Completed
576
Orang pertama? Xora berasa sedikit bangga. "A.. Aku? Orang pertama yang nampak kau buat baik? Maknanya, sebelum ni kau buat jahatlah? Tak pernah buat baik? Solat?"
"Hish, solat tu dah semestinya. Maksud aku adalah buat baik macam tolong orang.. Macam tuh. Buat jahat tu.. Maksudnya, aku tak pernah nak tolong sesiapa.. Hah, paham?" Xora mengangguk faham. Ouh, macam tu ker..
"Bukak mulut kau." Bukak mulut?
"Kenapa pulak aku..." Belum sempat Xora menghabiskan ayatnya,Liam membuat CPR mengejut. Terkejut beruk Xora . Tulah kau Xora .. Taknak dengar cakap dia. Kan dah kena.. Hampir seminit mereka berkeadaan sebegitu. Xora tak tahu kenapa tangannya tidak mahu menghalang Liam .
"Lain Kali, bila aku suruh bukak mulut tuh, bukak jelah.. Aku cuma nak suap kau makan je. Jangan salah faham pulak. Aku tak berniat nak buat macam tuh.. Aku.." Belum sempatLiam menghabiskan ayatnya, Xora memotong.
"Takpe. Aku faham. Tu semua nafsu kau, lagipon kau dah jadi suami akukan? So,.. Takpelah. Aku tak marah pon. Its okeyh." Nafsu?Liam menggeleng. Ape pulak?!
"Mana ade.."
"Aku lapar. Ape kata kau suapkan aku cepat? Kejap lagi aku nak tidur." Potongnya. Dia tidak mahu mendengar ape ape. Ala, malu je tuw..Liam hanya mengangguk. Tak tahulah kenapa dia boleh jadi macam ni. Kalau dengan girlfriend dia tuh, herm.. Pegang tangan pon taknak. Ni lagi dengan perempuan lain. Eh, lain ke ni??
Uwargh!! Cantiknya rumah banglo ni!!! Terlompat girang Xora melihat kecantikan dan kekemasan rumah banglo itu. "Ya Allah.. Cantiknya rumah ni.. Pandai daddy pilihkan rumah untuk aku."
"Eh eh eh.. Sesedap mulut kau je kata rumah ni rumah kau. Ni rumah kita. Istana kita yang perlu dibina atas dasar cinta yang unggul." Kata Liam . Xora membuat muka menyampah. Istana konon.
"Eh, pakcik! Kita ni kahwin atas kertas je eh! Tak payah sampai nak kena bina istana bagai. Atas dasar cinta kentut kau!" Jeling Xora lalu dia berlari naik keatas untuk memilih bilik. Dia membuka pintu perlahan.
"Assalamualaikum.. Eh, kenapa aku bagi salam? Bukan takde orang ker? Arh! Lantaklah." Omelnya sendiri. Xora melompat naik ke atas katil. Ui.. Syoknya tidur atas katil nih!!
Xora melompat lompat. Dia ketawa sendirian. "Lompat! Lompat! Lompat! Ahh!!" Tengah syok syok melompat atas katil tiba tiba dia terasa kakinya tersungkur. Gedebuk! Dia terus terbaring. KedengaranLiam sedang ketawa. Sedap kau gelakkan aku ye..
Xora terduduk. Dia mengusap usap kakinya. Aduh.. "Haha, tulah main lagi lompat lompat.. Kan dah terpeleot.. Haha padan muka." Ejek Liam .
"Dah tahu ade isteri tuh, buatlah cara ade isteri.. Ni, ejek ejek pulak dia. Macam dia tu takde isteri pulak."Liam tersengih. Yelah, wahai isteriku..
"Alolo.. Sayang janganlah nak merajuk pulak.. Abang tak sengajalah.. Meh sini ye abang tolong sayang." Xora membuat muka geli. Abang? Sayang!? Eii, rasa macam nak muntah je!Liam tergelak melihat Xora buat muka begitu.Liam mengurut kaki kanan Xora yang tersungkur kena selimut tadi. Main lagi.
"Alah, kau pilih bilik ni ker? Aku tak suka wallpaper warna hijaulah.. Tadi aku ade tengok bilik sebelah tu, cantik sangat. Wallpaper dia warna hitam. Kita tidur bilik sebelah eh?? Best sikit warna dia.."
Xora mengangkat kening sebelah. Tidur bilik sebelah?? "Lantak akulah nak tidur kat mana. Kat lantai ke, kat bumbung ke.. Kau kesah apekan?? Kau tidurlah bilik yang kau nak tuh! Aku taknak."Liam duduk bersila menghadap Xora . Hish isteri aku nih, keras kepala betol.
"Xora , please. Dengar cakap aku. Kita, tidur bilik sebelah okeyh? Best sikit. Baring baring.. Borak borak.. Sebelah k?"Liam memegang bahu Xora .
"Eh, kejap. Kau cakap ni, macam kita kena sebilik and sekatil je." Xora menolak tangan Liam .
"Memanglah. Habis, kau fikir aku cakap pasal ape??"
"Eii, taknaklah aku tidur dengan zirafah macam kau. Geli. Kau tidur sebelah, aku tidur sini. Kau jangan tidur kat bilik hujung tu pulak. Kalau ade ape ape aku susah nak panggil kau."
Liam membuat mata keatas. Lantak kaulah Xora .. "Lantak akulah nak tidur kat mana. Aku nak tidur kat lantai ke, kat dapur ke, kat bumbung ke.. Lantak akulah. Kau kesah apekan? Kau tidurla sini. Aku taknak." Jawab Liam . Hish dia ni, ayat macam copy je!
Dua dua sama. Pandai sangat menjawab.Liam keluar dari bilik itu. Malaslah layan budak pendek tu. Xora mencebik lalu berlari mengejar Liam . Takutlah sensorang kat atas. Baik lari ikut Liam .
"Eh, mane dia ni?? Aduhhh.. Dia ni, nama je tinggi tapi badan.. Susah benor nak carik." Omel Xora perlahan. Kedengaran suaraLiam tergelak perlahan. Xora mengikut arah suara tadi. Dia bergerak kedapur.
"Zirafah.. Oh, zirafah.. Where are you??? Eh, ade tingkaplah." Xora membuka tingkap itu. Tiba tiba dia terasa kakinya sakit. Dia menarik kerusi perlahan. Aduh.. Sakitnya kaki..tak tahu pulak boleh jadi sakit macam nih.
Dia duduk bersila. Tiba tiba ade tangan yang memegang kakinya. Xora tidak bergerak kerana dia terasa takut. Siapa ni?? Tangan tersebut mengurut urut kaki Xora . "Sakit lagi ker?? Kalau sakit lagi, esok kau tak payah sekolah."
Xora berasa lega. Ouh,Liam .Liam meletakkan dagunya diatas kepala Xora . Xora terkejut.Liam mengurut urut Xora dari belakang. Xora menelan air liur. Aduh, ape aku nak buat nih? Okeyh, relaks. 1, 2,..3! Cabut!!!
Xora terus berlari naik keatas. Malunya!!Liam tergelak perlahan melihat gelagat Xora itu. Comel jugak dia tu. Eh, pelik jugak. Tak sakit ke kaki tu lari lari??
Share this novel