BAB 3

Romance Completed 665

Hari ini isnin, aku masuk lewat. Nasib baik aku mendahului Kak Nurul.
Entah mimpi apalah sampai aku lewat bangun. Nasib baik solat subuh tak
terbabas sama. Saat aku melangkah masuk, ada seorang lelaki menyapaku
dengan berkata ‘cik’. Aku berpaling pada empunya badan. Tinggi sungguh
daripada aku. Entah berapa sentimeter pun aku tak dapat nak cogak. Aku
tak dapat mengecam sepenuhnya muka lelaki itu disebabkan kaca matanya.
Satu minit kami membisu. Lakonan apakah ini? Kak Nurul sudah tersengih
memandangku. Entah kenapalah Kak Nurul ni. Nasib baik pekerja lain sibuk
di dapur. Kalau tidak, kuat gossip mereka.
“Encik, nak beli kek ke? Ke nak buat tempahan? Atau nak jumpa dengan kak
Nurul atau…” aku nak sambung ayat aku tapi lelaki di hadapanku ini
segera memotong ayatku. Geram sungguh.
“Saya tak nak beli kek, tak nak buat tempahan dan tak nak jumpa siapa
namanya tu, nurun. Em Nurul. Tapi saya nak jumpa dengan Elsa
Adeline Binti Ali.” Aku terdiam apabila nama penuh aku disebut.
“Ya saya. Encik ni siapa?” Soalku balik. Gerun pula part dia menyebut
nama penuhku. Boleh tahu nama aku pula tu? Siapa dia ni? Sudahlah aku
dengan dia bermesyuarat di tengah-tengah pintu masuk kedai. Dahlah tak
sempat letak beg bagai.
“Boleh kita bincang kat dalam. Rasanya dekat dalam lebih sesuai.” Dia
mengajukan idea mendahului ideaku. Aduh! Gawat sungguh. Pagi-pagi macam
ni lelaki ini sudah buat aku kekok. Berhadapan dengan lelaki sebegini
membuatkan aku naik segan. Betul tak tipu. First time aku rasakan saat
ini. Gilalah Elsa . Aku tak benarkan hati aku jatuh cinta dengan lelaki
misteri di hadapan aku ini. Tak mungkin Elsa !
Aku duduk berhadapan dengannya. Selepas kak Nurul membenarkan kami
berbincang. Nasib baik kak Nurul memahami keadaanku dengan lelaki
misteri ini. Aku mahu mengajak kak Nurul berbual sekali, namun kakinya
cepat melangkah pergi.
“Baiklah saya perkenalkan nama saya Ardan Rachman . Saya ketua pengarah
dari syarikat Mutiara Holdings yang awak temuduga kerja hari tu.
Sebenarnya saya sengaja datang sini nak tengok kedai ini dan awak. Ya
awak! Tapi jangan salah faham. Saya bukan secret admirer awak. Saya cuma
nak tengok bakal pekerja saya bohong atau tidak yang selama ini dia ada
pengalaman bekerja di kedai kek. Sebelum ini kakitangan kami pernah
menyelewengkan syarikat kami. Itu yang buat saya berjaga-jaga” dia
kemudiannya menaggalkan cermin mata gelapnya. Baru aku nampak wajahnya.
Hatiku mula dibuai dengan wajah kacaknya itu. Aku cepat-cepat beristifar
dalam hati.
Aku faham tujuan dia datang sini untuk apa. Rasional juga ayatnya. Tapi
tak sangka syarikat yang aku bakal tujui tu, ada jugak kaum adam yang
hensem macam Encik Ardan ni. Muda lagi dia ni. Tak sangka boleh jadi
ketua pengarah. Ni mesti syarikat mak ayah dia punya. Boleh jadikan?
“Jadi saya ni bukan penipu kan macam staff yang lain?” sakatku. Lantas
dia tergelak. Adumak! Cair gila tengok dia senyum. Jaga pandangan
Elsa ! Dia ketua pengarah kau! Ingat tu.
“Totally tidak. Tapi mana tahu awak ada selindung apa-apa ke dari saya.”
Mengusik pulak dia ni. Nak selindung apa dari dia? Dia boleh tengok kut
resume yang aku hantar hari tu? Ke tak baca lagi? Alahai ketua pengarah ni.
“Rasanya awak kena buat temuduga lagi sekali dengan saya seorang.”
Temuduga lagi sekali? Bukan hari tu dah cukup lengkap ke?
“Saya tak fahamlah encik Ardan .” Mukaku kelat sungguh. Memang tak faham.
“Yela, hari tu, awak temuduga dengan orang lain. Saya nak kali ni dengan
saya. Boleh saya kenal rapat dengan awak .”
“Rasanya tak perlulah kot.” Aku tidak setuju dengan cadangannya.
“Awak pengarah ke saya yang pengarah!” dia meninggikan suaranya.
“Encik Ardan !” aku menekan suaraku. Belum bekerja lagi, sudah marahkan aku.
“Ya saya Elsa . Ok, esok awak akan mula kerja seperti biasa.” Eh, bukan
hari khamis ni ke, aku boleh mula kerja? Pelik sungguh.
“tapi…’
“Ikut arahan pengarah!” aku tidak berani membentak apabila melihat muka
garangnya. Panas baran jugak orangnya, Encik Ardan ni.
“Ok, nampaknya awak dah setuju. Baiklah kita jumpa esok.” Sempat pula
dia mengenyet matanya kepadaku. Kemudian dia bangun dari kerusi. Kak
Nurul datang tepat pada masanya. Lantas aku pun bangun.
“Salam perkenalan dari saya, Ardan Rachman .” Boleh pula tu, dia berkata
betul-betul depan kak Nurul dan staff lain. Naik lemak pula ketua
pengarah ni. Geram sungguh. Sengaja nak malukan aku. Rasa spoil nak
kerja tempat dia. Entah berapa kali mahu memberitahu nama penuhnya pun
aku tidak tahu.
Akhirnya dia berlalu pergi meninggalkan kedai kek ini. Aku dengan kak
Nurul hanya perhatikan dia menaiki kereta Honda City berwarna putih.
Lagaknya seperti anak orang kaya. Tengok sahajalah pakaiannya pun sudah
cukup.
“Eh, siapa lelaki tadi? Akak ingat teman lelaki kamu.” Amboi kak Nurul
ni. Lebih-lebih pulak.
“Bukanlah kak.” Aku menafikan dakwaan kak Nurul. Kaki penyibuk juga kak
Nurul ni. Padah kalau macam ni. Itu baru ketua pengarah, belum perdana
menteri, datuk yang datang
“Akak nampak, dia tu berkenan sungguh kat kamu. Siapa namanya?” aduh,
malaslah aku hendak menjawab soalan kak Nurul.
“Berkenan apanya kak? Dia tu pengurus syarikat yang saya nak kerja nanti.”
Alamak, kak Nurul tak tahu lagi aku nak berhenti kerja sebenarnya.
Itulah kak Nurul lah ni, banyak tanya.
Dah sudah, wajah kak Nurul mula muram, Ni yang malas nak pujuk ni.
“Akak, saya nak minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal yang saya nak
berhenti kerja. Surat tu datang semalam. Saya harap akak tak berkecil
hati.” Pujukku sambil memaut lengan kak Nurul. Lama jugak kak Nurul
berdiam. Staff lain semua memandang ke arah kami. Macam aku pulak yang
ada buat salah.
“Kalau itu yang terbaik untuk Elsa , akak ikut je. Akak cuma sedih bila
Elsa tak ada lagi kerja kat sini. Elsa banyak tolong akak buat kerja
itu ini. Alih-alih Elsa dah nak berhenti.”
“Akak, tak salah kan kalau Elsa nak cari pengalaman lain? Elsa
memang sayang sangat kat kedai ni. Tapi Allah dah tetapkan Elsa untuk
kerja kat tempat lain. Gerak hati ni yang memandu semua penentuan hidup
Elsa . Elsa tetap ingat akak dan kedai ni. Selalu tak ada miss.” Aku
kemudiannya ketawa. Aku tak mahu air mata kak Nurul tumpah lagi. Aku
tahu dia tidak sanggup melepaskanku kerana kami dah macam adik beradik.
“Sungguh ni?” kak Nurul memandangku. Aku memberikan senyuman kepadanya
sambil mengganguk perlahan.
“Sengalanya untuk kak Nurulku sayang” kami akhirnya mendakap erat.
Bahuku terasa satu, dua dan tiga titisan airmata jernih milik kak Nurul.
Berharap masih ada insan lain yang mampu menggantikan tempatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience