BAB 4

Romance Completed 665

“Eh! Orang tu dah dapat kerja barulah.” Em, sengajalah tu budak dua ekor
tu. Ada saja nak menyakat aku. Mira dan Wanie sibuk duduk di atas katilku.
“Korang ni dah kenapa? Jeles ke?” sakatku. Sengaja nak cipta kekecohan.
Kalau tak kecoh tak best lah jawabnya. Bonsan kalau sehari tak borak
dengan diorang ni. Diorang ni dahlah gila-gila. Bercampur dengan aku
yang bengong bertambahlah haru biru jadinya.
“Mula kerja esok jangan buat perangai tau. Nak pikat boss la. Nak gedik
sana sinilah. Nak itu lah nak ini lah.” Amboi Wanie, dia ingat aku ni
macam tu ke? Sorry to say la my dear friend.
“Eh, sebelum kau masuk kerja tu, kau pandang-pandanglah sikit lelaki kat
opis kau tu. Ada ke yang kacak lagi bergaya? Kalau ada bagilah dekat
aku.” Amboi Wanie ni. Habis si Malik tu nak letak dekat mana? Dekat
dahi? Dekat lutut?
“Habis, Malik kau nak letak dekat mana? Kasi aku jelah wei. Daripada aku
solo je, lebih baik berdua. Kan, Elsa ?” Aku menunjukkan ibu jariku.
Tanda sokongan padu.
“Emm, bagus sangat tu, kesudahnya Wanie yang solo.” Tambahku sambil
mengemaskini fail dan sijilku.
“Kau pun sama Elsa . Cakap kitaorang, kau pun sama jugak.” Aku tergelak
sama. Aku juga yang terkena. Aku geleng kepala.
“Alah, Elsa mesti dengan mr.secret admirer dia. Tak kesudahnya dia tu.
Feeling je lebih.” Mira menambah.
Apa-apalah malas pulak aku nak layan dengan diorang ni.
Tidak lama kemudian, telefonku berdering berlagu Hazama malaikat.
Tertera nama, ‘emak’ di skrin telefon. Lantas aku angkat. Aku
mengisyaratkan Mira dan Wanie supaya memperlahankan suara. Aku hendak
menjawab panggilan pun terganggu.
Kemudian mereka pun beredar. Adalah tu agenda diorang. Tak faham aku
dengan diorang.
“Ha, mak.” Jawabku di talian selepas suara emak tadi tidak kedengaran
dek suara kawa-kawanku tadi.
“Kamu ni, bila mak tanya pasal Nukman, kamu sengaja elak kan. Bila kamu
nak bercinta ni? Mak tengok kau sibuk dengan hal sendiri?” emak sudah
membebel di talian. Mulalah tu, masuk topik pasal Nukman Zahin. Dah
macam tak ada orang lain. Bonsan betul. Aku mencebik.
“Elsa ! Mak cakap kau dengar ke tidak? Tak boleh jadi kamu ni, nak kena
hantar abang long tengokkan kamu dekat sana.”
Aduh! Dah kenapa masukkan abang long dalam masalah ini. Dia pun ada
masalah dengan isterinya.
“Apa mak ni. Kenapa nak libatkan abang long dalam hal ni. Elsa tahulah
nak jaga diri.” Aku mula merungut. Aku memang tak suka kalau ada orang
sibuk jaga hal aku. Memang tidak lah jawabnya.
Memang payah emak aku ini. Memang betul, kuasa Nukman Zahin memang besar
sehingga emak mula sayangkan lelaki itu. Apalah jampi si Nukman pakai
sebenarnya. Aku pun tak tahu. Tunggu dia balik Malaysia, aku nak tanya dia!
“Menjawab pulak tu. Ni mak nak tanya pasal rombongan merisik keluarga
Nukman, kamu dah fikir masak-masak ke? Mak harap kamu terimalah dia.”
Dah beberapa kali mak berkata begitu. Tapi pendirian aku tetap sama.
Tidak sama sekali menerima Nukman Zahin dalam hidup aku. Walaupun, aku
sudah mengenali dia sudah lama. Tapi kenal lama tidak penting. Yang
penting soal hati dan perasaan. Aku mahu lanjut tentang perasaannya
terhadapku. Aku tidak mahu dikotak-katikkan sebegini rupa. Bukan mudah
aku boleh terima seseorang itu.
“Mak ni, kan orang dah kata orang malas nak fikir pasal hal ni. Elsa
berat hati nak terima Nukman tu sebagai calon suami Elsa . Elsa tak
sedia lagi. Elsa tak tergerak hati lagi untuk bercinta dengan
mana-mana lelaki pun.” Jelasku. Aku berharap emak tahu tentang
perasaanku sekarang ini. Bukan nak melawan, tapi aku juga ada prinsip.
Kalau hitam, hitamlah jawapanku. Kalau putih, putihlah jawapanku. Aku
harap emak faham tentan isi hatiku. Akulah anak gadisnya dan akulah anak
terakhir bagi emak dan abah. Memang mereka mahu menjagaku dan melihat
aku bahagia sehingga ke akhir hayat. Aku tahu kenapa mereka memilih
Nukman Zahin sebagai calon menantunya. Kerana dialah yang terbaik. Namun
aku langsung tidak memberikan dia peluang untuk bertakhta dalam hatiku.
Bagiku, dia bukanlah untuk aku. Aku anggap dia adalah kawan baik aku
sendiri.
“Kalau Elsa sudah kata begitu, mak tak boleh nak buat apa. Semuanya
berbalik kepada kamu. Mak dah bagi lampu hijau untuk kamu dengan Nukman,
tapi kamu tak nak. Lelaki mana lagi yang Elsa nak? Mak bukan apa, mak
nak tengok kamu kahwin sebelum mak pergi. Mak sayangkan kamu Elsa .
Kamulah satu-satunya anak perempuan mak dan abah ada. Mak nak kamu bahagia.”
Bila emak sudah berkata begitu, ini yang membuatkan hatiku berbaur
sedih. Hati bagaikan disiat-siat. Aku tahu emak mahu melihat aku
bahagia. Tapi aku juga mempunyai hati dan perasaan. Perasaan tidak boleh
dipaksa untuk menerima insan yang tidak pernah kita cintai. Cukuplah
kita deritakan hati kita jangan sesekali menyakiti hati orang lain.
Kalau benar Nukman Zahin adalah jodohku, aku terima. Tapi kalau dengan
orang lain aku pun terima. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
“Elsa minta maaf dengan mak sekali lagi sekiranya permintaan mak
dengan abah, Elsa tak dapat tunaikan..” Itulah akhir kataku mengakhiri
perbualan kami.
Aku harap mak akan faham tentang semua ini. Semua ini adalah terlalu
awal bagiku. Pada tahun inilah aku rasa, detiknya musim cintaku sudah
bermula. Namun aku tidak pasti siapakah bakal suami aku suatu hari
nanti. Andai ia sudah aku ketahui, sudah lama aku menerimanya. Namun,
soal jodoh bukanlah satu perkara yang arif bagiku. Semuanya terserah
kepada Allah yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience