Completed
576
Wawani dan Husna terus memimpin Xora ke Liam . Penat jugak. Yelah, nak carik lagi. "Husna, kau pergi carik.. Aku tolong pimpin Xora ."
Husna mengangguk lalu pergi mencari Liam . Husna memanjangkan leher. Hah! Tupon kau! "Salwa! Aku dah jumpa dah."
Husna membantu Wawani untuk memimpin Xora . "Eh, Liam ! Tu Xora ."
Liam terus berlari kearah Xora . "Takpe, biar aku buat."
Husna dan Wawani membiarkanLiam memimpin. "Diaorang ni ade ape ape ker? Macam semacam jer?" Bisik Wawani ditelinga Husna. Husna menjungkit bahu.
"Aku tak tahu. Tapi aku rasa benda yang sama." Bisik Husna.Liam membantu Xora duduk ditanah. Yelah, mana ade kerusi. Nama pon hutan.
"Apa yang dah jadi tadi Husna?" Tanya Farid.
"Ade orang terlanggar dia.."
"Baik kau cakap tadi ape yang berlaku?" SoalLiam pada Xora .
"Takde apelah.. Cuma aku terlanggar orang je tadi.."
"Xora , kalau aku tahulah jadi macam ni.. Memang aku takkan benarkan kau pergi tau. Kau buat aku risau je kat sini." Risau Liam . Memang nampak sangat muka risau dia tu. Zuliz membuat muka menyampah.
Zuliz mengipas kipaskan dirinya. "Haih, takkan kat dalam hutan pon nak buat drama kut??"
Ilya dan Marissa melihat pasangan yang baru berkahwin itu. Tiba tiba rasa best pulak. "They're so sweet.."
"Yes, sweet couple. Eh, korang, bila nak kahwin? Bagilah kitaorang merasa nasi minyak.." Ujar Ilya.
"Haahlah, kitaorang tengok korang ni,. Sweet sangat."
Nak terkeluar mata Zuliz mendengar ape yang dikatakan oleh Ilya dan Marissa. Ya Allah, susahnya bila ade kawan yang bodoh nih.
"In Shaa Allah tahun depan. Datanglah rumah kitaorang. Nanti kitaorang jemput ya." KataLiam dengan slumber. Xora mencubit perut Liam .
"Eh dah dah. Korang ni geng aku. Tak payah nak dengan diaorang eh!" Zuliz mencubit telinga Ilya dan Marissa.
Xora danLiam tergelak gelak melihat mereka bertiga. Perangai macam budak budak.
"Baiklah semua, sekarang ni, kita sama sama mendirikan khemah" kata Cikgu Aqisha .
Cikgu cikgu yang terlibat membantu mereka untuk mendirikan khemah. "Aku ambik air jap. Korang Tunggu sini jap."
Sedang Xora berjalan, tiba tiba dia terasa bahunya ditepuk. Xora berpaling. Eh, dia nilah orang orang yang langgar aku tadi! Kurang asam punya orang!
"Hai, awak ni Tuan Lehana Exora kan? Maaflah sebab saya langgar awak tadi. Saya tak sengaja." Ujar lelaki itu.
Xora memandang lelaki itu dari bawah sampai keatas. Macam kenal je dia ni. Tak silap aku, dia ni.. Ketua pengawas yang hot masa sekolah agama dulu.
"Eh, awak ni okey tak?" Soal Danish.
"Hish, awak nampak macam saya ni tengah okey ker? Saya tengah sakit perutlah!" Marah Xora .
"Sakit perut? Jadi saya kena buat ape ni?!" Gelabah Danish.
Xora membuat mata keatas. Dia ni dah tahu aku sakit perut, bukannya nak pikir kalau orang sakit perut selalu buat ape! Toilet belakang dia tuje!
Xora memicit micit perutnya. "Ya Allah, Ya Rabbi.. Tepilah! Toilet belakang tu! Awak menghalang saya!” marahnya lagi.
Danish menjadi malu. Terus dia memberi Xora laluan untuk ke tandas.
2 minit kemudian ...
Xora berasa sedikit lega apabila dapat melepas. Kusss semangat.. Kalau Danish tak bagi dia laluanlah tadi, mahu tercirit dia disitu. Xora berjalan keluar dari tandas itu.
Kelihatan Danish sedang berdiri disitu. Hairan Xora . Haih, takkan dia tak masuk kelas kut? Ke, dia tunggu aku? Hish, takkanlah. Buntu Xora .
Danish berpaling lalu dia tersenyum. "Hai, lega dah?" Soalnya.
Boleh pulak dia tanya soalan macam tu? "Ape awak buat dekat sini? Awak tak masuk kelas ker?"
Ade ke soalan, dijawab dengan soalan? "Saya tunggu awaklah. Saya tengok awak tadi macam teruk je. Tu yang saya tunggu."
Xora menggaru dahinya yang tidak gatal. Dia tunggu? Gila ker? "Awak tunggu ni ustazah tak marah ker? Awakkan ketua pengawas.. Mana boleh sesuka hati ponteng kelas."
Danish tergelak. "Mestilah ustazah tak marah.. Lagipun saya dah bagitahu dialah.."
Xora menggigit bibir bawahnya. "Okey, kalau ustazah tak marah,.. Kenapa awak tak mintak Dian je yang teman? Yelah, awak tukan lelaki.."
Danish tersengih. Takut Xora melihat lelaki itu. Sekejap senyum, sekejap gelak, sekejap sengih. Bila nak monyok ni?!
"Ala, tadi saya nak cepat.. Sebab ustazah suruh saya bagi awak minyak ni. Tak sempatlah saya nak mintak Dian yang bagi. Alang alang saya dah bagitahu ustazah tu, saya bagilah ni dekat awak." Ujarnya.
Xora hanya mengangguk faham sambil mencapai minyak dari tangan Danish.
Xora dan Danish tergelak gelak apabila mengingati peristiwa itu semula. "Kelakar betollah waktu tu. Tapikan awak, serious sampai sekarang saya tak tahu yang saya sakit perut waktu tu sebab ape. Padahal saya makan makanan sama macam Dian."
Makin kuat Danish ketawa. Xora memukul lengan Danish. Berlapik dengan baju ya kawan kawan!
Husna menarik Wawani ke pokok pokok. Wawani pelik. Dah kenapa pulak ni? Dekat semak pulak tu! "Weyh, kau nak ajak aku buat maksiat ke ape ni?" Soal Salwa.
Husna mencubit lengan Salwa. "Hesh, bukanlah! Kau tengok tuh!" Tunjuk Husna. Wawani melihat Xora sedang berbual dengan seorang lelaki.
"Siapa tu?" Soal Salwa.
"Aku baru nak tanya kau. Aku ingat kau tahu."
"Eh, tapikan.. Aku macam pernah tengok je dia tulah." Wawani Cuba ingat.
"Ouh, dia tulah yang langgar Xora tadi!"
"Tapi kenapa dia boleh happy happy pulak dengan lelaki tu?" Soal Husna. Husna cuba berfikir.
"Hish dia ni, mesti ade skandal dengan mamat tuh! Kurang asam jawalah perempuan tuh!"
Husna memukul lengan Salwa. "Tak elok cakap macam tu. Kita kenalah siasat dia dulu. Jangan tuduh melulu."
Liam mengelap air peluhnya dengan tuala kecil yang dijahit oleh Xora . "Aku nak ambik air jap." Ujarnya.
Share this novel