BAB 10

Romance Completed 665

Aku memasuki ruang pejabatku. Bauan bunga lily menusuk hidungku. Rasa
hendak bersin tapi tidak jadi. Bauannya tidak memeningkan kepalanya,
tapi menyegarkan kepalanya. Aku mencari bauan tadi. Rupanya sejambak
bunga lily yang sudah siap diisi dalam pasu putih berisi air. Sungguh
cantik. Mesti baru dipetik.
“Bunga melambangkan perempuan dan kewanitaan. Kadang-kadang pantun orang
dulu kata, mahu memetik bunga di laman, tapi pantun saya mahu memetik
hati awak untuk saya. Saya ikhlas memperisterikan awak tanpa syarat.
Cinta saya tidak perlu diukur. Sudah terang saya ingin memiliki hati awak.”
Aku memandang pemilik suara itu. Ardan ! memang selama inilah dia
pengirim bunga lily kepada aku.
Kenapa tidak aku agak dari awal dulu. Memang kadang-kadang lelaki sering
kali ibaratkan perempuan seperti bunga. Aku tahu itu. Dan sekarang,
Ardan memujuk hati aku dengan bermadah bagai ni kenapa?
“Apa awak mengarut di siang hari ni? nampak staff lain, masak dibuatnya.
Behave sikit.” Entah kenapa boleh pulak aku memarahinya. Sedangkan
dialah bos aku. Dia jugalah tunang aku secara sah. Habis kenapa dengan
aku? salahkah dia berbuat demikian? Alahai, yang kau pi marah kenapa
Elsa ? Tengok! Dia dah naik muka masam sos tomatonya tu.
“Salah ke? awak tunang saya. Biarlah dia orang tengok aksi romantis
kita. Kita memang couple of the year pun kan.” Lebih-lebih pulak Ardan
ni. Sejak akhir-akhir ni, banyak pula dia bermadah.
“Sudah lah! Saya nak buat kerja ni.” aku menarik kerusi dan duduk. Dia
memerhatikan saja langkahku. Aku malas mahu memandang mukanya. Pelik aku
ni, sekejap baik dengannya. Sekejap tidak.
“So, emak awak dah cakap kat awak pasal perkahwinan kita tu?” Ardan
memberanikan diri bersuara. Dia takut Elsa tidak bersedia, marah dan
pelbagai emosi negatifnya nanti. Dia takut kehilangan Elsa . Ibundanya
tidak habis habis menyuruhnya mempercepatkan perkahwinan kami. Sedangkan
kami masih mengenali antara satu sama lain. Dia perlu tahu apa yang
Elsa suka dan tidak suka.
“Saya tahu pasal tu. Awak tak perlu risau. Saya siap upah flower girl
bagi memeriahkan majlis
kahwin kita nanti.” Masin pula mulut aku ni! entah kenapa aku boleh kata
begitu. Flower girl? Sejak bila aku upah flower girl? Siapa nak jadi?
Aduh! Habis lah. Aku ni main tibia je. Mesti dia pelik dengan reaksi
jawapanku.
“Flower girl? Amboi! Nampaknya awak prepare awal daripada saya. Saya
gembira sangat awak sudi jadi isteri saya.” Ayat klise sangat Ardan
pakai. Dah tak ada ayat lain. Aku mencebirkan bibir.
“Saya terima awak tanpa syarat macam syair awak tadi. Saya harap awak
pun boleh terima saya seadanya. Kahwin ini bukan boleh buat main. Bukan
hari ini kita sayang dan esok lusa kita tak sayang, tapi sayang itu
perlu ada setiap hari sampai hari tua.” Jelasku. Aku harap sangat Ardan
menyayangiku seperti mana aku sayang dia.
“Awak perlu tahu, selepas pertama kali saya jumpa awak, awak terus
melekat di hati saya. Saya bukanlah lelaki yang bermulut manis, kejar
perempuan sana sini. Saya pun tak faham kenapa Enora masih kejar saya
sekarang ini. Mungkin sayalah yang paling hensem sekali di dunia ini.”
Aku tergelak dengan pengakuan akhir dia.
“Sebab Enora cinta pertama awak. Dan tak semudah itu, Enora akan lupakan
awak, Ardan . Tak mustahil dia balik dari London itu membuat rancangan
jahat. Mana tahu dia nak bom majlis kahwin kita. Tak mustahil!” apatah
aku merepek! Tapi aku mahu dia balas apa yang aku kata tadi.
“Dia nak bom? Awak ni selalu berimaginasi sangat. Enora pergi sana mesti
ada sebab. Bukan bawak balik bom untuk rosakkan majlis kahwin kita.
Memang dia cinta pertama saya tapi awaklah yang terakhir.” Ardan
mengenyitkan matanya. Aku tesenyum sendiri dengan ayatnya. Ada saja
jawapannya.
Tapi aku berharap sangat Enora tidak berdendam lagi dengan kami. Dan
Ardan , saya harap awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Nama awak
tersemat rapi di dalam hati saya. Saya cintakan awak! Awak tahu? Sekali
awak hancurkan hati saya, saya akan sakit hati sampai bila-bila. Buat
bakal suamiku,Ardan Rachman , tolonglah jaga hati saya.

“Alhamdulilah, kawan baik aku ni sah sudah bergelar dengan encik Ardan
Rachman . Tak sangka betul aku! aku doakan kau orang berdua, bahagia
sampai ke syurga. Amin!” doa Wanie dan Mira. Alhamdulilah Ya Allah,
segalanya dipermudahkan.
“Terima kasih sangat! Amin” aku memandang suamiku bercakap dengan
seorang lelaki berjubah putih. Aku pergi ke arah mereka berdua. Nampak
macam rancak sangat mereka bualkan, sampaikan aku tertarik untuk
mendekati suamiku.
“Nukman Zahin? Bila sampai?” soalku. Terkejut juga dia datang selepas
habis majlis kahwin kami. Aku memandang tepat wajah suamiku. Ada apa
yang tidak kena? Barang yang lepas tidak usah dikenang lagi. Aku pun
sudah malas bertekak dengan Nukman di pejabat. Dan sekarang dia harus
menerima kententuan Illahi bahawa kami tiada jodoh.
“Aku datang ni nak bagi surat berhenti kerja. Aku dah tak sanggup kerja
di Mutiara Holding. Aku ingat nak sambung PHD lagi di UK. Apa pun, aku
doakan kalian berdua bahagia. Aku minta maaf selami tak dapat kawal
perangai aku.” aku tak tahu pula, dia hendak berhenti kerja? Mungkin
pasal dia tidak sanggup melihat muka aku dengan suami aku, selepas apa
yang dia buat pada aku. Mungkin payah untuk dipadamkan, tapi untuk
diimbaskan kembali memang senang, bagi aku, Ardan dan juga Nukman.
“Jangan macam ni, Zahin. Kau jangan berhenti kerja. Stay saja. Benda
yang lepas, tak usah dikenang kembali. Buat apa malu dengan aku dan
Elsa . Aku pun ada buat silap, siap gaduh, tumbuk dan siap tarik rambut
kau lagi. Ingat masa tu? Itu masa silam kita. Buat apa nak ingat balik.
Kau study kat UK tu, jauh. Rindu aku dengan kau, Zahin. Kita kan kawan
rapat dulu masa dekat German, mustahil kau nak lupuskan macam tu.” Kagum
aku mendengar setiap bait kata suamiku. Alhamdulilah, hati suamiku baik
dan tiada unsur dendam. Aku ingat Nukman mahukan apa kali ini. Rupanya
dia mahu sambung study dekat UK. Aku tahu amat sukar baginya membuat
keputusan.
“Aku tahu. Tapi tak mustahil aku tinggalkan kau, bukan? Aku tetap
sambung belajar di UK. Aku dah register. By the way, jagalah Elsa
baik-baik. Jangan sesekali lukakan hati seorang perempuan. Sekali dia
sakit, berjuta kali kau susah nak pujuk dia.” Ardan senyum memandangku.
Aku mendiamkan diri sahaja. Berat mulutku hendak berkata. Kalau dulu
iya, aku lantang bersuara bila berdepan dengan Nukman. Namun, hari ini.
Aku kelu!
“Aku balik dulu. Tahniah sekali lagi.” Nukman Zahin menundukkan
wajahnya. Dia rasa hatinya dipaut rasa kesedihan. Yang jelas, dirinya
rasa kecewa dan pedih. Dia malas mahu mempamerkan. Kalau dulu iya, dia
akan bergaduh dengan Ardan semata demi Elsa , cinta hatinya. Namun
kini, semua sudah terjawab. Memang sudah tertulis jodohnya bersama
Elsa memang tiada! Kosong! Itulah yang membuatkan dirinya dipukul
kesedihan. Namun dia mendoakan mereka bahagia. Tiada gunanya dia bersedih.
“Kejap!” entah kenapa boleh pula aku kata begitu. Alamak! Ishh, mulut ni
memang tiada insurans.
“Aku minta maaf.” Itu sahaja kataku. Suamiku memandang pelik. Ingatkan
nak kata banyak, lambai tangan ke, siap nangis ke, tapi dengan ungkapan
‘aku minta maf’. Amat klise sekali bagi aku. mungkin suamiku juga
berfikiran begitu.
“Aku tahu kau nak kata itu je. Tak ada benda lain ke nak kata? Dulu siap
gaduh lagi.” Aku mencebik. Dah nak mula perang lah tu. Suami aku hanya
gelak. Tapi dia tahan. Rasa nak bagi penampar pun ada. Ishh! Tak baik
dia suami aku.
“Minta maaflah yang boleh aku cakap. Terima kasih sebab sudi datang.”
Kataku. Aku jemput saja dia ke majlis kahwinku, aku sangka dia tidak
akan hadir hari ini, namun sangkaanku meleset sama sekali. Dia datang
juga pada saat-saat akhir.
“Ok! Lepas balik UK, aku kacau kau balik!” gelakkan Nukman betul-betul
membuatkan aku sedar, bahawa adakah itu usikan palsu atau benar? Takkan
semudah itu dia melupakan aku? aku tahu penghijrahan dia ke sana, bukan
sambung belajar tapi mahu melupakan aku. Tapi kenapa aku juga yang kena?
Aku harap sangat dia jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari aku.
Tak sangka, Nukman yang satu sekolah dengan aku dulu, boleh terpikat
dengan aku. Tak faham. Masih ada orang yang meminati dalam diam. Sepsis
ini akan mula rasa cemburu bila orang yang dia minat berkawan atau
berkasih dengan orang lain.
Kami melambaikan tangan kepada Nukman. Mengharapkan pemergian dia ke
kota London memberi seribu makna dan sinar buat Nukman. Dan suami
disebelahku, aku berharap dia juga sentiasa ada bersamaku tatkala susah
atau senang.
“Sayang tak rasa dia pergi sebab belajar.” Kataku. Bermulalah imaginasiku.
“Dahlah lupakan Nukman. Dia tak sepatutnya ada dalam kisah cinta kita.”
Tadi kata Nukman, kawan baik dia. Sekarang suruh lupakan. Tak faham yang
mana satu.
“Aik?” aku memandang pelik wajah suamiku. Dia memeluk erat bahuku. Dia
megeluh.
“Tak usah difikirkan lagi. Dia tetap kawan baik abang. Bila sayang asyik
fikir pasal Nukman, buatkan hati abang ni cemburu sangat. Dahlah masa
belum kahwin, cemburu ni sentiasa membuak-buak sebab Nukman selalu ambil
kesempatan.” Aku faham ayat terakhir, Nukman sentiasa mengambil
kesempatan mahu mendekatiku. Namun Hatiku hanya ada suamiku seorang ini.
Aku mencubit hidungnya tanpa dia sedari.
“Tapi sekarang sayang dah jadi milik abang kan? Takkan abang masih risau
lagi?” aku memaniskan wajahku. Senang melihat wajahnya yang suci bersih.
“Iya. Sekarang tak lagi. Terima kasih sayang jadi suri hati abang.” Aku
hanya memberikan senyuman manis. Terima kasih juga kerana memilhku
menjadi isterinya. Terima kasih Ya Allah, kurniakan dia untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience