BAB 12

Drama Completed 557

"Aku dah sign dah surat kem tadi." Kata Xora .Liam memandang Xora . Xora tersenyum senyum.
"Kau ni degilkan?kan aku dah kata, kita tak payah pergi.. Boringlah pegi sana.. Bukannya boleh bawak phone pon. Buat apepun pegi sana."
Xora memuncungkan bibirnya. "Alah.... Please.. Kita pergi okey? Aku dah lama tak pegi kem kem macam ni.. Please?"
Liam mengecilkan matanya. "Kalau kau pergi,.. Aku macam mana? Siapa nak jaga makan minum aku?"
"Alah, kau baliklah rumah mama.. Lepas aku balik dari kem.. Kau baliklah sini balik. Bukannya susah pon."
"Susahlah! Kau tu yang sepatutnya jaga aku! Bukan mama. Hish kau nih, bukan kau tak tahu kan yang kau tu isteri aku. Aku tak benarkan kau pergi tanpa aku."Liam berpeluk tubuh.
"So, kau ikutlah sekali. Kat sana boleh aku jaga."
"Taknak. Kau tak payah pergi."Liam tetap berkeras.
"Ala, please Liam .. Aku nak sangat pergi.. Please sayang.. Please, kalau kau sayang aku.. Please, benarkan aku pergi sana. Kalau kau tak sayang aku, takpelah." Xora bangun.
Liam menarik tangan Xora dengan kuat sehingga membuatkan Xora terduduk diatas paha Liam . Xora memandang tepat pada anak mata Liam . Begitu juga Liam . Hidung mereka hampir bersentuhan.
"Erm, Liam .."
JariLiam diletakkan pada bibir Xora . Shuht.. "No, don't say anything. You can go to the camp. But, with me." KataLiam dengan lembut dan perlahan.
Xora tersenyum sampai ketelinga. Yay! "Thanks." Xora mengucup pipiLiam dengan laju lalu dia berlari. Namun, Xora tidak berjaya keranaLiam menarik tangan Xora .
"I love you." Bisikan itu. Bisikan itu telah membuatkan hati Xora berdebar debar. Xora terus berlari masuk kedalam biliknya.
Xora bersandar dipintu biliknya. Dia menyentuh dadanya. DUP!DUP! "I love you too."

Xora melambai lambaikan tangannya kepada Husna dan Salwa. Dia nak je pegi dengan mereka, akan tetapi dia tidak dibenarkan oleh Liam . Nilah syarat dia kalau nak pergi kem. Just with Liam . No else. "Kau pegilah dekat diaorang. Aku letak beg."
Xora macam tak percaya. "Betul ke boleh? Aku pergi tau?"
Liam mengangguk. "Pergilah.." Xora terus berlari ke arah Wawani dan Husna.
Liam menarik bagasinya dan bagasi Xora . Orang lain bawak beg biasa je. Mengada ngada betul pasangan pengantin baru ni. "Ameer! Kau tolong letakkan beg beg ni sekali."
Ameer hanya menurut perintah. "Amboi, dua dua ni kau punya ker?"
Liam menggeleng. "Harap kau fahamlah yang pink tu siapa punya. Itu Xora punyalah.."
"Liam ! Tolonglah I ni.. Beratlah bawak beg nih.. You tolonglah bawakkan.."
Mereka bertiga berpaling. Zuliz ? Patutlah macam kenal je suara tuh. Gedikss. "Farid. Kau pegi tolong dia."
"Engkau nikan. Dah tahu berat tu, tak payahlah nak bawak.."
Zuliz mencebik. "Alah, bagi I memanglah berat.. Tapi you lelaki kan? Mesti bagi you tak berat..herm, tolong angkatkan Ilya dengan Marissa punya sekali tau?! I nak pegi dekat Liam ."
"Eh, kau ni.. Ingat aku ni pak turut kau ker?!" Marah Farid.
Zuliz tidak mempedulikan Farid. Dia terus berjalan kearahLiam bersama Ilya dan Marissa.
"Hai sayang.. You tak panas ke?" Soal Zuliz dengan gedik.
"Kau buat ape dekat sini? Tak panas ker?" Soal Liam .
"I sanggup redah kepanasan demi cinta I dekat you." Ececeh.. Pickupline ke ape ni?
"Chiaa Chiaa Chiaa.." Sambung Ilya dan Marissa lalu gelak ketawa. Zuliz memberi isyarat senyap.
Liam membuat mata keatas. "Dahlah, aku nak masuk dalam bas. Kau kata kau sanggup redah kepanasan kan? Kau pergilah padang sana tu. Pergi berlari 10 pusingan. Ataupon, sampai muka kau hitam legam. Pergilah, kau sanggupkan buat demi aku?" Gelak Liam .
Zuliz menghentak hentakkan kakinya. Geramlah tu. Ilya dan Marissa ketawakan Zuliz . Zuliz memberi jelingan maut kepada mereka.

"Baiklah semua.. Bukan sekolah kita sahaja disini ya.. Ade dua lagi sekolah yang akan bersama kita sepanjang perkemahan kita disini." Kata Cikgu Azman.
"Ala, bencinya!! Setiap kali kalau kem macam ni je, ade sekolah lain datang." Zuliz menghentak hentakkan kakinya. Ilya dan Marissa hanya diam.
Xora memanjangkan lehernya. ManaLiam ni? Kata kena dengan dia je? Tapi dia yang menghilang. Xora menjengket jengketkan kakinya. Almaklumlah, pendek.. "Rindu aku ker??"
"Ah!" Xora tertampar pipi Liam . Alamak!!
"Alamak, weyh.. Sori sangat. Sori.. Aku tak tahu yang tu kau. Lain kali bagilah salam dulu.." Xora mengusap pipiLiam yang makin merah itu.
"Sakit tahu tak. Hish, pantang orang sergah je.. Melatah. Melatah tangan pulak tuh!" Marah Liam .
Xora memuncungkan bibirnya. "Sorilah.. Manelah aku tahu.."
"Okey, okey!! Semua senyap! Memang ni hutan. Tapi tak payahlah nak jadi macam binatang dalam hutan nih. Semua tolong senyap! Sebab, SMK Puchong Utama 1 dengan SMK Puchong dah sampai."
"Weyh, dah sampailah weyh. Kita boleh usha mamat hensem weyh!" Terlompat lompat gembira Ilya dan Marissa. Zuliz menjeling mereka berdua. Over betullah.
"Xora ."Liam mengerling Xora . Eh, mana budak ni? Menghilang pulak dah.Liam memandang sekeliling. Ya Allah, dah lah makin ramai orang. Macam mana nak carik dia ni? Dahlah kecik.
"Korang nampak Xora tak? Tadi dia ade dengan aku. Tiba tiba hilang pulak." TanyaLiam kepada kawannya.
"Aku tak tahulah. Tapi, aku rasa dia dengan Wawani dan Husna lah. Sebab diaorang pon takde." Kata Farid.
"Hah, Ameer. Si jerung tu datang ke?" Soal nya.
"Don't worry Liam .. Azhar dia demam. So, tak dapat datang."
Semua benda tentang Azhar , semua Ameer tahu. Almaklumlah, sepupu sendiri.. "Okeyh, bagus."
"Weyh, ramainya orang.. Macam mana nak carik diaorang nih?" Soal Salwa. Dia menguatkan suaranya sedikit kerana terlalu bising dan ramai orang disitu.
Baru pergi sekejap, dah ramai. Ade magik ke ape kat sini. "Aku rasa Smk Puchong Utama 1 dengan Smk Puchong dah sampailah tu yang bising nih." Fikir Husna.
Xora menjengket jengketkan kakinya. Tiba tiba dia terasa tubuhnya dilanggar. "Auch!"
"Eh, kau okey tak ni Xora ?" Soal Husna.
"Ya Allah, awak.. Saya mintak maaf sangat. Meh saya tolong awak."
Namun, dihalang oleh Husna. "Its okay. Biar kitaorang yang tolong dia. Awak tu lelaki."
"Ouh, yeah." Lelaki itu berasa sedikit risau. Kuat sangat ke aku langgar? Serious tak sengaja.
Husna dan Wawani membantu Xora untuk bangun. "Awak okey tak ni? Nak saya panggilkan cikgu ker?"
"Erm, takpe. Tak payah. Salwa, Husna. Tolong aku. Bawak aku kat Liam ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience