Completed
576
"Weyh, esok aku ade kelas memandu tau." Kata Xora . Dia sekarangkan ade suami, kenalah mintak izin. HaraplahLiam tu bagi pergi kelas.
Liam hanya diam. Tidak mengeluarkan apa apa respon.Liam mencapai remote di sebelahnya. Hish, diamlah pulak.. "Kau diam tu, maksudnya boleh kan? Okeyh, thanksz! Aku pinjam driver kau tu tau. Untuk hantar and ambik aku pegi kelas."
Xora merampas remote TV namun, tidak berjaya keranaLiam memegang kemas tangan Xora . "Bila aku cakap yang kau boleh pergi kelas? Takdekan?? So, jangan nak mengada ngada." Xora mencebik bibir.
"Hah, cebik cebikkan bibir lagi. Kang kena CPR kang."
Xora terus menutup mulutnya dengan tangan. Hish, bahaya betollah kalau duduk dengan dia nih! Bahaya! Xora menjarakkan dirinya sedikit.Liam tersengih melihat Xora . Takut sangat! Padahal dengan suami sendiri je pun.
"Tapi kenapa?? Kelas memandu je. Bukan pegi buat maksiat dengan Azhar pon!"
Liam membuat mata keatas. "Kalau sehari tak sebut nama dia tu boleh tak?! Rimas tau tak! Kalau kau sayang sangat dekat dia, pegilah! Tak payah duduk dekat sini! Pegi dekat orang tu! Kalau aku tahulah macam ni, aku tak setuju nak kahwin dengan kau!"
Xora tersentak. Setuju? "Sori, a.. Aku.."
"Dahlah, aku taknak dengar ape dah! Suka hati kaulah nak buat ape. Start from today, kita buat hal sendiri. Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Kalau kau nak pegi kelas tu, kau pegilah. Aku tak kesah."
Xora tidak terkata. Kalau ikutkan, nak je melawan tau. Tapi entah yang merasuk Xora sampai tak terkata. Baru Xora nak cakap,Liam dah pergi. Hish, susahnya kalau ade suami nih.
Xora bangun awal pagi. Selalunya selepas solat subuh, terus baring atas katil. Harini lain pulak. Dia menyiapkan bajunya. Senang cakap, dia gosok baju, tudung.. Siapkan barang barang.. Mekap lagi.
"Erm, everything done. Eh, ade satu lagi!"
Xora membuka daun pintu bilikLiam perlahan lahan. KelihatanLiam sedang baring dan tidur dengan lena diatas katil queen.
Kalau nak diikutkan, dia nak mintak izinLiam untuk membenarkan dia ke rumah mummynya selepas habis kelas memandu. Tapi, hasratnya itu terbatal.
Dia bukan ape, takut menggangguLiam tidur. Yang keduanya, dia takut ade ape ape yang jadi nanti. Ala, faham faham jelah.. Benda yang selalu berlaku dengan suami isteri.. Lagi lagi siLiam tu gatal.
"Xora dah siap? Kalau dah siap, boleh kita pergi sekarang." Soal Pak Mail. Xora mengangguk lalu masuk kedalam perut kereta mewah itu.
Xora dari tadi tak sedap duduk. Risau denganLiam kat rumah. Tak marah ke dia nanti? Dahlah balik lambat! Tak bagi tahu lagi!
Xora mencapai iPhone nya. Nak tengokk pukul berapa.. Kemudian dia off phone. Takut mengganggu dia dekat kelas.
"Xora , kita dah sampai. Ni pak Mail nak kena tunggu ke ape?" Soal Pak Mail. Xora berfikir. Haahlah,..
"Erm, Pak Mail balik sekejap tengok Liam , lepastu datang kesini balik. Ambik saya, lepastu nanti Pak Mail hantar saya pegi rumah mummy."
Pak Mail hanya mengangguk faham. "Kalau takde ape, saya pergi dulu ya? Terima kasih." Xora menutup pintu kereta mewah itu.
Share this novel