelaki yang mahukan cinta yang suci dan
ikhlas dari hati bukan semata kerana harta, darjat dan rupa paras.

Kali ini aku mendapat bunga lily dengan sekeping poskad yang berbentuk
hati. Rasa teruja menerjah dihati. Aku mengukir senyuman manis. Tak tahu
siapa pengirimnya. Barangkali nama pengirimnya tidak pernah tercatit di
dalam kad. Aku semakin keliru. Sudah masuk keempat belas penghantar
bunga ini tidak berhenti menghantar bunga lily di atas mejaku. Rasa
macam hendak tahu siapa pengirimnya. Tapi itu bukan kerja aku hendak
menyiasat benda-benda macam ni. Baik aku duduk dekat tempat kerjaku.
Masih banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan.
Aku mengelengkan kepala. Bunga lily aku letak ditepi. Kali ini aku
berlembut hati untuk tidak membuangnya di dalam tong sampah. Entah
kenapa hatiku mulai rasa sayang terhadap bunga lily ini.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering berlagu hazama malaikat. Masih
tidak tertukar lagi lagunya, malas hendak memuat turun lagu baru.
Tertera nama ‘emak’ di talian. Mesti ada benda yang emak nak sampaikan
ini. Kalau tidak kenapa emak beriya-iya hendak menelifon aku dalam waktu
sebegini.
“Asalamualaikum mak.” Aku memulakan bicaraku. Kemudian baru terdengar
suara emak menjawab salam.
“Elsa , mak nak cakap ni pasal Nukman.” Aduh mak ni. kalau tak pasal
Nukman tidak sah. Ini mesti kes pasal rombongan merisik keluarga Nukman.
Kan aku kata, aku tak sedia lagi. Hatiku mula membengkak.
“Apa mak? Elsa tak sedia lagilah. Banyak bendalah Elsa nak fikir
daripada fikir pasal Nukman tu.” Aku malas hendak menjawab isu Nukman.
Lantaklah dia.
“Mak nak cakap yang Nukman sudah balik sini. Dia dah dapat kerja dah
dekat Kuala Lumpur. Nanti kau jumpalah dengan dia tu.”
“Uh? Cepatnya dia balik sini? bukan ke dia ada setahun lagi ke dekat
sana? Alah itu kalau dapat jumpa dia. Kalau tak dapat, nak buat macam
mana dah tak ada rezeki.” Kataku. Malas nak fikir berapa lama dia
belajar dekat sana. Ish, jahatnya aku. Entah kenapa aku rasa benci
sangat dengan dia padahal dia tak buat apa-apa salah pun. Ya! Memang dia
salah sebab dialah punca aku pening kepala tentang rombongan merisik dia
tu. Aku tak faham betullah. Sudahlah aku pening dengan siapa pengirim
bunga ni tambah lagi si Nukman tu. Aduh! Serabut.
“Mak pun tak faham sangat. Tapi mak dia ada cakap Nukman nak sangat
bertemu dengan kamu dekat kl nanti bila dia dah kerja.”
“Nak jumpa buat apa?” pelik aku.
“Entah mana mak tahu. Ok lah, mak ada hal ni. Mak telefon ni sebab hal
Nukman ni je.”
Talian terputus sebelum sempat aku membalas. Sabar sajalah hatiku.
Pintuku diketuk. Aku terkejut. Rupanya Ardan Rachman . Dia tersenyum
padaku. Aku membalas balik. Sekejapnya dia balik dari Maldives? Akhirnya
dapat juga aku berjumpa dengan buah hatiku. Kalau dia tahu apa hatiku
berkata, memang dia akan gelakkan aku.
“Elsa tengahari ni awak free tak?” soalan biasa bagi aku.
“Em, rasanya free. Kenapa ye?” soalku balik.
“Nak ajak awak keluar makan. Boleh kan?” dia mengenyit matanya. Aku tak
dapat menahan ketawa. Ada-adalah Ardan ni.
“Er, cantik bunga dekat atas meja awak tu.” Ardan memandang bunga lily
yang berada disebelahku.
“A’ah cantik sangat.” Kataku. Entah kenapa boleh pulak aku kata begitu.
Sedangkan aku tak suka bunga langsung. Menipu sunat! Hatiku turut
tergelak sekali.
“Awak suka?” Ardan nampak teruja bila aku kata bunga lily tu cantik.
“Taklah suka sangat. Tapi orang dah bagi kena sukalah.” Jawabku. Dia
mengganguk pelahan. Entah kenapa Ardan hari ini? Tengok macam tak kena
je. Aku rasa aku dah jawab dengan jawapan yang tepat dan bernas sekali.
“Kenapa ni Ardan ?” Soalku ingin tahu. Dia dari tadi termenung di
hadapanku. Baru balik dari Maldives, takkan sampai mamai macam ni?
“Oh. Tak ada apa. Ok. Jumpa nanti dekat Suraya Seafood.” Aku
menggangukkan kepala. Mengikut sahaja selera ketua pengarah aku ini.
Tapi hatiku rasa sedikit tenang apabila Ardan masih menginggatkan diriku
walaupun seminggu aku tidak berjumpa dengannya. Segalanya tentang urusan
kerja.
Aku baru teringat pesan Datin Emina menginggatkan diriku untuk
mengawasi segala tindak tanduk Ardan . Tapi aku rahsiakan perkara ini
daripada Ardan . Aku takut dia akan rasa rendah diri. Dia boss aku. Tapi
aku pula yang mengawasi tindak tanduk dia. Tapi aku rasa dalam waktu
sekarang ini, tiada sesiapa yang mencurigakan. Semuanya dalam keadaan
baik. Amboi aku ni, sudah macam detective conan pulak dah.
Sampai sahaja di meja makan. Ardan sudah memesan steamboat terdahulu.
Katanya dia sudah lama tidak makan makanan Malaysia setelah balik dari
Maldives. Ada-adalah. Sengaja hendak menipu aku. Padahal dia pergi sana
untuk melepaskan segala masalah. Tapi aku malas hendak tanya lebih,
takut seleranya termati pula.
“Hari ini saya belanja.” Aku memandang wajah Ardan yang ceria. Tidak
pernah aku melihat mukanya seceria ini. Tapi aku malas mahu ambil tahu.
Aku mengambil udang dan sotong yang sudah siap dimasak. Sedap sungguh
apabila ditambah dengan sup tomyam. Aku lihat Ardan begitu menikmati
sekali sehingga menggabaikan aku di hadapannya.
“Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak bercuti di Maldives?”
soalku memecah kesunyian. Penat otakku memikirkan topik apa supaya Ardan
membuka mulutnya. Dari tadi Ardan menikmati makanannya sambil menaip
mesej. Aku yang berada di hadapannya, dia buat bodoh saja.
“Ni mesti ibunda saya yang bagitahu awak kan?” Ardan memandang tepat
wajahku. Mukanya serius. Aku takut tersalah cakap.
“Ibunda awak amat sayangkan awak.” Aku tidak boleh menipu apa yang
ibunda Ardan ceritakan kepadaku. Nampaknya Ardan tahu yang rahsianya
sudah diketahui oleh aku. Aku jadi tidak senang bila Ardan bersikap
dinggin denganku sebentar tadi.
“Orang lain takkan faham apa yang saya rasa.” Aku mulai rasa apa yang
Ardan rasa. Aku mula buka topik ini. Sepatutnya, aku harus fikir dahulu.
Apa yang patut aku buat ni?
Aku memandang Ardan menyimpan telefonnya di poket dan meletakkan
chopstick di atas pinggan. Aku hanya melihat setiap gerak gerinya.
“Saya tahu awak sayangkan saya, sebab itu awak ambil berat dekat saya
kan?” Ardan senyum memandangku. Aku terkebil melihat perubahan mood
Ardan . Tadi dia emosi. Sekarang dia gembira. Aku pun tak faham.
“Saya hanya menjalankan tugas ibunda awak sahaja. Tak lebih dari tu.”
Aku tunduk. Cuba menafikan perasaanku sendiri.
“Saya tahu awak mula sayangkan saya. Dan saya juga merasai perasaan yang
sama. Cuma kita saja yang cuba menafikan perasaan itu.” Aku
perlahan-lahan memandang wajahnya. Lakonan apakah ini? Rasa hatiku mulai
berdebar. Perasaan cinta yang hadir ini memang untuk awak, Ardan . Tapi
aku sedaya upaya untuk menidakkannya. Tapi hari ini, Ardan mengaku
tentang isi hatinya terhadapku.
“Sampai bila kita harus macam ini? Sedangkan kita cinta satu sama lain.”
Aku mula membuai perasaanku. Hampir terlena dek suara sayu Ardan . Bauan
sup tomyam mula menerjah ke rongga hidungku.
“Kita baru saja kenal. Lebih baik kita kawan saja dulu. Biar awak kenal
saya dan biar saya kenal awak.” Aku harus pandai mencari ayat yang
sesuai untuknya. Bagiku memang aku mulai sayang terhadapnya.
Persoalannya, perintah ibunya masih akan aku laksanakan. Aku sebagai PA
dia sekarang ini untuk menjaganya, itulah tugas aku.
“Saya kenal awak Elsa . Awak seorang perempuan yang lain dari yang
lain. Pertama kali saya pandang awak dekat kedai kek hari tu, awak telah
memberikan sinar harapan dalam hidup saya.” Aku terpempan seketika
apabila mendengar ayatnya. Aku letakkan semula sudu yang aku pegang di
atas meja.
“Awak tak payah nak berpuitis dengan saya. Geli saya tau tak!” aku sudah
tergelak dengan sikapnya.
“Saya tahu awak sayangkan saya.” Ardan mengenyit matanya kepadaku. Aku
hanya menggelengkan kepalaku. Macam-macamlah Encik Ardan ni. lama-lama
macam ni boleh terpaut hati aku. Tapi tak mungkin orang macam aku akan
dapat memiliki Encik Ardan .
“Betul tak?” hendak jawab ke tidak ni. Wahai Encik Ardan , kenapalah
engkau sengaja mendugaku saat ini.
“Makanlah cepat. Nanti lambat masuk kerja.” Dia membalas senyumanku. Ada
ada saja Ardan ni. geram pula aku. Malas mahu jawab soalannya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience